01/02/2024
Percaya Sebelum Berjaya!.
Buat pertama kali hadir ke ARN kerana Bonda Marlia Ramli pesan, nak berjaya kena hadir ARN dan lihat kejayaan orang lain.
Waktu itu tak faham pun apa yang Bonda maksudkan.
Bonda suruh, saya buat.
Tanpa banyak tanya, tanpa banyak alasan, tanpa fikirkan mana nak cari modal.
Saya ikut saja arahan Bonda.
Waktu ini juga hadir melihat kejayaan TKLSiblings.
Saya hanya duduk di bangku penonton, melihat seorang demi seorang anak didik Bonda di pentas.
Ingat lagi waktu ini sangat eksited rakam video sahabat Dealer Cikgu Qiqin Ramlan.
Hebat mereka ini dibandingkan dengan saya.
Waktu itu penyimpan yang saya didik tak sampai 20 orang pun.
Tapi bukanlah menjadi halangan untuk saya melihat dan meraikan kejayaan.
Malah, sangat-sangat bangga menjadi anak didik Bonda kerana ARN ini Bonda merangkul banyak anugerah. Tak terhitung rasanya.
Asyik dengar nama Bonda Marlia saja.
Asal turun dari pentas kena naik semula.
Hebat Bonda TKL.
ARN lepas Allah rezekikan saya untuk naik ke pentas.
Tak terfikir pun saya melakar kejayaan sama dengan TKLSiblings yang lain.
Alhamdulillah, pencapaian tertinggi saya adalah Club 365 dan juga menjadi Master Dealer tahun lepas.
Bayangkan bulan 9/2022 saya mempunyai jumlah penyimpan sekitar 56 orang.
Dan pada 3/2023 saya telah menjadi Master Dealer.
Banyak yang saya belajar dengan Bonda dan di dalam group team kekal.
Saya tak pernah tanya soalan, tak berani pun nak tanya.
Tapi saya banyak belajar dari mereka yang berpengalaman seperti Mak Lejen Aniza Ja'afar dan Puan Norhasmillah Abu Hassan di dalam team kekal.
Bonda suruh hadir NDO, saya hadir.
Bonda suruh hadir PLT, saya hadir.
Bonda suruh hadir kelas talkshow, wgc, saya hadir.
Bonda suruh hadir event-event besar, saya hadir.
Sehingga kini saya tidak beri alasan kepada diri untuk mencipta kejayaan.
Sehingga hari ini saya tidak beri alasan kepada diri untuk mengulang kejayaan.
Tiada siapa paksa saya menjadi Dealer.
Kerana ini pilihan saya.
Kerana ini bisnes saya.
Guru Besar TKL
1 Februari 2024.