01/07/2026
Lebih 50,000 polisi insurans, takaful masih belum dituntut waris
•
BNM lancar portal Semak Kasih bantu waris semak tuntutan insurans, takaful
KUALA TERENGGANU, 28 Jun 2026: Bank Negara Malaysia (BNM) melancarkan portal Semak Kasih bagi memudahkan waris menyemak sama ada ahli keluarga mereka mempunyai polisi insurans atau sijil takaful yang masih belum dituntut.
Timbalan Gabenor BNM, Adnan Zaylani Mohamad Zahid berkata, portal itu membolehkan waris membuat semakan dan menghubungi syarikat insurans atau pengendali takaful untuk proses tuntutan.
Beliau berkata, masih ramai waris tidak menyedari ahli keluarga yang telah meninggal dunia meninggalkan manfaat insurans atau takaful untuk mereka.
Menurut anggaran Persatuan Takaful Malaysia (MTA) dan Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM), kira-kira 50,000 polisi insurans dan sijil takaful melibatkan manfaat kematian masih belum dituntut.
Katanya, syarikat insurans dan takaful sebelum ini telah mengambil pelbagai langkah termasuk menghantar surat dan menghubungi waris menerusi ejen, namun portal Semak Kasih dijangka dapat memudahkan proses tersebut.
Beliau turut menggalakkan orang ramai mendapatkan perlindungan insurans atau takaful sebagai persediaan menghadapi musibah seperti penyⱥkit, kemⱥlangan dan kebⱥkaran, selain membantu menjamin kebajikan keluarga pada masa depan.