05/10/2022
Baru-baru ini kami telah menerima laporan bahawa pelanggan kami telah meninggal dunia akibat jangkitan Covid. Sebelum arwah meninggal, arwah membuat bayaran policy sebanyak RM4,161.08 untuk Sumbangan Tahunan yang di jalankan selama satu tahun.
Arwah mengambil hibah sebanyak RM350K untuk warisnya. Selepas pemergian pelanggan kami, AIA telah membayar claim sebanyak RM370K kepada waris arwah.
Ramai rakyat Malaysia yang sedia maklum bahawa Hibah merupakan suatu kaedah dalam merancang harta pusaka. Tujuan AIA menyediakan Hibah adalah untuk memberi penghargaan kepada keluarga untuk meneruskan kehidupan, melangsaikan hutang dan pinjaman, melindungi pendapatan dan melindungi aset dan pelaburan mereka.
Hibah sendiri bermaksud 'hadiah'. Hibah adalah suatu pemberian atau hadiah yang diberikan kepada penerima secara percuma tanpa mengharapkan apa-apa balasan daripada Penerima Hibah, tanpa mengira agama mereka. Ini berbeza dengan faraid di mana hak dan bahagian waris-waris si mati adalah berdasarkan ketentuan dalam Undang-undang Syariah.
Jika anda meninggal dunia, keluarga anda akan kehilangan punca pendapatan utama mereka. Mungkin anda tidak sedar impak-impak yang akan terkesan setelah anda meninggal dunia yang keluarga anda perlu menggunakan wang yang banyak untuk membayar bil hospital anda, meneruskan hidup keluarga dan menyelesaikan pelbagai hutang yang anda atau orang tersayang perlu dibayarkan selepas pemergian anda.
Oleh kerana itu, seelok-eloknya kita sediakan payung sebelum hujan dan sayangilah keluarga anda dengan menyediakan Hibah untuk mereka.