Takaful Hibah dan Kad Perubatan Terbaik

Takaful Hibah dan Kad Perubatan Terbaik Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Takaful Hibah dan Kad Perubatan Terbaik, Financial service, B-02-01 & B-02-02 Block B, Sekitar 26 Enterprise, Persiaran Hulu Selangor, Seksyen 26, Selango, Shah Alam.

Soal jawab tentang penangguhan pembayaran loan
25/03/2020

Soal jawab tentang penangguhan pembayaran loan

Soal jawab Moratorium ( Penangguhan Pembayaran Loan)

1. Apa itu Moratorium / Deferment Loan / Loan Tertangguh ini?

Anda tidak perlu membayar loan selama 6 bulan. Ini ingin membantu kepada semua yang terkesan dengan COVIDE 19.
Namun perlu diingatkan caj interest masih berjalan seperti biasa terhadap baki loan.

2. Siapa yang layak untuk Loan Tertangguh ini?

Sesiapa individu atau SME yang terkesan dengan COVID 19, dan loan mereka tidak tertunggak 90 hari pada tarikh 1 April 2020

Jika anda tak bayar loan dah 2 bulan, and tak layak untuk dapatkan penangguhan ini

Ada lagi beberapa lagi untuk 1 April 2020, eloklah buat bayaran segera untuk layakkan diri mendapat penangguhan pembayaran loan ini.

3. Boleh ke request lebih dari 6 bulan?

Anda perlu menghubungi bank untuk berbincang lebih lanjut

4. Adakah akan effect CCRIS saya jika saya menangguhkan pembayaran ini?

Tidak, namun ingin diingatkan interest loan masih dicaj seperti biasa.

5. Adakah saya perlu memohon?

Tidak perlu. Mana yang lepas kriteria soalan ke – 2 secara automatic akan dapat

6. Bank apa yang offer 6 month deferement loan ini?

Semua bank

7. Kalau saya nak bayar seperti biasa, tak mahu tangguhkan bayaran bagaimana?
Anda perlu menghubungi bank atau buat bayaran seperti biasa

8. Adakah saya akan dicaj interest untuk 6 bulan deferement payment ini?

Ya

Untuk konvesional. Interest akan dicaj dari baki pinjaman dan interest waktu 6 bulan ini

Untuk Islamic financing, caj akan dikenakan kepada baki pinjaman. Namun caj tersebut tidak akan compounded mengikut syariah

Tetapi bank tidak boleh mengenakan caj penalty kepada late payment kepada deffered payment.

9. Saya ada 2 kad kredit yang amount outstanding agak banyak. Dan saya tak mampu nak bayar. Bagaimana ye?

Jika anda tak mampu buat bayaran minima selama 3 bulan sebelum ini, bank akan tukarkan baki outstanding amount anda kepada loan yang tidak lebih 3 tahun dan interest tidak lebih 13% setiap tahun

Tidak kira gaji anda berapa, bank akan terus automatic buat loan kepada baki kad kredit jika anda tak bayar baki minima 3 bulan sebelum ini.

10. Jika balance kad kredit saya sudah ditukar ke loan, adakah saya masih mengunakan kad kredit saya?

Ya, boleh guna seperti biasa. Baki yang tertinggal saja boleh digunakan

25/03/2020

OFFICIAL MORATORIUM FROM BNM - BERITA BAIK UNTUK SEMUA

Berita baik untuk semua, malam semalam BNM dengan secara rasmi mengumumkan moratorium selama 6 bulan untuk penangguhan semua loan dengan bank kepada individu dan semua SME

Akhirnya, menunggu lama pengumuman ini dibuat oleh BNM sendiri, sebelum ini pengumuman dari bank sahaja

Apa bezanya dengan pengumuman sebelum ini?
-Pengumuman sebelum ini ianya dari bank
-Anda perlu isi borang secara manual
-Anda perlu tunjuk bukti kesan COVID 19 terhadap income anda
- Ada proses checking
- Akan ada kesan kepada CCRIS anda

Selepas pengumuman dari Bank Negara Malaysia ini, kesannya ialah
- Tidak lagi perlu isi borang secara manual, terus automatik layak untuk tidak perlu membayar 6 bulan loan apa apa kepada bank ( Zero interest)
- Tidak perlu tunjuk kesan income anda
- Dan paling penting, tak rosakkan CCRIS anda
- Ia bermula 1 April 2020 selama 6 bulan
- Hutang kad kredit boleh dibayar secara ansuran selama 3 tahun dengan interest rate tidak lebih 13 per annum, yang ini perlu apply
-

Mana mana yang terkesan dengan COVID 19, tidak perlu membayar loan, dan anda ada extra cash untuk digunakan setiap bulanan

Jangan joli! Serius
Kalau joli, baiklah pergi bayar loan semua ini, sebab ini penangguhan saja. Bukan tak bayar langsung. Baki 6 bulan ini kena bayar balik nanti kemudian hari

Jadi apa nak buat dengan duit ini?

Ada 3 langkah anda perlu buat
1. Simpan
2. Simpan
3. Ikut 2 langkah sebelum ini

Bukan shopping, atau beli Ipad Pro dan Macbook baru

Serius, simpanlah
Sebab kita tak tahu COVID 19 kesannya selama mana

Barangkali 3 bulan
Barangkali 5 bulan
Barangkali 12 bulan

Jadi bersedialah

Cukupkan simpanan kecemasan minimum 6 bulan untuk yang bekerja

Bagi business owner, minimum ialah 12 bulan simpanan kecemasan

Namun malangnya 90% SME di Malaysia tiada simpanan walaupun sebulan

Jadi kita akan melihat lebih banyak kes buang kerja dari kes kematian ( barangkali) akibat COVID 19

Kesan COVID 19 terhadap ekonomi jauh lagi melebar

Apabila si A dibuang kerja, tiadalah income untuk si pe njual nasi lemak ayam ranggup

Si penjual nasi lemak tidak lagi beli emas setiap bulan dan beli baju baju untuk anaknya

Makna tiada lagi income untuk si penjual emas dan pe jual baju tersebut

Bila tiada sales, kedai emas dan penjual baju pun tutup kerana tak tiada orang membeli

Kesannya, semua pekerja di kedai emas dan baju pun juga diberhentikan

Begitulah seterusnya

Kesannya panjang dan it a vicious cycle

Yang paling terkesan ialah golongan B40
Di mana mereka survive dari gaji ke gaji

Tiada baki setiap bulan, apa lagi nak survive 1 bulan, 3 bulan tanpa gaji

Golongan ini selain moratorium, perlu diberi bantuan lain
Alhamdulilah kerajaan dah sediakan RM600 sebulan bantuan
Tapi cukupkah RM600 sebulan?

Realitinya pasti tak cukup
Bertabahlah lah Tuan Puan

Namun
Namun

Teruskan optimis di saat begini
Dalam waktu beginilah mindset kita perlu sentiasa positif dan dijaga

Fikirkan baik baik
Tenangkan diri

Banyakkan berdoa supaya Allah swt bagi petunjuk jalan keluar

Tiada siapa yang dapat membantu kita melainkan Dia sahaja

Ubah strategi bisnes jika anda berbisnes
Extreme problem require extreme solutions

Cari solusi apa yang anda beri kepada dunia

Lihat syarikat Zoom, jadi naik sahamnya di waktu begini

Tak perlu saya cerita jualan mask dan sanitizer mencanak naik

Bertenang dan fikir yang baik baik

Setiap krisis pasti ada peluang

Ya, waktu krisis ramai orang hilang perkerjaan dan ramai yang bankrap

Tapi ramai juga yang jadi jutawan selepas crisis
Apabila semua asset naik harga, naik juga networth mereka

Berapa ramai millionaire lahir setiap recession

Jika anda ada cash yang banyak, inilah waktu yang sesuai untuk follow smart money

Buy asset undervalue dan sebagainya

At the end of the day, kita hanya ubah apa yang di dalam circle of control kita

Kita tak boleh ubah ekonomi dunia seorang diri, tapi kita mampu ubah ekonomi keluarga kita

Focus what we can control

Change your strategy, find opportunity

Remember

In the midst of every crisis, lies great opportunity.
Albert Einstein

Fatihin Abshar, IFP FAR FPR
Entrepreneur
Licensed Financial Planner and Adviser SC & BNM

Address

B-02-01 & B-02-02 Block B, Sekitar 26 Enterprise, Persiaran Hulu Selangor, Seksyen 26, Selango
Shah Alam
40400

Telephone

01157794599

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Takaful Hibah dan Kad Perubatan Terbaik posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share