Dr Mortgage & ASB

Dr Mortgage & ASB Kami menyediakan khidmat mortgage kepada anda yang sedang mencari solusi untuk menjelaskan hutang-hu

Battersea Power Station dibuka kepada umum 14 Oktober iniProjek ikonik Battersea Power Station yang dimiliki konsortium ...
05/09/2022

Battersea Power Station dibuka kepada umum 14 Oktober ini

Projek ikonik Battersea Power Station yang dimiliki konsortium pelabur Malaysia di sini bakal membuka pintunya kepada orang awam bermula 14 Oktober 2022.

Konsortium pelabur Malaysia itu terdiri daripada pemaju hartanah, SP Setia Bhd (40 peratus), Sime Darby Property Bhd (40 peratus) dan Kump**an Wang Simpanan Pekerja (KWSP) (20 peratus), sementara pengurusan pembangunan projek itu dilaksanakan oleh Battersea Power Station Development Company (BPSDC).

Electric Boulevard, iaitu laluan baharu untuk pejalan kaki dari selatan Power Station, antara Frank Gehry's Prospect Place dan Foster + Partners' Battersea Roof Gardens ke stesen Bawah Tanah Battersea Power Station Zon 1, juga akan dibuka pada hari sama

Ketua Pegawai Eksekutif BPSDC, Simon Murphy, berkata ia memerlukan kerja keras, keazaman dan komitmen berterusan daripada pemegang saham Malaysia sepanjang 10 tahun yang lalu untuk membawa Battersea Power Station kembali ke zaman kegemilangannya.

"Mengumumkan bahawa kami akan membuka bangunan itu kepada orang ramai buat kali pertama dalam sejarah, kira-kira sebulan lagi adalah sesuatu yang monumental bagi projek.

"Kami tidak sabar untuk mengalu-alukan pelawat pertama dan menunjukkan kepada komuniti tempatan, warga London serta seluruh dunia keindahan bersejarah bangunan tersenarai Gred II, yang telah diubah menjadi destinasi paling unik di London untuk dinikmati semua," katanya dalam satu kenyataan.

Lebih 2,500 pekerjaan baharu akan diwujudkan sebaik sahaja pintu ke Power Station itu dibuka, dengan sejumlah 17,000 pekerjaan sebaik sahaja keseluruhan projek seluas 42 ekar itu selesai.

Artikel Penuh - https://www.bharian.com.my/bisnes/hartanah/2022/09/995732/battersea-power-station-dibuka-kepada-umum-14-oktober-ini

TEKAN DISINI untuk PREVIEW KERJAYA ini
wasap.my/60108627036/ejenmortgage
wasap.my/60108627036/ejenmortgage
wasap.my/60108627036/ejenmortgage

p/s : Tidak perlu sampai berhenti kerja kerana kerja ini fleksibel dan mampu menambah pendapatan bulanan korang!!

FOLLOW MY TELEGRAM
https://t.me/drmortgage21
https://t.me/drmortgage21
https://t.me/drmortgage21

EcoWorld, Public Bank tawar pinjaman hartanah mampanEco World Development Group Bhd (EcoWorld) dan Public Bank Bhd baru-...
02/09/2022

EcoWorld, Public Bank tawar pinjaman hartanah mampan

Eco World Development Group Bhd (EcoWorld) dan Public Bank Bhd baru-baru ini menandatangani memorandum persefahaman (MoU) untuk pembiayaan pembangunan hijau dan mampan.

Di bawah MOU itu, Public Bank akan menawarkan Pakej Pembiayaan Mampan Khas untuk pelanggan membeli hartanah yang dibangunkan oleh EcoWorld, yang memperoleh pensijilan hijau daripada Indeks Bangunan Hijau, GreenRE dan badan akreditasi lain.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Public Bank, Tan Sri Dr Tay Ah Lek, berkata majlis ini adalah paling bermakna kerana ia menandakan kerjasama antara Public Bank dan EcoWorld untuk membawa perubahan positif kepada planet ini.

Katanya, ia juga memberikan peluang yang baik untuk Public Bank dan EcoWorld untuk bersama-sama mempromosikan agenda bangunan hijau dan menjadi sebahagian daripada penyelesaian iklim global untuk planet yang mampan.

"Walaupun sektor hartanah adalah penyumbang penting kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara, kajian menunjukkan bahawa sektor ini mendorong hampir 40 peratus daripada pelepasan karbon global, sekali gus menjadikannya penting dalam usaha menangani perubahan iklim global.

"Pemeteraian MoU ini adalah langkah yang tepat kerana EcoWorld sedang menangani impak iklim sektor ini menerusi konsep, reka bentuk dan pembinaan banyak projek lestari di negara ini, termasuk di Lembah Klang, Johor dan Pulau Pinang.

"Visi EcoWorld 'Creating Tomorrow & Beyond' merangkumi nilai terasnya untuk mengejar kemampanan dalam strategi perniagaan dan projek pembangunannya.

"Ini khususnya, projek utama kump**an ini, iaitu Eco Grandeur dan Eco Business Park V yang akan mengubah landskap Puncak Alam menjadi komuniti yang mampan dan berkembang maju," katanya dalam satu kenyataan.

Pakej Pembiayaan Mampan Khas itu membentuk sebahagian daripada inisiatif hijau bank untuk menggalakkan individu dan perniagaan mengurangkan jejak karbon mereka dan mengejar kemampanan.

Pakej itu meliputi pembiayaan hartanah kediaman dan bukan kediaman masing-masing di bawah Pelan Green 5HOME Public Bank dan Pelan Green SWIFT.

Artikel Penuh - https://www.bharian.com.my/bisnes/hartanah/2022/08/995091/ecoworld-public-bank-tawar-pinjaman-hartanah-mampan

TEKAN DISINI untuk PREVIEW KERJAYA ini
wasap.my/60108627036/ejenmortgage
wasap.my/60108627036/ejenmortgage
wasap.my/60108627036/ejenmortgage

p/s : Tidak perlu sampai berhenti kerja kerana kerja ini fleksibel dan mampu menambah pendapatan bulanan korang!!

FOLLOW MY TELEGRAM
https://t.me/drmortgage21
https://t.me/drmortgage21
https://t.me/drmortgage21

JAWATAN KOSONG SEBAGAI EJEN MORTGAGE PINJAMAN PERUMAHAN, APA TU  EJEN MORTGAGE PINJAMAN PERUMAHAN? sebenarnya kerja ni s...
01/09/2022

JAWATAN KOSONG SEBAGAI EJEN MORTGAGE PINJAMAN PERUMAHAN,
APA TU EJEN MORTGAGE PINJAMAN PERUMAHAN? sebenarnya kerja ni sama macam kerja Banker Mortgage
BEZANYA anda boleh bekerja secara part time & full time sahaja dan tak terikat dengan KPI mana-mana bank
CONSULT PROSPECT ➨ COLLECT DOCUMENT ➨ SUBMIT PADA BANK ➨ KES LULUS ➨ DAPAT KOMISEN
Tahukah anda? jadi EJEN PINJAMAN PERUMAHAN boleh jana income melebihi satu ribu ringgit (RM1,000) dalam hanya dalam sebulan. Ini bukan olok-olok, bukan untuk provok anda!
APA YANG BEST JADI EJEN PINJAMAN PERUMAHAN NI
✽ Tak perlu certificate yang tinggi hanya perlu mahir Skill 3M
✽ Pandai menggunakan kalkulator, telefon bimbit atau komputer.
✽ Kelebihan sekiranya anda mempunyai kenalan dan rakan-rakan yang bekerja sebagai Ejen Hartanah
✽ Kalau ada kenalan yang memang nak beli rumah juga satu kelebihan yang lagi besar.
✽ Kerjaya Fleksibel Boleh bekerja sebagai Part Time / Full Time
Kalau korang ada pengalaman dalam bidang jualan sebagai EJEN ( Hartanah, Insurans, Takaful, Unit Trust, Hibah & Wasiat ) & Banker adalah satu KELEBIHAN
TEKAN DISINI untuk PREVIEW KERJAYA ini
https://DaftarKerjayaMortgage.wasap.my
https://DaftarKerjayaMortgage.wasap.my

p/s : Tidak perlu sampai berhenti kerja kerana kerja ini fleksibel dan mampu menambah pendapatan bulanan korang!!

Iconic Worldwide siapkan hab komersial bernilai RM127.81 jutaIconic Point, hab gaya hidup dan hiburan pop**ar di Simpang...
01/09/2022

Iconic Worldwide siapkan hab komersial bernilai RM127.81 juta

Iconic Point, hab gaya hidup dan hiburan pop**ar di Simpang Ampat, Pulau Pinang yang dibangunkan oleh Iconic Worldwide Bhd (IWB) berjaya disiapkan dan diserahkan kepada pembelinya.

Pembangunan bercampur itu yang dilanggan sepenuhnya, adalah projek komersial pertama di Simpang Ampat yang menawarkan pejabat kedai berkembar dan separa-berkembar dengan lif tersendiri secara bersama.

Dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM127.81 juta, Iconic Point adalah projek usaha sama 65:35 antara Iconic Maison Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh IWB dengan Iconic Development Sdn Bhd, anak syarikat Iconic Group.

Iconic Point merentasi tanah seluas 8.7 ekar dan mempunyai 49 pejabat kedai pegangan bebas, dengan keluasan binaan 4,350 kaki persegi untuk pejabat kedai berkembar tiga tingkat dan pejabat kedai berkembar seluas 5,556 kaki persegi.

Pengarah Urusan IWB, Datuk Seri Tan Kean Tet, berkata pihaknya berbesar hati untuk mewujudkan hab gaya hidup baharu di Simpang Ampat.

"Kami berjaya menerima maklum balas positif daripada cawangan jenama antarabangsa di Iconic Point seperti The Coffee Bean & Tea Leaf, McDonald's, Starbucks, Family Mart dan CU Mart. Tidak lupa juga kepada penyewa kami yang lain seperti ZUS Coffee, Secret Recipe dan Watsons.

Artikel Penuh - https://www.bharian.com.my/bisnes/hartanah/2022/08/995054/iconic-worldwide-siapkan-hab-komersial-bernilai-rm12781-juta

TEKAN DISINI untuk PREVIEW KERJAYA ini
wasap.my/60108627036/ejenmortgage
wasap.my/60108627036/ejenmortgage
wasap.my/60108627036/ejenmortgage

p/s : Tidak perlu sampai berhenti kerja kerana kerja ini fleksibel dan mampu menambah pendapatan bulanan korang!!

FOLLOW MY TELEGRAM
https://t.me/drmortgage21
https://t.me/drmortgage21
https://t.me/drmortgage21

Sime Darby Property bangun gudang siap bina di Bandar Bukit RajaSime Darby Property Bhd, Mitsui and Co Ltd dan Mitsubish...
30/08/2022

Sime Darby Property bangun gudang siap bina di Bandar Bukit Raja

Sime Darby Property Bhd, Mitsui and Co Ltd dan Mitsubishi Estate Co Ltd sedang membangunkan gudang siap bina pelbagai penyewa di Bandar Bukit Raja Industrial Gateway, Klang.

Pengarah Urusan Kump**an Sime Darby Property, Datuk Azmir Merican berkata gudang siap bina itu adalah projek ketiga oleh syarikat usaha samanya, SDMIT Development Sdn Bhd, di Bandar Bukit Raja.

"Gudang siap bina dua tingkat itu merangkumi keluasan lantai kasar kira-kira 45,243.78 meter persegi dan mempunyai reka bentuk ruang yang fleksibel serta rangkaian kemudahan moden lain untuk memenuhi keperluan penyewa dan menyokong rancangan pengembangan pada masa akan datang.

"Pembinaan gudang siap bina ini bermula pada Julai 2022 dan dijangka siap sepenuhnya pada separuh kedua 2023 dan saya yakin kita semua pastinya teruja untuk melihat hasil akhir pembangunan ini," katanya pada majlis pecah tanah, di sini, hari ini.

Sementara itu, Exco Pelaburan, Industri, Perdagangan serta Industri Kecil dan Sederhana Selangor, Datuk Teng Chang Kim, berkata projek itu bukan sahaja bagi pengembangan sektor perindustrian Selangor tetapi juga keseluruhan pertumbuhan ekonomi negeri, sekali gus memberi peluang kepada pelabur untuk menjadikan Bandar Bukit Raja sebagai pangkalan perindustrian baharu mereka.

Artikel Penuh - https://www.bharian.com.my/bisnes/hartanah/2022/08/994340/sime-darby-property-bangun-gudang-siap-bina-di-bandar-bukit-raja

TEKAN DISINI untuk PREVIEW KERJAYA ini
wasap.my/60108627036/ejenmortgage
wasap.my/60108627036/ejenmortgage
wasap.my/60108627036/ejenmortgage

p/s : Tidak perlu sampai berhenti kerja kerana kerja ini fleksibel dan mampu menambah pendapatan bulanan korang!!

FOLLOW MY TELEGRAM
https://t.me/drmortgage21
https://t.me/drmortgage21
https://t.me/drmortgage21

JAWATAN KOSONG SEBAGAI EJEN JUALAN SERVIS PINJAMAN PERUMAHAN, APA TU  EJEN JUALAN SERVIS PINJAMAN PERUMAHAN? sebenarnya ...
22/08/2022

JAWATAN KOSONG SEBAGAI EJEN JUALAN SERVIS PINJAMAN PERUMAHAN,
APA TU EJEN JUALAN SERVIS PINJAMAN PERUMAHAN? sebenarnya kerja ni sama macam kerja Ejen Mortgage
CONSULT PROSPECT ➨ COLLECT DOCUMENT ➨ SUBMIT PADA BANK ➨ KES LULUS ➨ DAPAT KOMISEN
Tahukah anda? jadi EJEN PINJAMAN PERUMAHAN boleh jana income melebihi satu ribu ringgit (RM1,000) dalam hanya dalam sebulan. Ini bukan olok-olok, bukan untuk provok anda!
APA YANG BEST JADI EJEN PINJAMAN PERUMAHAN NI
✽ Tak perlu certificate yang tinggi hanya perlu mahir Skill 3M
✽ Pandai menggunakan kalkulator, telefon bimbit atau komputer.
✽ Kelebihan sekiranya anda mempunyai kenalan dan rakan-rakan yang bekerja sebagai Ejen Hartanah
✽ Kalau ada kenalan yang memang nak beli rumah juga satu kelebihan yang lagi besar.
✽ Kerjaya Fleksibel Boleh bekerja sebagai Part Time / Full Time
SKOP TUGAS EJEN PINJAMAN PERUMAHAN
📝 Membuat semak kelayakan pinjaman client
📝 Kumpulkan dokumen Permohonan daripada Client / Ejen Hartanah
📝 Membantu pelanggan/Ejen Hartanah dalam Semakan (CCRIS Checking)
📝 Sentiasa tambah networking dengan Banker/Ejen/Lawyer
Kalau korang ada pengalaman dalam bidang jualan sebagai EJEN ( Hartanah, Insurans, Takaful, Unit Trust, Hibah & Wasiat ) & Banker adalah satu KELEBIHAN
TEKAN DISINI untuk PREVIEW KERJAYA ini
https://DaftarKerjayaMortgage.wasap.my
https://DaftarKerjayaMortgage.wasap.my
p/s : Tidak perlu sampai berhenti kerja kerana kerja ini fleksibel dan mampu menambah pendapatan bulanan korang!!

982 unit rumah PPR disediakan untuk OKUSebanyak 982 daripada 98,196 unit rumah Program Perumahan Rakyat (PPR) disediakan...
12/08/2022

982 unit rumah PPR disediakan untuk OKU

Sebanyak 982 daripada 98,196 unit rumah Program Perumahan Rakyat (PPR) disediakan untuk pemilikan orang kelainan upaya (OKU), dengan 82 peratus atau 809 unit sudah dimiliki.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Dr Ismail Abd Muttalib, berkata jumlah unit rumah yang disediakan itu selaras dengar dasar kementerian yang menetapkan satu peratus daripada keseluruhan unit PPR diperuntukkan kepada golongan OKU bagi memastikan mereka memiliki rumah.

"Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bertanggungjawab menyediakan perumahan yang berkualiti, kondusif serta mampu dimiliki untuk kump**an sasar, termasuk golongan rentan seperti OKU.

"Dasar Rumah Mampu Milik Negara menggariskan keperluan untuk menyediakan konsep rumah yang mesra OKU dengan menerapkan piawaian spesifikasi Reka Bentuk Sejagat seperti tempat letak kenderaan OKU, lif mesra OKU dan suis atau plug capaian OKU," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Senator Datuk Ras Adiba Radzi, mengenai peluang golongan OKU untuk memiliki rumah serta jumlah OKU yang menerima manfaat melalui skim perumahan di bawah KPKT.

Mengulas lanjut, Ismail berkata, KPKT memperkenalkan Inisiatif Pembiayaan Perumahan Malaysia (i-Biaya) bagi meningkatkan aksesibiliti rakyat khususnya golongan B40 dan M40, termasuk OKU untuk mendapatkan pembiayaan bagi memiliki rumah pertama di bawah Program Pemilikan Kediaman (HOPE).

Menjawab soalan tambahan Ras Adiba, sama ada kerajaan bersedia meminda akta berkaitan untuk memastikan semua projek perumahan menepati piawaian untuk OKU, Ismail berkata, penetapan piawaian spesifikasi berkaitan reka bentuk perumahan untuk OKU sudah digariskan dalam Standard Perumahan Kebangsaan 2019.

"Spesifikasi ini masih relevan diguna pakai dalam setiap pembangunan perumahan. Buat masa ini, tiada keperluan untuk meminda garis panduan ini.

"KPKT bersedia menambah baik dasar dan garis panduan sedia ada untuk memastikan semua golongan, termasuk OKU disantuni dalam penyediaan bekalan perumahan kepada mereka.

"KPKT juga bertanggungjawab memastikan pemaju dan kontraktor mematuhi syarat ditetapkan melalui Akta OKU 2008 (Akta 685) dan Standard Perumahan Kebangsaan 2019, selain pihak berkuasa tempatan akan memastikan perincian keperluan OKU dipatuhi dalam setiap kebenaran merancang dan tidak akan diluluskan sekiranya mereka tidak mematuhi peraturan ditetapkan," katanya

Artikel Penuh - https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/08/987177/982-unit-rumah-ppr-disediakan-untuk-oku

TEKAN DISINI untuk PREVIEW KERJAYA ini
wasap.my/601110402886/ejenmortgage
wasap.my/601110402886/ejenmortgage
wasap.my/601110402886/ejenmortgage

p/s : Tidak perlu sampai berhenti kerja kerana kerja ini fleksibel dan mampu menambah pendapatan bulanan korang!!

FOLLOW MY TELEGRAM
https://t.me/drmortgage21
https://t.me/drmortgage21
https://t.me/drmortgage21

Denda pemaju gagal bina Rumah SelangorKuCaj bayaran baharu atau denda perlu dikenakan terhadap pemaju yang gagal membina...
08/08/2022

Denda pemaju gagal bina Rumah SelangorKu

Caj bayaran baharu atau denda perlu dikenakan terhadap pemaju yang gagal membina Rumah SelangorKu, walaupun projek berkenaan sudah mendapat kelulusan.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan dan Kesejahteraan Bandar dan Pembangunan Usahawan, Rodziah Ismail, berkata terdapat keperluan menguatkuasakan undang-undang berkenaan, demi membantu penduduk negeri ini memiliki kediaman masing-masing.

"Ada pemaju dapat kelulusan tapi masih tak bina. Ini memberi kesan kepada bekalan rumah. Jadi, mungkin kita perlu kenakan caj baharu kepada mereka. Saya rasa sudah sampai masa untuk kerajaan negeri meletakkan syarat baharu kerana ada projek rumah yang sudah dapat kelulusan tetapi 10, 20 tahun masih tidak bina. Justeru, perlu dikenakan caj untuk mempercepat pelaksanaan," katanya pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Rodziah memaklumkan bagi tahun ini (sehingga 1 Julai), kerajaan negeri menerusi Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri meluluskan 4,818 unit rumah mampu milik dari 10 projek. Katanya, semua unit berkenaan membabitkan tiga skim bantuan perumahan kerajaan negeri iaitu Rumah Selangorku, Rumah Harapan serta Rumah Idaman.

"Kerajaan negeri menerusi Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor akan meluluskan beberapa permohonan pemaju setiap tiga bulan dan beberapa perkara diteliti, sebelum kelulusan diberikan termasuk pembinaan rumah mampu milik. Kelulusan ada dua peringkat iaitu pada peringkat jawatankuasa yang sudah banyak kita luluskan tapi masih perlu diangkat ke peringkat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri untuk kelulusan, selepas dilihat dalam konteks teknikal," katanya.

Beliau berkata, tiga program rumah mampu milik itu dilaksanakan Dengkil; Klang; Gombak; Sepang dan Hulu Langat.

Artikel Penuh - https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2022/07/980419/denda-pemaju-gagal-bina-rumah-selangorku

TEKAN DISINI untuk PREVIEW KERJAYA ini
wasap.my/601110402886/ejenmortgage
wasap.my/601110402886/ejenmortgage
wasap.my/601110402886/ejenmortgage

p/s : Tidak perlu sampai berhenti kerja kerana kerja ini fleksibel dan mampu menambah pendapatan bulanan korang!!

FOLLOW MY TELEGRAM
https://t.me/drmortgage21
https://t.me/drmortgage21
https://t.me/drmortgage21

UDA PERKASA PENDIGITALAN DALAM PEMBANGUNAN HARTANAH  Syarikat hartanah, UDA Holdings Berhad (UDA) menandatangani memoran...
05/08/2022

UDA PERKASA PENDIGITALAN DALAM PEMBANGUNAN HARTANAH

Syarikat hartanah, UDA Holdings Berhad (UDA) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan CIDB e-Construct Services Sdn. Bhd. (CIDBEC), anak syarikat Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) dan British Standards Institution (BSI) Malaysia pada Jumaat.

Menerusi MoU tersebut, UDA mengeratkan jalinan kerjasama dengan CIDBEC dan BSI Malaysia dalam menyediakan latihan kepada kakitangan dan vendor berdaftar UDA sebagai persediaan menggerakkan pelaksanaan Pemodelan Maklumat Pembangunan (BIM).

Walaupun kesedaran tentang BIM di Malaysia kian meningkat, pengetahuan dalam mengendalikan dan mengaplikasikan kaedah BIM dalam kalangan penggerak industri pembinaan masih rendah.

Tinjauan BIM oleh UDA pada Julai 2021 mendapati penggunaan BIM dalam kalangan vendornya agak rendah dan salah satu punca adalah kerana kos yang tinggi untuk latihan BIM.

Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif UDA, Mohd. Salem Kailany berkata, selari hasrat kerajaan mengadaptasi evolusi perindustrian keempat (IR 4.0), pihaknya sentiasa mengikuti penggunaan teknologi terkini dalam pembangunan hartanahnya dan salah satu inisiatif adalah mendigitalkan industri pembangunan hartanah melalui pelaksanaan BIM.

“Pelaksanaan BIM di UDA dapat membantu mengenal pasti dan mecegah percanggahan aktiviti dalam binaan pada fasa reka bentuk awal, seterusnya meminimumkan ulangan kerja dan menyediakan produk berkualiti tinggi kepada pelanggan dalam masa dijadualkan,” katanya dalam satu kenyataan.

Sejak tahun lalu, UDA telah mula menggunakan BIM dalam sektor pembangunan hartanah.

Antara projek-projek yang mengaplikasikan model ini adalah Residensi Akasia Jubilee, Dedaun Heights dan 38 Bangsar Residensi.

Artikel Penuh - https://www.kosmo.com.my/2022/04/03/uda-perkasa-pendigitalan-dalam-pembangunan-hartanah/

TEKAN DISINI untuk PREVIEW KERJAYA ini
wasap.my/601110402886/ejenmortgage
wasap.my/601110402886/ejenmortgage
wasap.my/601110402886/ejenmortgage

p/s : Tidak perlu sampai berhenti kerja kerana kerja ini fleksibel dan mampu menambah pendapatan bulanan korang!!

FOLLOW MY TELEGRAM
https://t.me/drmortgage21
https://t.me/drmortgage21
https://t.me/drmortgage21

KENAIKAN OPR TIDAK JEJAS CBP   Coop Bank Pertama (CBP) melihat Bank Negara Malaysia (BNM) menaikkan Kadar Dasar Semalama...
04/08/2022

KENAIKAN OPR TIDAK JEJAS CBP

Coop Bank Pertama (CBP) melihat Bank Negara Malaysia (BNM) menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas kepada 2.00 peratus baru-baru ini dijangka tidak akan memberi kesan negatif ke atas pelanggan individu dan koperasi perbankan itu.

Ketua Pegawai Eksekutif CBP, Khairil Anuar Mohammad Anuar berkata, ini berikutan institusi kewangan itu mengambil langkah berhati-hati dalam usaha menyokong ekonomi negara biarpun ketika tempoh sukar akibat pandemik Covus-19 tanpa mengenepikan kepentingan pelanggan.

“OPR mengambil kira daripada keadaan ekonomi yang sedang pulih dan aspek daripada sudut simpanan.

“CBP tetap menekankan kepentingan dalam memberi p**angan balik kepada pelanggan dan selari dengan keperluan kenaikan OPR yang diumumkan Bank Negara.

“Pada pandangan saya, kenaikan peratusan komitmen dikenakan berdasarkan kemampuan pelanggan untuk membayar dan jumlahnya agak relevan dan rendah untuk ditanggung pelanggan baik individu atau koperasi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri CBP 2022 hari ini yang turut di hadiri Menteri Pembangungan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar dan Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi, Zazali Haron.

Menyentuh tentang produk perkhidmatan ditawarkan CBP, Khairil Anuar berkata, terdapat dua kategori iaitu baharu dan tambahan bagi sedia ada.

“Sebagai contoh bagi produk sedia ada, untuk pinjaman perumahan CBP sudah menjalinkan kerjasama dengan hampir 10 peneraju perumahan terkemuka bahkan menambah beberapa lagi bagi memberikan perkhidmatan pinjaman.

“Sementara itu, bagi produk baharu p**a kami masih dalam perancangan untuk memastikan perkhidmatan ditawarkan adalah terbaik selain mementingkan kebajikan pelanggan sedia ada dan bakal pelanggan.

“Kempen Raya 2 Raya CBP bermula April hingga Disember 2022, juga diperluaskan secara holistik dengan meliputi semua produk CBP antaranya produk perbankan runcit, produk koperasi, dan produk perkhidmatan yang lain,” katanya.

Artikel Penuh - https://www.utusan.com.my/nasional/2022/05/kenaikan-opr-tidak-jejas-cbp/

TEKAN DISINI untuk PREVIEW KERJAYA ini
wasap.my/601110402886/ejenmortgage
wasap.my/601110402886/ejenmortgage
wasap.my/601110402886/ejenmortgage

p/s : Tidak perlu sampai berhenti kerja kerana kerja ini fleksibel dan mampu menambah pendapatan bulanan korang!!

FOLLOW MY TELEGRAM
https://t.me/drmortgage21
https://t.me/drmortgage21
https://t.me/drmortgage21

KWSP I-LINDUNG BANTU PEMILIKAN INSURANS, TAKAFUL  Pencarum Kump**an Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kini boleh memanfaatkan...
03/08/2022

KWSP I-LINDUNG BANTU PEMILIKAN INSURANS, TAKAFUL

Pencarum Kump**an Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kini boleh memanfaatkan Akaun 2 masing-masing untuk membeli produk insurans dan takaful menerusi platform i-Lindung yang dilancarkan pagi tadi.

Ia merangkumi perlindungan hayat dan penyakit kritikal yang disediakan syarikat insurans serta pengendali takaful diluluskan seperti FWD Takaful Berhad, Prudential Assurance Malaysia Berhad, Prudential BSN Takaful Berhad, Etiqa Life Insurance Berhad dan Etiqa Family Takaful Berhad.

Pengerusi KWSP, Tan Sri Ahmad Badri Mohd. Zahir berkata, penawaran perlindungan yang disediakan adalah daripada harga serendah RM30 setahun, bagi perlindungan berjumlah RM10,000.

“Ini bersamaan dengan bayaran kurang RM3 sebulan.” Katanya dalam siding akhbar selepas majlis pelancaran yang disempurnakan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz di sini.

Pembelian perlindungan menerusi platform i-Lindung tidak memerlukan pemeriksaan perubatan selain menyediakan sebut harga serta-merta.

Artikel Penuh - https://www.kosmo.com.my/2022/07/12/kwsp-i-lindung-bantu-pemilikan-insurans-takaful/

TEKAN DISINI untuk PREVIEW KERJAYA ini
wasap.my/601110402886/ejenmortgage
wasap.my/601110402886/ejenmortgage
wasap.my/601110402886/ejenmortgage

p/s : Tidak perlu sampai berhenti kerja kerana kerja ini fleksibel dan mampu menambah pendapatan bulanan korang!!

FOLLOW MY TELEGRAM
https://t.me/drmortgage21
https://t.me/drmortgage21
https://t.me/drmortgage21

Address

No 33-2, Jalan Tukul N15/N, Seksyen 15
Shah Alam
40200

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+60102412393

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dr Mortgage & ASB posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Dr Mortgage & ASB:

Share

Category