07/05/2024
*REPRICING*
Agak viral bila seorang client ni up socmed plan medical dia ada repricing. Kalau diikutkan, Mana-mana company pun akan ada berlaku "Repricing" ni untuk plan medical card. Kenapa Sumbangan Medical Card Naik Harga?
Pertama sekali, kenalah faham kenapa berlaku repricing.
1. Medical inflation
Kena faham bahwa medical inflation di Malaysia ialah lebih 10%. Jadi nak tak nak kenaikan ni akan di tanggung juga oleh pengguna.
2. Tabung tabarru tak dapat sustain
Tabung tabarru ialah tabung derma, dimana dana dalam tabung ni dikongsi oleh semua penyumbang takaful. Kalau duit dah nak habis, kena lah tambah.
3. Investment Performance
Satu lagi tabung ialah tabung pelaburan atau cash value. Kalau pelaburan tak perform, penyumbang lagi sekali terpaksa top up kalau tak cukup.
Disebabkan 3 faktor ni, medical card pon terpaksa repricing harga.
Ada segelintir agent juga akap harga takkan naik, ini tak betul sama sekali kecuali whole life ataupon endowment polisi.
Jadi, jika ambil standalone, traditional atau ILP polisi, medical card anda ada kemungkinan untuk repricing.
Jadi sebagai pengguna, apa yang korang boleh buat.
1. Downgrade Polisi
Boleh downgrade polisi dari full coverage ke co-takaful atau deductable. Kena semak dengan syarikat/agent masing masing.
2. Teruskan bayar seperti biasa
Kalau masih mampu dan perlukan manfaat medical card tu, nak tak nak bayar jela macam biasa. Nak tukar baru pon agak susah kalau kesihatan kurang baik.
3. Ambil Polisi Baru
Boleh consider ambil polisi baru kalau polisi lama tak berbaloi benefits dengan harganya. Risikonya, waiting period akan start semula.
4. Berhenti Mencarum
Extreme case, jika tak mampu, boleh review balik polisi. Potong mana yang perlu. Kalau ada life polisi, boleh maintain life polisi tu, provided ada life polisi berasingan dengan medical card
Kesimpulannya, back to basic, fungsi takaful ialah untuk perlindungan. Ambil pampasan secukupnya untuk:
- Debt protection (pampasan kematian)
- Income replacement (pampasan cacat kekal dan sakit kritikal)
- Wealth protection (medical card)
Rule of thumb dia, bayar takaful tak melebihi 10% dari income.
Kredit: Adli Ishak