13/05/2022
BAYANGKAN DIRI ANDA SEBAGAI SEORANG JUARA FORMULA ONE.
Tetapi, kenapa kita kena bayangkan diri kita sebagai JUARA Formula One?
Ini adalah disebabkan..
USAHA, SKILL & KONSISTENSI.
Pelumba F1 untuk jadi champion bukan senang.
Dalam satu musim, si juara kena kumpul mata dari 21 perlumbaan untuk mendapatkan championship F1.
Kenapa F1?
1. Usaha
Pelumba F1 nampak je senang tapi tidak.
Diorang usaha kaw-kaw.
Sebelum satu-satu perlumbaan, ada latihan, ada pusingan kelayakan dan seterusnya perlumbaan.
Bukan time tu je diorang berlatih, banyak lagi.
2. Skill
Semua pelumba F1 kena sentiasa asah skill mereka.
Kenapa?
Sebab, yang membezakan diri mereka dengan champion adalah usaha dan skill.
Kereta diorang spec sama.
Body kereta pun sama, frame pun same, semua sama senang cerita.
3. Konsistensi
Ini bermaksud ketekalan atau maintain.
Nak jadi champion F1 kena maintain point iaitu position 1 sampai 6.
Tiap race kena dapat point dan majoriti kena menang naik podium.
Bukan menang dekat Sepang, lepas tu dekat Dubai, Monte Carlo dan lain tempat dapat no.22, tak jadi champion macam tu.
Oleh itu,
SERUPA di antara trader dengan pelumba F1. Trader yang berjaya adalah Juara F1.
Usaha kena sentiasa ada, skill kena sentiasa asah dan konsistensi buat profit kena ada.
Trader macam kita semua macam pelumba F1, market sama, produk sama, hari yang sama.
Yang membezakan profit atau tidak adalah usaha, skill dan konsistensi