Azmi Ahmad

Azmi Ahmad Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Azmi Ahmad, Financial planner, Shah Alam.

Saya menawarkan perkhidmatan konsultansi holistik untuk keperluan kewangan peribadi anda seperti pengurusan aliran wangtunai, penyelesaian hutang, perlindungan takaful, pelaburan dana amanah & private mandate yg patuh shariah dan pengurusan harta muslim

Berita pasal doktor di Alor Setar yang lebur RM3.8 juta dalam scam IPO ni bukan sekadar berita sensasi, tapi satu pengaj...
08/03/2026

Berita pasal doktor di Alor Setar yang lebur RM3.8 juta dalam scam IPO ni bukan sekadar berita sensasi, tapi satu pengajaran yang sangat mahal bagi kita semua.
Bayangkan, pada usia 60 tahun, itu sepatutnya fasa untuk kita menikmati hasil titik peluh, bukannya waktu untuk "berjudi" dengan nasib.
Jom kita bedah kes ni guna lensa kewangan, emosi manusia, dan taktik "perang" scammer.
1. Matematik Yang Membunuh Ketenangan
Kalau kita buat kira-kira mudah, RM3.8 juta itu kalau diletakkan dalam instrumen berisiko rendah seperti Tabung Haji dengan anggaran hibah 3.1%, doktor tersebut sebenarnya sudah boleh menjana pendapatan pasif sekitar RM9,800 sebulan.

Persoalannya:
• Perlu ke kejar p**angan 50% dalam masa dua minggu?

• Kenapa nak leburkan RM3.8 juta dalam 49 kali transaksi ke sembilan akaun bank yang berbeza?

Punca utama ramai terjerat bukan sebab mereka tak pandai cari duit, tapi sebab tiada pelan persaraan yang jelas.

Bila kita tak tahu "berapa angka yang cukup", kita akan sentiasa rasa lapar bila nampak iklan pelaburan yang janjikan untung luar biasa di media sosial.
2. Taktik "Hantu Halimunan" Scammer
Scammer dari kump**a ni ibarat pemangsa yang bergerak senyap. Mereka tidak dikesan oleh radar logik mangsa, dan tahu-tahu saja benteng kewangan sudah hancur lebur.

Mereka menggunakan umpan "IPO Saham China & Hong Kong" yang sebenarnya tidak wujud sebagai "smart fuse" untuk menembus masuk ke dalam fikiran mangsa.
Mereka janjikan p**angan yang luar biasa tinggi yang sebenarnya hanyalah "bom jangka" yang bakal memusnahkan hidup mangsa bila-bila masa saja.
Ingat, apa-apa yang janjikan keuntungan terlalu cepat dan tinggi adalah petanda jelas satu penipuan.
3. "Bubble" Keinginan & Jerat Emosi
Kes ini menunjukkan betapa bahayanya bila kita terperangkap dalam kepompong keinginan untuk kaya dengan jalan pintas.
Scammer ni sangat licik; mereka tahu macam mana nak mainkan emosi melalui kump**an WhatsApp sehingga mangsa sanggup keluar dari zon selamat dan menyerahkan segala simpanan seumur hidup mereka.
Kita nampak wajah sebenar masyarakat dalam isu ni—bila ada yang kena tipu, ramai yang tumpang sedih. Tapi ubat paling mujarab untuk mengelakkan diri daripada terkena "penyakit" scam ini bukannya simpati orang lain, tetapi ilmu dan ketenangan diri.
Konklusi: Masa Tua Adalah Waktu "Security", Bukan "Profitability"
Waktu pencen sepatutnya kita fokus untuk hidup dengan tenang. Jangan biarkan mimpi ngeri kehilangan harta benda menghantui waktu kita sepatutnya fokus pada perkara yang lebih bermakna.
Ingat checklist ringkas sebelum melabur:
1. Semak status lesen: Pastikan syarikat atau skim itu diluluskan oleh pihak berkuasa sebelum buat sebarang pindahan wang.
2. Logik Risiko: Kalau orang janji untung 50%, anda kena bersedia untuk rugi 50% juga. Kalau tak sanggup hilang modal dalam sekelip mata, jangan masuk.
3. Penyelidikan: Jangan mudah terpedaya dengan iklan di media sosial tanpa membuat semakan latar belakang yang mendalam.
Kes doktor di Alor Setar ini adalah satu peringatan keras buat kita semua.

Jangan sampai kita p**a yang jadi mangsa seterusnya hanya kerana gagal mengawal rasa "gelabah" bila nampak peluang yang nampak terlalu indah untuk jadi kenyataan.

Adakah anda ingin saya bantu kirakan "Magic Number" persaraan anda supaya anda lebih jelas dengan sasaran kewangan sendiri dan tidak mudah terpedaya?

24/09/2025

ramai yang salah sangka bila kata kita nak buat dokumen wasiat, kita lebih nak tentukan siapa dapat apa.

mindset camni ni tak betul ye tuan tuan.

tujuan kita buat dokumen wasiat adalah untuk kita lantik suatu entiti atau seseorang individu untuk menyelesaikan urusan dunia kita yang masih tertangguh .

Apa urusan dunia yang masih tertangguh?

1. Hutang.
Hutang ni ni terbahagi kepada 3 bahagian, hutang kepada Allah, manusia dan kerajaan.

Hadis daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda:

نفس المؤمن مُعَلّقة بدَيْنِه حتى يُقْضى عنه

Yang bermaksud: “Jiwa seseorang yang beriman tergantung dengan hutangnya sehingga dia melunaskannya.” (Riwayat al-Tirmizi)

Hutang kepada Allah adalah hutang haji, nazar, solat& puasa yg ditinggalkan etc

Hutang wang kepada kawan-kawan, keluarga, rakan sekerja.

Hutang kepada kerajaan adalah cukai-cukai yang belum dilunaskan.

pada akhir proses pembahagian harta, wasi/pentadbir mesti mendapatkan surat pelepasan cukai dari LHDN, jika tidak LHDN akan tuntut baki cukai belum dibayar dari harta wasi/pentadbir.

2. Wasiat
Kita boleh meletakkan 1/3 dari nilai jumlah harta utk dinfaqkan atau diletakkan sebagai waqaf.

dan kita bleh pilih sendiri institusi @ pihak yang boleh terima duit infaq/waqaf.

3. Urusan Harta sepencarian

4. Dah selesai semua di atas, barulah baki harta yang ada dibahagikan kepada waris-waris yang ada, tu pun kalau masih ada baki.

Jika semua harta dah habis untuk bayar hutang, nak bagi faraid macam mana?

Azmi Haji Ahmad
Islamic Estate Planner
012-329 3320

31/07/2025

📝 Dah Buat Dokumen Wasiat & Hibah ke Belum?

Ramai sayang keluarga, tapi belum buat dokumen penting ini.

Bila kita tiada nanti, aset tanpa dokumen boleh jadi rebutan.

Saya bantu anda:

✅ Sediakan Wasiat Islamik
✅ Rancang & dokumentasi Hibah
✅ Elak konflik waris, ikut hukum & undang-undang

📲 DM / WhatsApp saya untuk temujanji percuma
📍 Azmi Haji Ahmad – Perancang Harta & Hibah Bertauliah bersama Laman Rasmi as-Salihin Trustee Berhad

siap dah calculator untuk kira berapa jumlah hutang mortgage, kereta, personal, kad kredit dan ASB loan setiap bulan.bil...
29/07/2025

siap dah calculator untuk kira berapa jumlah hutang mortgage, kereta, personal, kad kredit dan ASB loan setiap bulan.

bila kita dah bleh buat semacam ledger ni, baru senang kita nak "tweak" cara pembayaran kita untuk mengurangkan keuntungan pihak bank.

dan paling best, kita "mungkin"boleh gunakan OPM untuk buat proses ni supaya ianya tak kacau cashflow bulanan kita untuk kurangkan keuntungan bank ini.

setinggi-tinggi penghargaan kepada tuan Zahiruddin Saruji dan tuan Ahmad Zakwan Abd Rahman atas ilmu yang diwakafkan ini.

dan untuk memanjangkan pahala mereka berdua, saya nak membantu 5 orang followers yg nak kurangkan pembayaran hutang rumah mereka SECARA PERCUMA setiap bulan bermula Ogos hingga Disember 2025 ni.

Ye betul!

5 orang followers setiap bulan sahaja.

mereka hanya perlu share hasil dapatan ilmu mereka dan penjimataan mereka di media sosial nanti.

itu sahaja.

Dengan ilmu yang saya ada ni, anda berkemungkinan akan mendapat penjimatan ribuan ringgit nanti.

jadi jangan tunggu lagi, cepat dm @ wasab saya di 012-329 3320 untuk dapatkan slot terhad ini.

Azmi Haji Ahmad
Financial Planner Representative





23/07/2025

📌 KENAPA KENA ADA TAKAFUL BILA URUS HARTA PUSAKA?

“Masa hidup dulu arwah cukup berjimat. Tapi bila dia pergi, keluarga dia terpaksa pinjam sana sini untuk teruskan hidup.”

Itulah luahan seorang anak kepada arwah kenalan saya yang meninggal dunia akibat serangan jantung pada usia 48 tahun.

Arwah seorang usahawan berjaya. Rumah ada. Kereta ada beberapa biji. Tapi bila dia ‘pergi’, satu masalah besar timbul — akses kepada tunai.



⚠️ Duit yang ada di bank kena beku, banker nak tengok dulu surat kuasa pentadbir sebelum boleh dikeluarkan Dan bila dah dikelurkan, duit tu mesti difaraidkan.
⚠️ Rumah belum sempat tukar nama.
⚠️ Kereta atas nama si mati.
⚠️ Aset Syarikat pun jadi beku.

Yang tinggal hanya hutang dan bil yang tak berhenti datang.



Sebaliknya, ada seorang klien saya. Bila suaminya meninggal, dalam masa 14 hari dia dapat pampasan takaful RM500,000. Wang itu dia gunakan untuk:

✅ Langsaikan hutang suami.
✅ Biayai pengurusan jenazah dan kenduri.
✅ Teruskan pendidikan anak-anak.
✅ Dan paling penting — dia tak perlu bergantung pada sesiapa.



💡 Di sinilah pentingnya takaful dalam pengurusan harta pusaka. Ia:

✔️ Sumber tunai segera bila berlaku kematian.
✔️ Memberi nilai pampasan melebihi kemampuan sebenar kita.
✔️ Membolehkan kita tentukan kepada siapa dan untuk apa wang itu digunakan — samada untuk hibah, wakaf atau tanggungjawab yang belum selesai.
✔️ Dan tidak membebankan waris yang ditinggalkan.



📣 Jangan tunggu sakit. Jangan tunggu tua. Jangan fikir harta banyak atau sikit.

Takaful bukan tentang mati — ia tentang kelangsungan hidup orang yang kita tinggalkan.

Kita tak tahu bila ajal sampai. Tapi kita boleh rancang apa yang tinggal bila kita dah tak ada.

📥 DM saya jika anda nak tahu bagaimana takaful boleh dimanfaatkan bersama perancangan wasiat dan hibah Islam.

Azmi Haji Ahmad
0123293320

UNLIMITED TOWING untuk kereta dah jadi perkara biasa.tapi UNLIMITED TOWING untuk motor adalah suatu yang sangat baru.dan...
29/05/2025

UNLIMITED TOWING untuk kereta dah jadi perkara biasa.

tapi UNLIMITED TOWING untuk motor adalah suatu yang sangat baru.

dan hari ini hanya ada satu Takaful Operator yang boleh bagi manfaat ni.

kalau bila saya bagi quotation kepada pelanggan, mmg saya akan bagi lebih dari satu pilihan supaya pelanggan dapat membuat pilihan yang terbaik.

Nama Takaful Operator saya akan rahsiakan dahulu supaya tiada bias dalam pemilihan.

biar pelanggan memilih berdasarkan manfaat yang ada dari melihat nama syarikat tersebut.

nak saya buatkan jadual perbandingan manfaat macam ni?

boleh contact saya dengan click sahaja gambar dibawah.

Azmi Haji Ahmad
iFAR with TSI Wealth

TSI Wealth Planners Awards Day.Saya dapat 2 Silver Awards untuk kategori General Takaful 20241. Motor2. Marine / Liabili...
13/05/2025

TSI Wealth Planners Awards Day.

Saya dapat 2 Silver Awards untuk kategori General Takaful 2024

1. Motor

2. Marine / Liability / Engineering / Others

Nak dapatkan konsultansi dan sebut harga takaful am, boleh hubungi saya.

Azmi Haji Ahmad
Family & General Takaful | Pelaburan Patuh Shariah | Hibah & Wasiat | Pengurusan Harta Pusaka

22/04/2025

Pesanan khas untuk para Tetamu Allah pada tahun ini.
Semoga semua tetamu mendapat haji dan umrah yang mabrur

sekarang dah ada syarikat takaful yang menawarkan manfaat perkhidmatan tunda PERCUMA sehingga 50km untuk SEMUA jenis MOT...
14/04/2025

sekarang dah ada syarikat takaful yang menawarkan manfaat perkhidmatan tunda PERCUMA sehingga 50km untuk SEMUA jenis MOTORSIKAL.

Servis disediakan oleh Etiqa General Takaful.

Boleh contact saya untuk lebih info.

Azmi Haji Ahmad
TSI Wealth

wow...banyaknya client nak pegi bercuti minggu ni.....tak cukup tangan abam nak issue Travel PA Takaful ni hahah.....alh...
11/09/2024

wow...banyaknya client nak pegi bercuti minggu ni.....tak cukup tangan abam nak issue Travel PA Takaful ni hahah.....

alhamdulillah dah ramai yang ada kesedaran untuk ambil perlindungan takaful semasa bercuti ke luar negara.

saya sendiri pernah ada insiden "medical emergency" semasa bercuti di luar negara dahulu, nasib baik ada perlindungan untuk bayar semua kos medical tu.

admitted 3 hari di hospital kerajaan, treatment cuma dapat water drip dan antibiotik je tapi kos hampir RM10K!

masa tu takde lagi cashless@GL semuanya pay & claim, so saya bayar guna kad kredit je.

tapi sekarang ni dah ada cashless transaction dan boleh ambik pekej yang mana boleh cover kos medical sehingga "UNLIMITED".

so mana mana kenalan saya di luar sana yang dah beli tiket flight nak pergi bercuti tapi belum lagi ambil TravelPATakaful, boleh hubungi saya na.

pastikan dah ambil PA Takaful, baru pergi bercuti na 🙂.

Azmi Haji Ahmad
Islamic FAR
TSI Wealth

Address

Shah Alam
40300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Azmi Ahmad posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Azmi Ahmad:

Share