22/02/2026
Malaysia Mempunyai 7,490 Individu Dengan Kekayaan Melebihi RM40 Juta ($10 Juta)
Knight Frank Wealth Report 2025 mendapati Malaysia mempunyai 7,490 individu dengan kekayaan melebihi $10 juta pada tahun 2024, di belakang Indonesia, Thailand dan Singapura.
Knight Frank mengklasifikasi kumpulan ini sebagai High Net-Worth Individual (HNWI). Bagi mereka yang mempunyai kekayaan melebihi $30 juta, Knight Frank turut mengklasifikasi mereka sebagai Ultra High Net-Worth Individuals (UHNWI).
Menurut statistik yang dikongsikan dalam laporan tersebut, kekayaan golongan elit ini meningkat 4.4% pada tahun 2024, dengan sebahagian kekayaan ini datang daripada pasaran Amerika Syarikat iaitu sebanyak $5.7 trilion.