Surau Residensi Suria

Surau Residensi Suria Surau Residensi Suria (SRS), Suria Residence by Sunsuria, Jalan Bazar U8/100, Bukit Jelutong, Seksyen U8, 40150 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

ISTERI PENGHUNI SYURGASemua manusia mahu rumah tangga bahagia. Tinggal lagi bagaimana mengacapinya, apakah cara-cara dan...
06/08/2023

ISTERI PENGHUNI SYURGA

Semua manusia mahu rumah tangga bahagia. Tinggal lagi bagaimana mengacapinya, apakah cara-cara dan rahsianya?

Hakikatnya sikap toleransi, empati dan merendahkan ego memainkan peranan yang cukup besar dan penting.

Dalam sebuah hadis, Nabi ﷺ menceritakan tentang isteri-isteri yang menjadi penghuni syurga serta sifat-sifat yang melayakkan mereka mendapat tempat bahagia itu.

Sabda Nabi ﷺ:

أَلا أخْبِرُكمْ بِنِسائِكمْ مِنْ أهْلِ الجَنَّةِ؟ ‌الوَدُودُ ‌الولود ‌العئود الَّتِي إِذَا آذَتْ أَوْ أُوذِيَتْ جَاءَتْ حَتَّى تَأْخُذَ بَيْدَ زَوْجِهَا، ثُمَّ تَقُولُ وَاللهِ لَا أَذُوقُ غُمْضًا حَتَّى تَرْضَى.

"Mahukah kalian aku khabarkan tentang isteri-isteri kamu yang termasuk dalam kalangan penghuni syurga? Iaitu wanita yang mencintai suami, mempunyai anak ramai dan selalu meminta maaf kepada suaminya. Sekiranya dia menyakiti ataupun disakiti dia segera berjumpa suaminya dan memegang tangannya lalu berkata: Aku tidak akan tidur sebelum engkau reda kepadaku'."

[Hasan. Riwayat al-Nasai']

Betapa hebatnya isteri-isteri yang bakal masuk syurga. Mereka memiliki sifat-sifat yang sangat luar biasa.

“Selalu meminta maaf kepada suaminya” sifat yang bukan mudah kerana orangnya perlu rendah diri di samping tidak ego dan tidak mudah terbawa-bawa dengan emosi.

Dalam keadaan berfikir secara rasional dan melihat impak jangka panjang sang isteri memohon ampun maaf kepada suaminya. Hebat sungguh isteri seperti itu.

Sedangkan lumrah dalam perselisihan masing-masing dengan ego masing-masing, tidak mahu mengalah dan saling menyalahkan antara satu sama lain, jauh sekali hendak meminta maaf.

Sedangkan apa jua perselisihan dalam rumah tangga adalah tidak baik dan perlu segera ditangani bermula dengan salah satu atau lebih baik jika kedua-dua belah pihak mengaku salah dan meminta maaf. Dan pihak pertama yang menghulur tangan meminta maaf dialah yang layak mendapat pujian.

“Aku tidak akan tidur sebelum engkau reda kepadaku” menunjukkan keprihatinan sang isteri untuk segera menangani perselisihan yang berlaku, malah pada hari yang sama. Kerana dia tahu jika perselisihan dibiarkan berterusan sampai ke hari esok maka kemungkinannya keadaan akan ber

08/07/2023
Tuhan Turun Pada Hari ArafahIsteri Nabi ﷺ, Ummu Salamah (w. 59H) berkata: نِعْمَ الْيَوْمُ يَوْمُ يَنْزِلُ اللَّهُ فِيهِ...
27/06/2023

Tuhan Turun Pada Hari Arafah

Isteri Nabi ﷺ, Ummu Salamah (w. 59H) berkata:

نِعْمَ الْيَوْمُ يَوْمُ يَنْزِلُ اللَّهُ فِيهِ إِلَى السَّمَاءِ الدُّنْيَا. قَالُوا: يَا أُمَّ الْمُؤْمِنِينَ وَأَيُّ يَوْمٍ هُوَ؟ ‌قَالَتْ: ‌يَوْمُ ‌عَرَفَةَ
“Sebaik-baik hari ialah hari yang Allah turun ke langit dunia pada hari tersebut”. Mereka bertanya: “Wahai ibu orang-orang yang beriman, apakah hari itu?” Beliau menjawab: “Hari Arafah”.

[Diriwayatkan oleh al-Dārīmī dalam al-Radd ʿalā al-Jahmiyyah (no. 137), al-Dāraquṭnī dalam al-Nuzūl (no. 95, 96), al-Lālikāʾī dalam Sharḥ Uṣūl Iʿtiqād Ahl al-Sunnah wa al-Jamāʿah (no. 768). Hadis ini dinilai ḥasan oleh ʿAbd al-ʿAzīz al-Rājiḥī dalam Sharḥ ʿAqīdat al-Salaf, dan dinilai ṣaḥīḥ secara kolektif jalurnya (bi-majmūʿ ṭuruqih) oleh Saʿd bin Halīl al-Zuwayharī dalam al-Iʿtiqād al-Khāliṣ min al-Shakk wa al-Intiqād (hal. 204)]

Telegram karya P*S: t.me/karyapis

Puasa hari ArafahDaripada Abū Qatādah al-Anṣārī (w. 54H), beliau menceritakan:سُئِلَ عَنْ صَوْمِ يَوْمِ عَرَفَةَ، فَقَال...
27/06/2023

Puasa hari Arafah

Daripada Abū Qatādah al-Anṣārī (w. 54H), beliau menceritakan:

سُئِلَ عَنْ صَوْمِ يَوْمِ عَرَفَةَ، فَقَالَ: ‌يُكَفِّرُ ‌السَّنَةَ ‌الْمَاضِيَةَ وَالْبَاقِيَةَ
Nabi ditanya berkenaan puasa hari Arafah, lalu baginda menjawab: “Puasa itu menghapuskan dosa tahun sebelumnya dan tahun selepasnya”.

[Riwayat Muslim, no. 1162]

Nota: Puasa ini dianjurkan buat mereka yang bukan sedang mengerjakan haji sahaja.

Telegram karya P*S: t.me/karyapis

KEMPEN: Walk the Talk 100km Challenge.Bersempena menyambut Raya Haji jom kita mulakan cabaran rekod berjalan 100km.Apa s...
18/06/2023

KEMPEN: Walk the Talk 100km Challenge.

Bersempena menyambut Raya Haji jom kita mulakan cabaran rekod berjalan 100km.

Apa signifikan 100km ini?

Rata-rata insan terpilih yang mengerjakan haji akan berjalan hampir 10km dalam sehari. Berjalan ke Masjidil Haram, bertawaf dan bersae.

Jadi jika 10km sehari jika 10 hari sudah mencapai 100km. Makanya jika berjalan 5km sehari kita akan habiskan 20 hari untuk capai 100km. Satu pencapaian baru yang direkod untuk menjadi azam kita menyokong semangat sahabat handai kita di Mekah Madinah yang mengerjakan ibadah haji.

Walk the Talk akan menjadi titik tolak kita untuk menjadi insan lebih baik dengan meletakkan kata-kata anda dalam tindakan, menunjukkan bahawa anda bermaksud apa yang anda katakan dengan melakukannya sendiri secara aktif. Ia adalah versi frasa harian ‘amalkan apa yang anda sampaikan’.

BAGAIMANA PELAKSANAAN?

Klik: https://jom.fit/100km/

🖇 MAKSIMALKAN AMAL DI SEPULUH HARI PERTAMA DZULHIJJAH  Di antara yang menunjukkan keutamaan sepuluh hari pertama bulan D...
17/06/2023

🖇 MAKSIMALKAN AMAL DI SEPULUH HARI PERTAMA DZULHIJJAH

Di antara yang menunjukkan keutamaan sepuluh hari pertama bulan Dzulhijah adalah hadits Ibnu ‘Abbas, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

“Tidak ada satu amal sholeh yang lebih dicintai oleh Allah melebihi amal sholeh yang dilakukan pada hari-hari ini (yaitu 10 hari pertama bulan Dzul Hijjah).” Para sahabat bertanya: “Tidak p**a jihad di jalan Allah?” Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam menjawab: “Tidak p**a jihad di jalan Allah, kecuali orang yang berangkat jihad dengan jiwa dan hartanya namun tidak ada yang kembali satupun.” (HR. Abu Daud no. 2438, At Tirmidzi no. 757, Ibnu Majah no. 1727, dan Ahmad no. 1968, dari Ibnu ‘Abbas. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini shahih. Syaikh Syu’aib Al Arnauth mengatakan bahwa sanad hadits ini shahih sesuai syarat Bukhari-Muslim)

Al-Hafidz Ibn Rajab mengatakan, Hadis ini menunjukkan bahwa beramal pada sepuluh hari bulan Dzulhijjah lebih dicintai di sisi Allah dari pada beramal pada hari-hari yang lain, tanpa pengecualian. Sementara jika suatu amal itu lebih dicintai Allah, artinya amal itu lebih utama di sisiNya. (Lathaiful Ma’arif, hal. 456).

Wallaahu ta’ala a’lam.
⠀⠀⠀
♻️ Jadilah penyambung kebaikan dengan turut membagikan, Insyaa Allah akan menjadi ladang amal jariyah untuk diri Anda dan orang lain
⠀⠀⠀
_______________________________
⠀⠀⠀⠀⠀⠀
DUKUNG FATWA TV & WAG DIROSAH ISLAMIYAH DENGAN BERINFAK MELALUI REKENING:

🏧 Bank Syariah Indonesia 7771831839 (BSI ex BSM Kode Bank 451)
🏢 a/n Yayasan Pilar Media Komunikasi

🏧 Bank Syariah Indonesia 7070787899 (BSI ex BSM Kode Bank 451)
🏢 a/n Dewan Fatwa Perhimpunan Al Irsyad
⠀⠀⠀⠀⠀⠀
🌏 Ajukan pertanyaan Anda seputar permasalahan Agama melalui website www.dewanfatwa.com/tanyakan
⠀⠀⠀⠀⠀⠀
_______________________________

Address

Suria Residence By Sunsuria, Jalan Bazar U8/100, Bukit Jelutong, Seksyen U8 Darul Ehsan
Shah Alam
40150

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Surau Residensi Suria posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Surau Residensi Suria:

Share