Slim Sihat Tanpa Lapar

Slim Sihat Tanpa Lapar Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Slim Sihat Tanpa Lapar, Shah Alam.

Ubat diabetic rupanya
11/11/2025

Ubat diabetic rupanya

“Tetiba semua orang nak kurus. Tapi kali ini bukan dengan diet, bukan dengan senaman… tapi dengan jarum.”

Beberapa tahun kebelakangan ini, dunia menyaksikan satu fenomena baru : ubat diabetes seperti Ozempic dan Mounjaro yang asalnya dicipta untuk bantu kawalan gula, kini menjadi simbol gaya hidup cara paling cepat untuk dapat tubuh ramping tanpa perlu berlapar.

Fenomena global yang bermula dari satu ‘side effect’

Semuanya bermula bila pesakit diabetes yang guna Ozempic (mengandungi Semaglutide) melaporkan berat mereka turun mendadak. Dari situ, ubat ini mula dikongsi dalam komuniti, kemudian viral di TikTok, Instagram dan forum R
Hashtag mencatat lebih 3 bilion tontonan.

Tidak lama selepas itu, muncul p**a Mounjaro ubat diabetes yang mengandungi bahan aktif Tirzepatide. Ubat ini memberi kesan lebih ketara kerana bertindak pada dua hormon sekaligus.

Di luar negara, versi Mounjaro untuk penurunan berat badan dikenali sebagai Zepbound, dan sudah pun diluluskan oleh FDA untuk rawatan obesiti. Namun di Malaysia, ubat-ubat ini masih hanya diluluskan untuk pesakit diabetes.

Apa yang berlaku selepas anda ambil ubat seperti Ozempic atau Mounjaro?

Ubat seperti Ozempic dan Mounjaro membantu menurunkan berat badan dengan meniru hormon semula jadi dalam badan yang memberi isyarat kenyang kepada otak.

Ia juga memperlahankan proses pengosongan perut, menjadikan seseorang rasa kenyang lebih lama dan secara tidak langsung mengurangkan pengambilan makanan. Pada masa yang sama, ubat ini membantu menstabilkan paras gula darah, sekali gus mengurangkan keinginan untuk makan berlebihan.

Apabila jumlah kalori yang diambil berkurangan, berat badan pun menurun secara beransur-ansur.

Bila selebriti mula bersuara

Fenomena ini meledak apabila selebriti seperti Elon Musk mengaku menggunakan ubat ini.
Ramai artis Hollywood lain tampil dengan tubuh baharu hingga muncul istilah “Ozempic face”, kerana wajah menjadi terlalu cengkung akibat kehilangan lemak mendadak.

Di media sosial, influencer p**a mula menjual “pen ajaib” ini sebagai shortcut kurus. Masalahnya: ramai beli tanpa preskripsi doktor, tanpa saringan kesihatan, dan tanpa tahu risiko sebenar.

⚠️ Implikasi kepada kesihatan awam

Kesan sampingan ubat ini bukan kecil.
Mual, muntah, sembelit, dan rasa tidak selesa di perut antara aduan paling biasa. Ada juga laporan kes pankreatitis, gangguan buah pinggang, dan hipoglisemia bagi mereka yang bukan pesakit diabetes.

Lebih menakutkan, apabila berat turun terlalu cepat otot turut menyusut, bukan lemak semata-mata.

Dan bila ubat dihentikan, berat biasanya naik semula dengan cepat fenomena ini dipanggil Ozempic rebound.

Di sisi lain, ubat-ubat ini menjadikan imej tubuh kurus sebagai standard baharu kecantikan. Ia menguatkan tekanan sosial: “kalau boleh kurus cepat, kenapa tak buat?”

Budaya ini berisiko mencetus gangguan makan dan masalah mental yang lebih besar dalam masyarakat.

Kesan terhadap pesakit diabetes sebenar

Apabila “ubat kurus” ini jadi rebutan, pesakit diabetes p**a yang terkesan.
Farmasi di banyak negara termasuk Malaysia melaporkan kekurangan bekalan Ozempic akibat pembelian tanpa indikasi perubatan.

Ada pesakit yang terpaksa menukar ubat, menyebabkan kawalan gula mereka terganggu.

Refleksi kesihatan awam

Fenomena “Ozempic Epidemic” membuka mata dunia bahawa masalah obesiti bukan sekadar isu fizikal, tapi juga sosial dan psikologi.

Kurus bukan salah. Tapi bila “kurus cepat” jadi budaya, kita sedang mengubah ubat penyelamat nyawa menjadi alat kosmetik. Dan akhirnya, yang rugi bukan saja pesakit diabetes, tapi juga masyarakat yang kehilangan makna sebenar kesihatan.

Kesimp**an

Kurus bukan sekadar cucuk.

Ramai fikir ubat seperti Ozempic dan Mounjaro boleh selesaikan segalanya satu cucuk seminggu, berat turun, masalah selesai. Tapi hakikatnya, ubat ini hanya bantu mengawal selera, bukan ubah cara hidup.

Tanpa kawalan pemakanan, tanpa senaman, tanpa tidur cukup dan pengurusan stres, berat yang turun akan naik semula bila ubat dihentikan.

Lebih buruk, kehilangan otot dan kekurangan nutrisi boleh menjadikan tubuh lemah metabolisme perlahan, dan wajah kelihatan tua sebelum waktunya.

Ubat hanya alat bantu, bukan jalan pintas.
Yang menyembuhkan adalah disiplin dan perubahan gaya hidup makan lebih sihat, bergerak lebih banyak, dan sayang tubuh sendiri bukan kerana rupa, tapi kerana ia satu-satunya rumah yang kita ada.

29/10/2025

5 bulan lagi nak raya. Nak turun 1 size baju tu, sempat lagi 😀

“Lagi kuat workout, lagi cepat kurus?”Tak semestinya. Kadang-kadang badan perlukan rehat, bukan tekanan.Jika anda alami ...
11/08/2025

“Lagi kuat workout, lagi cepat kurus?”
Tak semestinya. Kadang-kadang badan perlukan rehat, bukan tekanan.

Jika anda alami 2 atau lebih tanda ni — kemungkinan besar badan anda perlukan masa untuk pulih.

Bila rehat cukup:
🔹 Hormon stabil
🔹 Otot cepat pulih
🔹 Berat pun mudah turun

💡 Progress bukan datang dari ‘push’ semata-mata, tapi juga dari ‘pause’ yang bijak.

❤️ Like kalau anda pernah rasa semua ni
🔁 Share dengan kawan yang all-out tiap hari

"Makan lemak boleh kurus?"Jawapannya: BOLEH — kalau tahu pilih lemak yang BETUL! 😮Dalam diet sihat, kita bukan elak semu...
11/08/2025

"Makan lemak boleh kurus?"
Jawapannya: BOLEH — kalau tahu pilih lemak yang BETUL! 😮

Dalam diet sihat, kita bukan elak semua lemak, tapi elak lemak berbahaya.
Ada lemak bantu bakar lemak. Ada juga yang buat perut makin ke depan!

Jom kenal 5 jenis lemak yang ramai tak tahu.
Kalau pernah confused pasal minyak, marjerin, avocado – wajib tengok ni!

Pernah rasa macam ni?“Dah makan elok, dah minum air... tapi berat masih statik.”Ramai orang give up sebab ingat diet gag...
18/07/2025

Pernah rasa macam ni?
“Dah makan elok, dah minum air... tapi berat masih statik.”

Ramai orang give up sebab ingat diet gagal — padahal badan tengah proses perubahan secara senyap.

Cuba semak semula:
🔹 Makan cukup defisit?
🔹 Bergerak aktif setiap hari?
🔹 Cukup tidur & kurang stress?

Jangan cepat putus asa. Kadang badan cuma perlukan masa & konsisten.

❤️ Like kalau anda pernah alami fasa ni
💬 Komen “Patut la berat tak gerak…”
🔁 Share untuk bantu geng diet lain faham
👍 Follow page Slim Sihat Tanpa Lapar

Elemen penting kalau nak loss fat.
15/07/2025

Elemen penting kalau nak loss fat.

Bangun pagi rasa letih, kepala berat, mood pun kelaut. Bila kerja bermula, badan ada tapi jiwa macam hilang. Bunyinya macam kurang tidur, tapi sebenarnya lebih kepada tidur yang tak berkualiti.

Ramai tak sedar, tidur yang tak “best” boleh jejaskan memori, emosi, dan kesihatan fizikal.
Bila berlarutan, ia boleh naikkan risiko tekanan darah tinggi, obesiti, dan kemurungan.

Sebab tu kita perlukan rutin malam yang tenang.
Tidur dan bangun pada waktu yang konsisten bantu reset jam biologi badan.

Elakkan kopi, asap rokok (termasuk asap rokok jiran) dan makan berat sebelum tidur semua tu boleh kacau fasa tidur dalam kita. Kalau boleh, mandi air suam atau tarik nafas perlahan sebelum baring. Tenangkan diri.

Dan jangan bawa kerja ke atas katil. Biar ia kekal jadi tempat untuk pulih, bukan untuk sambung stres.

Kadang-kadang, kita cuma perlukan satu malam tidur yang betul-betul lena… untuk mula rasa hidup ini lebih ringan. 😴

“Saya dah makan sihat, tapi berat tak turun juga.”Pernah rasa macam tu? Mungkin sebab kita makan makanan sihat — tapi da...
14/07/2025

“Saya dah makan sihat, tapi berat tak turun juga.”

Pernah rasa macam tu? Mungkin sebab kita makan makanan sihat — tapi dalam kuantiti yang tak terkawal.

Contohnya:
✅ Peanut butter – sihat tapi sangat tinggi kalori
✅ Smoothie – kalau tak jaga bahan, terus jadi dessert
✅ Granola – ramai sangka sihat, padahal ada granola yang tinggi gula.

Pilih bijak, kawal jumlah.

❤️ Like kalau anda pernah sangka makanan ni “selamat”
💬 Komen “Patut la berat statik…”
🔁 Share dengan geng diet anda

14/07/2025

Ramai kini guna penapis air jenis Reverse Osmosis (RO) di rumah. Teknologi ini memang cekap ia menapis logam berat, bakteria dan bahan tercemar.

Tapi, air RO juga menyingkirkan hampir semua mineral penting seperti kalsium dan magnesium
Air rendah mineral seperti RO boleh menyerap dan mengekskresikan mineral dari badan, mengganggu ketumpatan tulang dan kesihatan gigi, serta meningkatkan risiko osteoporosis dan karies gigi

Kalau anda jenis jarang makan sayur, tak s**a susu, atau tak ambil kekacang… badan anda mungkin perlahan-lahan kekurangan mineral penting.

Antara gejalanya
• Keletihan walaupun cukup tidur
• Kekejangan atau rasa mencucuk
• Jantung rasa berdebar
• Pening atau rasa melayang bila berdiri
• Susah tidur atau rasa cemas

Tapi jangan risau bukan bermakna anda perlu tukar penapis. Cuma pastikan:

✔️ Anda ambil makanan kaya mineral setiap hari (sayur hijau, susu, kekacang)

✔️ Jika anda guna penapis RO sepenuhnya, pertimbangkan penambahan filter mineral

✔️ Selang-selikan dengan air mineral semulajadi

✔️ Amalkan gaya hidup aktif dan pemakanan seimbang

Air yang baik bukan sekadar jernih bersih, tapi juga menyumbang pada keseimbangan tubuh.

13/07/2025

Assalamualaikum & selamat pagi semua.
Sarapan apa pagi ni?

11/07/2025

Assalamualaikum. Salam Jumaat barakah. Semoga dilapangkan rezeki dan kesihatan yang baik kalian semua 🤲

Address

Shah Alam
40000

Telephone

+601138476461

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Slim Sihat Tanpa Lapar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share