20/01/2020
Orked .. We response and recovery
Kami cuba perbetulkan tanggapan salah kepada isu 'LONGKAI' ataupun 'CALLMAN' ataupun 'CLAIM ADVISOR'...
Penerangan secara am(bukan terperinci)
Beberapa perkara, anda sebagai pengguna perlu tahu jika terlibat dengan kemalangan jalanraya.
Apabila berlaku kemalangan :-
Periksa keadaan kenderaan anda, kenalpasti kerosakan yang dialami.
☑️Jika terlibat dengan kenderaan lain, ambil maklumat kenderaan yang terlibat sebagai rekod dan langkah keselamatan anda.
☑️Jika boleh ambil gambar kenderaan ditempat kejadian sebelum dialihkan ke bahu jalanraya.
(sebagai bukti kemalangan)
☑️Jika kenderaan anda berada ditengah-tengah laluan sibuk, jika boleh alihkan kenderaan anda kebahu jalan dan jika tidak boleh pastikan diri anda berada ditempat selamat untuk mengelak berlakunya kemalangan susulan akibat kemalangan yang anda terlibat.
Sila utamakan keselamatan anda dan penumpang dahulu.
Apabila anda didatangi 'Longkai'/'Callman'/Claim advisor/Wakil dari workshop panel insurans :-
☑️Kami terangkan apa itu longkai ataupun callman ataupun claim advisor supaya anda tidak salah sangka kepada mereka.
☑️Ada yang menggelarkan mereka ini longkai@callman@claim advisor.
●Mereka ini merupakan salesman mewakilkan beberapa workshop panel insurans.
●Apabila mereka datang kepada anda memperkenalkan diri dan menawarkan perkhidmatan mereka, anda jangan panik.
●Dengar dahulu penerangan mereka, fungsi mereka adalah untuk memudahkan urusan anda bukan untuk menyusahkan anda.
☑️Selepas mendengar penerangan dari mereka, anda berhak untuk menerima ataupun menolak tawaran perkhidmatan mereka.
☑️Jika anda menerima tawaran mereka, kemudian mereka akan memberi anda 1 jenis dokumen(authorised letter) untuk ditandatangan.
●Dokumen ini fungsinya ialah untuk membenarkan mereka menunda kenderaan anda dari tempat kemalangan ke balai polis dan kemudian terus ke workshop panel insurans.
☑️Apabila tiba di balai polis trafik, anda perlu membuat laporan kemalangan anda, setelah selesai laporan anda pihak longkai@callman ini akan meneruskan segala urusan selepas itu.
☑️Kenderaan anda akan dihantar ke workshop pilihan panel insurans, jika anda ragu-ragu anda boleh ikut lori towing/lori carrier sehingga ke workshop tersebut.
☑️Seterusnya apa-apa urusan berkaitan workshop panel insurans akan diuruskan oleh longkai@callman tadi.
Mereka akan memberikan satu tempoh jangkaan siap kenderaan anda tetapi bergantung kepada berapa cepat proses insurans.
☑️Selepas proses dokumen pihak insurans, pihak insurans akan melantik claim adjuster untuk menilai kerosakan kenderaan anda.
☑️Selepas selesai proses insurans, setelah pihak workshop menerima claim approval baru lah kenderaan anda akan mula diperbaiki.
☑️Seterusnya anda perlu tunggu panggilan dari pihak workshop ataupun anda boleh bertanya sendiri kepada workshop tersebut tentang status kenderaan anda.
☑️Bagi isu 'anda boleh menuntut komisyen dari pihak bengkel' adalah tidak benar.
Tiada istilah untung jika anda terlibat dengan kemalangan dan juga istilah untung atas angin dari mana-mana pihak.
Jika pengguna boleh menuntut dari pihak workshop, semua pengguna akan terlibat dengan kemalangan secara sengaja untuk keuntungan sendiri.
☑️Gaji yang dikatakan akan diambil dari insurans kenderaan anda adalah tidak benar.
Gaji itu dibayar oleh pihak workshop sebagai gaji komisyen kepada wakil-wakil sebagai ejen kepada workshop panel insurans mereka yang anda gelarkan longkai@callman tadi yang menguruskan segala hal tuntutan insurans.
☑️Mengapa pihak workshop membayar upah kepada mereka??
Setiap pekerjaan yang dilakukan ada upah/gaji melainkan anda membuat kerja amal.
Bagi kami gaji komisyen yg ditawarkan adalah patut kerana kerja mereka bukan sekadar membawa kenderaan anda ke balai polis tetapi lebih dari itu.
Ketika kenderaan anda ditempat kemalangan,longkai@callman lah yang akan menjaga lalu lintas untuk mengelak kemalangan susulan terjadi.
Kalau nak cerita lebih lagi yang mereka buat.
# Jangan cuba menuding jari menuduh sesuatu pihak tanpa fakta.
Tiada pihak yang untung atas angin dari kemalangan anda..
# Merekalah (longkai@callman) orang turun membantu kepada mangsa kemalangan seperti tersepit dalam kereta, tolong bawa segera ke hospital tanpa tunggu ambulans, bertadah nyawa jaga lalulintas jalan dalam keadaan hujan dan panas.
01110770026
Orked team
Jangan hina kerja Kami tapi bagi kami peluang Dan percaya lah Dengan kerja2 kami..
(24ours)