20/08/2020
SAYA NAK APPLY TAKAFUL, TAPI DAH ADA PENYAKIT... BOLEH KE?
Selalu kan tengok posting ejen takaful yang berbunyi camni :
Ambillah takaful masa sihat takpun takaful ni untuk orang sihat tak pun ramai yang minat takaful bila time dah tak boleh ambil sebab dah sakit.
Okay sebenarnya bila anda pernah sakit atau accident sebelum anda ambil polisi takaful, anda boleh je mohon takaful cuma permohonan belum tentu lulus.
Sebab setiap permohonan takaful akan melalui proses UNDERWRITING.
5 kebarangkalian yang mungkin berlaku terhadap permohonan anda :
✅ LULUS
Anda bernasib baik sebab kemungkinan penyakit tersebut tidak mempunyai risiko yang tinggi.
Contoh : Mungkin pernah masuk hospital sebab food poisioning atau demam biasa and nothing serious.
✅ KADAR TINGGI (RATED UP/LOADING)
Ada tambahan bayaran untuk manfaat yang sama sebab risiko pemohon takaful tersebut lebih tinggi dari biasa.
Mengambil kira peluang org berisiko untuk claim adalah tinggi dari biasa, sebab tu ada penambahan bayaran untuk cover risiko tersebut.
Contoh : Orang yang mempunyai berat badan berlebihan seperti saya 🙈 Orang yang overweight ni chances untuk dapat sakit2 orang kaya seperti darah tinggi, kencing manis, jantung tu lebih tinggi dari org yang bmi nya normal.
✅ BERKECUALI (EXCLUSION)
Pengecualian spesifik terhadap sesetengah penyakit sebab risiko pemohon takaful tersebut lebih tinggi dari biasa atau dah ada pre existing condition
Contoh : Pemohon baru accident motor, tangan kanan patah kena masuk besi, exclusion kat part tangan tangan tersebut.
Tapi jangan risau part badan lain yang masih dicover lagi, sakit atau atau cedera lain masih dicover lagi cuma exclude kat part tangan kanan tu.
✅ TIDAK LULUS (DECLINED)
Permohonan ditolak apabila risiko pemohon tu lebih dari "acceptance parameter".
Contoh : Pemohon ada terlalu banyak risiko sebab dalam masa yang sama ada darah tinggi, ada kencing manis, ada sakit jantung
Ataupun ada high blood yang xmakan ubat, xfollow up dengan doktor, bacaan bp dalam keadaan tidak terkawal, boleh sebabkan kegagalan buah pinggang atau strok. Pemohonan akan direject juga.
✅ DITANGGUHKAN (POSTPONED)
Permohonan akan ditangguhkan apabila syarikat takaful tak boleh nak consider coverage yang sepatutnya terhadap pemohon.
Contoh : Pemohon apply takaful dan perlu buat medical check up. Dari result medical check up tu, doctor suspect kemungkinan ada Tibi, perlu further diagnos dan assesment untuk tentukan sama ada confirm atau x ada tibi.
Sementara tunggu kes tu disiasat dan diagnos, permohonan takaful akan ditangguhkan sampai dapat result penuh terhadap penyakit tersebut.
Sebab tu la ejen asyik je la remind, ambillah masa sihat untuk kesejahteraan diri anda dan orang yang anda sayang.
Walaupun kita ada banyak duit, dan tak kesah untuk bayar berapa pun setiap bulan, yang paling diperlukan untuk apply takaful adalah KESIHATAN.
PM quatotion harga
www.wasap.my/60107095502