26/01/2021
Tak halal kalau buat hibah. Saya rasa nak menangis bila baca mesej dari salah seorang agent takaful dengan client, Puan ni yang bertanyakan mengenai hibah kelmarin. Dengan perasaan kesedihan dan kekecewaan yang dialaminya. Marah sangat duit isteri digunakan untuk masa hadapan anak-anak.
Puan ini berhasrat nak buat hibah untuk anak-anaknya. Dia risaukan masa hadapan suaminya jika ketiadaannya nanti.
Agent tersebut menanyakan, kenapa tak suami yang buat hibah untuk dia sebagai isteri? Sebab yang akan menjaga anak-anak nanti apabila suami tiada ialah dia.
"Untuk diri sendiri saya rasa saya masih mampu melangkah walaupun saya suri rumah".
Dia lebih risaukan suami dari dirinya sendiri rupanya.
Selepas agent tersebut buatkan quotation berdasarkan kemampuannya dan keperluannya, dia mengucapkan Alhamdulillah. Mungkin kerana agent tersebut persembahkan suatu yang dia rasa mampu dan dapat memenuhi hasrat dia.
Beberapa ketika selepas itu Puan ini menyatakan sangat berminat tetapi respon dari suaminya seakan tiada.
Keesokan harinya agent tersebut mendapat mesej dari Puan ini dengan ayat seperti di gambar. Saya pasti hatinya hancur luluh kerana niatnya yang baik ditolak dengan mentah oleh si suami.
Agent tersebut p**a yang risaukan masa depannya. Agent tersebut nasihatkan dia supaya menyimpan emas. Tak banyak, sikit pun jadilah kerana emas sangat bagus untuk dijadikan pemampan di waktu memerlukan.
Tetapi lain p**a benda yang pernah terjadi.
Tiada apa lagi yang boleh agent tersebut katakan melainkan berdoa supaya segala urusan Puan ini dipermudahkan.
Saya harap para suami yang membaca tidak menjatuhkan hukum sewenang-wenangnya seperti ini dan cuba memahami isi hati isteri. Selalunya para suami yang memandang jauh ke hadapan, tetapi dalam kes ini terbalik p**a.
Korang macam ni jugak ke?
Buatlah hibah. Jangan fikir diri sendiri sahaja. Fikirkan keluarga bila kita tiada nanti. Dulu saya sentiasa bercerita mengenai betapa pentingnya perkara ini tetapi tidak dapat membantu lebih dari ini.
Tetapi sekarang saya sudah menjadi penasihat Takaful. Akhirnya saya dapat berpeluang menjadi asbab terciptanya hibah untuk pasangan.
Saya kalau boleh nak sangat semua keluarga ada hibah. Saya takkan berhenti menulis betapa pentingnya perkara sebegini. Kalau dari beratus yang membaca, dapat seorang dua yang terdetik di hati pun cukuplah.
Hubungi saya di sini sekarang. Masa inilah masa paling sesuai untuk mencipta ketenangan masa hadapan.
Your Life Planner
Herry Jurimin (01125158835)
http://www.wasap.my/601125158835/AIA
AIA Public Takaful.