MSO Takaful Prubsn

MSO Takaful Prubsn Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from MSO Takaful Prubsn, Insurance Agent, B1-8-3, Space U8, Persiaran Pasak Bumi, Bukit Jelutong, Seksyen U8, Shah Alam.

13/11/2024

Takaful tidak dijual. Tapi Takaful disertai. Ibaratnya Tuan Puan ramai-ramai beriltizam menyumbang dalam satu tabung yang sama. Jika Salah seorang hadapi musibah (kos hospital/sakit kritikal/kematian) duit sumbangan tersebut akan digunakan. Inilah konsep Ta'awun (tolong menolong) dalam Takaful.

31/05/2020
23/05/2020

Ramadhan 1441H šŸ˜­ā¤ļø

26/04/2020

Salam Ramadan. Imarahkan Ramadan Walaupun Berjauhan.

Assalamualaikum wbt dan selamat pagi.Alhamdulillah. Al Khawarizmi - The Father of Algebra. Membuktikan sebagai Mukmin ki...
13/04/2020

Assalamualaikum wbt dan selamat pagi.

Alhamdulillah. Al Khawarizmi - The Father of Algebra. Membuktikan sebagai Mukmin kita buat kiraan untung bukan dalam hal dunia semata, malahan membuat kiraan untung untuk akhirat yang kekal abadi.

Semoga kita senantiasa berada dalam misi menghidupkan kembali sunnah Baginda Rasulullah s.a.w dalam memperindah dan menyempurnakan akhlak serta budi pekerti yang baik.

APA ITU TABARRU’ ?Tabarru’ bermaksud sumbangan atau derma yang diberikan oleh seseorang yang kemudiannya diberikan kepad...
06/04/2020

APA ITU TABARRU’ ?

Tabarru’ bermaksud sumbangan atau derma yang diberikan oleh seseorang yang kemudiannya diberikan kepada orang lain yang memerlukannya, tanpa mengharapkan apa-apa balasan.

Para ulamak telah sepakat memutuskan Takaful sebagai ganti kepada Insurans Konvensional. Akad/kontrak Tabarru’ menjadi teras utama yang membina paksi Takaful.

Dalam perniagaan Takaful, peserta bersetuju untuk menderma sejumlah wang ke Dana Takaful atau juga dipangil sebagai Risk Fund, berdasarkan kontrak tabarru’.

Setiap peserta yang ingin mendapatkan perlindungan Takaful mestilah hadir dengan niat yang ikhlas ketika menderma bagi membantu sesama para peserta yang lain jika mereka menghadapi musibah.

Dalam erti kata lain, semua peserta tersebut bersetuju untuk saling membantu dikalangan mereka ketika ditimpa musibah mengikut manfaat-manfaat yang dipersetujui di bawah pelan tersebut.

APA ITU TABARRU’ ?Tabarru’ bermaksud sumbangan atau derma yang diberikan oleh seseorang yang kemudiannya diberikan kepad...
06/04/2020

APA ITU TABARRU’ ?

Tabarru’ bermaksud sumbangan atau derma yang diberikan oleh seseorang yang kemudiannya diberikan kepada orang lain yang memerlukannya, tanpa mengharapkan apa-apa balasan.

Para ulamak telah sepakat memutuskan Takaful sebagai ganti kepada Insurans Konvensional. Akad/kontrak Tabarru’ menjadi teras utama yang membina asas Takaful.

Dalam perniagaan Takaful, peserta bersetuju untuk menderma sejumlah wang ke Dana Takaful atau juga dipangil sebagai Risk Fund, berdasarkan kontrak tabarru’.

Setiap peserta yang ingin mendapatkan perlindungan Takaful mestilah hadir dengan niat yang ikhlas ketika menderma bagi membantu sesama para peserta yang lain jika mereka menghadapi musibah.

Dalam erti kata lain yang lebih tepat, semua peserta tersebut bersetuju untuk saling membantu dikalangan mereka ketika ditimpa musibah mengikut manfaat-manfaat yang dipersetujui di bawah pelan tersebut.

Pentafsir Mimpi Jadi Menteri Kewangan Mesir===================================Dengan Nama Allah Maha Pemurah Lagi Maha P...
05/04/2020

Pentafsir Mimpi Jadi Menteri Kewangan Mesir

===================================

Dengan Nama Allah Maha Pemurah Lagi Maha Pangasih.

Ingat lagi tak antara kisah terbaik dalam al Quran?


Surah Yusuf Ayat 3:

"Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) seindah-indah kisah, dengan jalan Kami wahyukan kepadamu Al-Quran ini, padahal sebenarnya engkau sebelum datangnya wahyu itu, adalah dari orang-orang yang tidak pernah menyedari akan halnya."


Best sangat surah ni! Nabi Yusuf diberikan mukjizat pandai mentafsir mimpi!

Ingat tak kisah Firaun Mesir tanya kepada Nabi Yusuf tentang mimpi baginda? Mimpi pasal lembu, pasal tangkai gandum... Mari kita sama sama ingat balik.


Surah Yusuf Ayat 43:

Dan (pada suatu hari) raja Mesir berkata: "Sesungguhnya aku mimpi melihat: tujuh ekor lembu yang gemuk dimakan oleh tujuh ekor lembu yang kurus, dan aku melihat tujuh tangkai (biji-bijian) yang hijau dan tujuh tangkai lagi yang kering. Wahai ketua-ketua kaum (yang hadir), terangkanlah kepadaku tentang mimpiku ini, kalau kamu orang yang pandai menafsirkan mimpi".



Tapi tak sorang pun yang pandai tafsir! Aduh! Kalut la mereka cari siapa yang boleh tafsir! Maka tampil lah Nabi Yusuf memberikan jawapan kepada persoalan Firaun tersebut:



Surah Yusuf Ayat 46:

(Setelah ia berjumpa dengan Yusuf, berkatalah ia): "Yusuf, Wahai orang yang benar (pada segala-galanya)! tafsirkanlah kepada kami (seorang bermimpi melihat): tujuh ekor lembu yang gemuk dimakan oleh tujuh ekor lembu yang kurus; dan tujuh tangkai (biji-bijian) yang hijau serta tujuh tangkai lagi yang kering; (tafsirkanlah) supaya aku kembali kepada orang-orang yang mengutusku itu, semoga mereka dapat mengetahui tafsirannya".

Surah Yusuf Ayat 47:

Yusuf menjawab: "Hendaklah kamu menanam bersungguh-sungguh tujuh tahun berturut-turut, kemudian apa yang kamu ketam (tuai), biarkanlah dia pada tangkai-tangkainya; kecuali sedikit dari bahagian yang kamu jadikan untuk makan.



MasyaAllah! Inilah tips kewangan #1 yang dikongsi oleh Nabi Yusuf, iaitu di ZAMAN SENANG, di mana pendapatan boleh masuk secara berkala, kita masih kuat dan punyai masa untuk berusaha & merancang. Maka janganlah belanja semua pada zaman ini, tetapi simpan!! Simpan kat mana? Sebagai saranan cari tempat simpanan yang boleh kalis inflasi, dan boleh kembangkan duit tersebut! Cari Instrumen Pelaburan! Buat Portfolio Pelaburan! Rancang & disiplin patuhi rancangan kewangan itu selama 7 tahun minima tau! Bukan 1, 2 tahun je! Kerja keras, gila-gila, selama 7 tahun. Baru boleh fikir nak enjoy! Bukannya dapat gaji pertama je, pastu terus nak buat hutang, nak beli itu, beli ini! Walaupun sebagai aset yang membantu menjana pendapatan kita. šŸ‘ŒšŸ»šŸ˜Š

Nabi Yusuf sambung lagi tips kewangan #2 baginda:


Surah Yusuf Ayat 48:

Kemudian akan datang selepas tempoh itu, tujuh tahun kemarau yang besar, yang akan menghabiskan makanan yang kamu sediakan baginya; kecuali sedikit dari apa yang kamu simpan (untuk dijadikan benih).



MasyaAllah. Sedarlah! Pasti akan tiba! ZAMAN GAWAT! Bila? Bagaimana? Hanya Allah yang Maha Tahu, tetapi Nabi Yusuf dah pesan, untuk kita bersedia dari sekarang! Jangan tunggu dah tiba zaman ni (sakit kritikal, tak mampu bekerja, hilang sumber pendapatan) baru nak tergagau minta bantuan! Dah la zaman gawat ini bukan sekejap, 7 tahun tu! Subahanallah... sama panjang dengan zaman senang.... merana nanti! Jadi, sediakan tabung kecemasan anda! Cari plan takaful yang sesuai dengan bajet & risiko anda! Dari sekarang ye, masa tengah di zaman senang dan masih mampu bekerja ni ye, takaful pun boleh start murah murah. Jangan enjoy dulu!

Kemudian barulah Nabi Yusuf kongsikan tips kewangan #3:



Surah Yusuf Ayat 49:

"Kemudian akan datang p**a sesudah itu tahun yang padanya orang ramai beroleh rahmat hujan, dan padanya mereka dapat memerah (hasil anggur, zaitun dan sebagainya)".



Akhirnyaaaaaa.... impian semua orang. ZAMAN MENUAI!! Bebas kewangan!! Semua tahu nak sampai terus ke zaman ini je kan? Nak cepat p**ak tu! Haha.... Tapi tak sedar tentang 2 zaman yang harus dilalui dahulu, sebelum boleh tiba ke zaman ini! Kalau ikut bulat-bulat secara harfiah dari Surah Yusuf, tempoh minima untuk capai bebas kewangan ini adalah 14 tahun tau. Jadi jangan cepat terpedaya sangat dengan janji-janji skim penipu ya!! Oh ye. Bila dah bebas kewangan, dah kena rancang p**a untuk perwarisan. Betul tak? Sebab harta ni bukan untuk kita seorang. Tapi untuk keluarga & ummah secara keseluruhan! S**a untuk di ingatkan juga sebagai bekalan kita di kubur nanti. Ada rezeki lebih ambil plan hibah dan boleh hibahkan ke masjid masjid, pusat tahfiz dan keluarga tersayang.


Segala puji bagi Allah. Inilah panduan konsep kewangan holistik yang Allah SWT ceritakan melalui antara kisah terbaik dalam al Quran, Surah Yusuf, Surah ke-12.

Dan dengan izin Allah serta sokongan rakan rakan sekalian inilah yang saya perjuangkan melalui PrudentialBSN Takaful sebagai persediaan menghadapi tiga perkara yang kita tidak boleh lari dan tidak ketahui bila atau bagaimana ianya berlaku iaitu, hari tua bila tidak mampu bekerja, sakit kritikal dan mati.

Sebab Utama Mencarum Takaful:

1. Perbelanjaan untuk rawatan kesihatan dimana kosnya semakin meningkat setiap tahun.

2. Membantu menggantikan pendapatan demi kelangsungan keluarga.

3. Membantu menyelesaikan hutang serta mengelakkan dari mewariskan hutang tersebut kepada ahli keluarga yang lain.

4. Pertukaran aset terpantas dan sebagai peninggalkan warisan.

Moga Allah SWT berkati usaha kita semua membantu ummah!

*************************************

Doa yang diucapkan oleh Nabi Isa AS kepada Nabi kita, semoga selawat dan salam dilimpahkan ke atas Baginda.
30/03/2020

Doa yang diucapkan oleh Nabi Isa AS kepada Nabi kita, semoga selawat dan salam dilimpahkan ke atas Baginda.

16/03/2020
Sesungguhnya sakit itu mahal.
09/03/2020

Sesungguhnya sakit itu mahal.

Doa yang diwasiatkan oleh Rasulullah SAW kepada Saidatina Fatimah az-Zahrah RA.
20/02/2020

Doa yang diwasiatkan oleh Rasulullah SAW kepada Saidatina Fatimah az-Zahrah RA.

Address

B1-8-3, Space U8, Persiaran Pasak Bumi, Bukit Jelutong, Seksyen U8
Shah Alam
40150

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MSO Takaful Prubsn posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share