One Stop Takaful Hibah and Wasiyat Centre

One Stop Takaful Hibah and Wasiyat Centre wealth planning solution for everybody

06/04/2022

Anda mencari pelan hib4h mur4h dari pelbagai syarikat t4k4ful?

Pee..Emm saya

11/02/2022

Proses faraid untuk nilai harta di atas RM2juta

Permohonan untuk mendapat surat kuasa mentadbir di bawah kategori harta pusaka besar hendaklah dibuat di Mahkamah Tinggi Sivil. Permohonan boleh dibuat oleh sesiapa yang mempunyai kepentingan terhadap harta itu (termasuk Amanah Raya Berhad dan Baitulmal). Pentadbirannya adalah tertakluk kepada Akta Probet dan Pentadbiran 1959. Permohonan hendaklah dibuat di Mahkamah yang berhampiran dengan tempat tinggal si mati untuk mendapatkan surat kuasa mentadbir pusaka. Setelah Surat kuasa mentadbir pusaka diperolehi, pentadbir hendaklah mendaftarkan dirinya di pejabat tanah supaya semua surat-surat hak milik tersebut didaftarkan atas pemohon sebagai pemegang amanah harta si mati. Setelah itu pentadbir perlu menyenaraikan semua aset si mati (selepas membuat carian) dan mendapatkan Perintah Faraid dari Mahkamah Syariah. Pentadbir bertanggung jawab untuk menyelesaikan liabiliti-liabiliti si mati termasuklah kos belanja pengebumian dan hutang-piutang si mati. Kemudian, pentadbir hendaklah memohon satu perintah pembahagian harta pusaka di Mahkamah Tinggi Sivil. Pembahagian tersebut boleh dibuat mengikut hukum faraid atau secara muafakat (takharuj dalam kalangan waris).

Definisi HibahSuatu akad yang mengandungi pemberian milik oleh seseorang secara s**arela terhadap hartanya kepada seseor...
11/02/2022

Definisi Hibah

Suatu akad yang mengandungi pemberian milik oleh seseorang secara s**arela terhadap hartanya kepada seseorang yang lain pada masa hidupnya tanpa balasan.

Dalil Pensyariatan Hibah

Al-Quran

Firman Allah SWT:

فَإِن طِبْنَ لَكُمْ عَن شَيْءٍ مِّنْهُ نَفْسًا فَكُلُوهُ هَنِيئًا مَّرِيئًا

Yang bermaksud: “Kemudian jika mereka dengan s**a hatinya memberikan kepada kamu sebahagian daripada maskahwinnya maka makanlah (gunakanlah) pemberian (yang halal) itu sebagai nikmat yang lazat, lagi baik kesudahannya.” (Surah al-Nisa’: 4)

Al-Hadis

Hadis daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda:

تَهَادُوا تَحَابُّوا

Yang bermaksud: “Saling memberi hadiahlah kamu nescaya kamu akan saling sayang-menyayangi.” (Riwayat Al-Bukhari)

Rukun Hibah

✅Pemberi hibah;
✅Penerima hibah;
✅Barang yang dihibah; dan
✅Sighah (lafaz akad hibah)

Syarat Pemberi Hibah

✅Pemilik kepada barangan;
✅Mempunyai kelayakan untuk memberi hibah; dan
✅Mempunyai kuasa penuh untuk menggunakan hartanya.

Syarat Penerima Hibah

✅Berkelayakan menerima hibah termasuklah yang bukan mukallaf seperti kanak-kanak dan orang tak sempurna akal atau OKU. Namun, penjaga atau pemegang amanah boleh dilantik bagi pihak mereka;
✅Penerima hibah wujud ketika hibah dibuat; dan
✅Boleh menguasai harta yang dihibahkan (qabd).

Syarat Barang Yang Dihibah

✅Wujud ketika hibah dibuat;
✅Barangan tersebut mestilah barangan yang bernilai; dan
✅Mestilah daripada hak milik pemberi hibah.

Syarat Akad Hibah

✅Ijab dan qabul; dan
✅Tidak bertempoh.

Kadar Harta Yang Boleh Dihibah

Hukum Syarak memberikan kebebasan kepada pemilik harta untuk melakukan pemberian tanpa terikat kepada kadar tertentu. Bahkan, menurut ijmak, adalah harus bagi pemilik harta yang waras fikirannya menghibahkan keseluruhan hartanya. Namun, Rasulullah SAW mengingatkan kita supaya berlaku adil kepada anak-anak sebagaimana hadis daripada Nu’man bin Basyir r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda:

اتَّقوا اللهَ، واعدِلوا بين أولادِكم

Yang bermaksud: “Bertaqwalah kepada Allah s.w.t., dan berlaku adillah sesama anak-anak kamu.” (Riwayat al-Bukhari)

Elemen Qabd Dalam Hibah

Qabd adalah tindakan penerima hibah untuk menerima serahan, memegang atau menguasai barang yang dihibahkan oleh penghibah dan menjadikan barang itu milikannya. Qabd merupakan keperluan kepada hibah itu berkuatkuasa dan penerima hibah melakukan tasarruf.

Hibah Semasa Marad Al-Maut

Pemberi hibah yang melakukan hibah dalam keadaan marad al-maut iaitu keadaan di mana pemberi hibah sedang sakit tenat atau sakit yang membawa kepada kematian, maka hibahnya tidak boleh melebihi daripada satu pertiga hartanya dan tidak boleh dihibahkan kepada ahli waris. Ini memberi maksud bahawa hukum wasiat adalah terpakai. Sekiranya diberikan kepada ahli waris sama ada kurang dari satu pertiga atau lebih maka ia tertakluk kepada keizinan atau persetujuan daripada waris yang lain.

Pembatalan Hibah

Hukum asal hibah adalah memberi implikasi pemilikan yang lazim kepada penerima hibah. Oleh itu, pembatalan hibah adalah tidak boleh dilakukan. Ia sebagaimana hadis daripada Umar bin al-Khattab r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda:

فإنَّ العائدَ في هبتِه كالكلبِ يعودُ في قيئِه

Yang bermaksud: “Sesungguhnya orang yang menarik kembali hibahnya adalah seperti seekor anjing yang menjilat kembali muntahnya.” (Riwayat al-Bukhari)

Namun, para fuqaha’ memberikan pengecualian iaitu dengan mengharuskan pembatalan hibah daripada seorang bapa, ibu, datuk atau nenek kepada anak atau cucunya. Ini bersandarkan kepada sebuah hadis daripada Abdullah bin ‘Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda:

لا يَحِلُّ للرجُلِ أنْ يُعطِيَ العَطِيَّةَ، فيَرجِعَ فيها، إلَّا الوالدَ فيما يُعطِي ولَدَه

Yang bermaksud: “Tidak halal bagi seorang yang telah menghulurkan satu pemberian menarik kembali pemberiannya melainkan pemberian seorang bapa kepada anaknya.” (Riwayat Abu Daud)

Penyediaan Dokumen Perisytiharan Hibah

Penyediaan dokumen hibah perisytiharan hibah adalah satu kaedah yang membolehkan harta seseorang diisytiharkan untuk diagihkan kepada insan yang tersayang pada masa hidupnya terlebih dahulu.

Jenis-Jenis Hibah

✅Hibah Mutlak;
✅Hibah Amanah; dan
✅Hibah Bersyarat

Klausa Utama dalam Hibah

✅Pengakuan waras fikiran dan kerelaan pemberi hibah;
✅Perisytiharan harta yang ingin dihibahkan;
✅Pernyataan pemberian harta yang dihibahkan;
✅Pelantikan Wasi dan Pemegang Amanah;
✅Tandatangan pemberi hibah dan saksi-saksi; dan
✅Tandatangan perakuan persetujuan penerima hibah dan saksi-saksi.

Kebaikan Hibah

✅Amalan sunat yang dianjurkan oleh Islam;
✅Memupuk kasih sayang dan mengeratkan silaturrahim;
✅Pemberian semasa hidup kepada sesiapa yang dikehendaki;
✅Pemberian tanpa had dan sunat menyamaratakan kepada anak-anak;
✅Penghibah masih boleh menikmati harta yang dihibahkan;
✅Alternatif penyelesaian masalah pembahagian secara faraid;
✅Dibuat mengikut kesesuaian dan taraf hidup penerima; dan
✅Perceraian tidak menjejaskan hak kepada pemberian hibah.

Hikmah Disyariatkan Hibah

✅Melahirkan kesyukuran terhadap nikmat yang dikurniakan oleh Allah SWT.
✅Membantu menampung keperluan waris atau orang-orang fakir dan miskin yang tidak bernasib baik.
✅Mengeratkan ikatan silaturrahim sesama ahli waris.

Kredit: Mais

Address

NO 62-3 Jalan TP7/3 Subang Jaya
Shah Alam
47620

Telephone

+60149001265

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when One Stop Takaful Hibah and Wasiyat Centre posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to One Stop Takaful Hibah and Wasiyat Centre:

Share