Saujana Agro Trading

Saujana Agro Trading Pembekal Ternakan Ruminan, Makanan Ternakan, Qurban dan Aqiqah, Pembekal Daging Segar, Texas Smoked, Catering

31/05/2026



Alhamdulillah untuk ke sekian kalinya bekerjasama dengan Surau Al- Muhajirin, Bandar Sri Damansara 🤝❤️

Terima kasih pihak AJK tertinggi surau di atas kepercayaan terhadap kami ❤️

Semoga berjumpa lagi di lain acara, InsyaAllah 🤲❤️




 🌙 Ucapan Penghargaan & Terima Kasih 🌙Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Alhamdulillah, segala puji bagi Allah S...
31/05/2026



🌙 Ucapan Penghargaan & Terima Kasih 🌙

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya, Program Qurban Ummah 2026 / 1447H telah dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Pihak Saujana Agro Trading ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua pelanggan, peserta qurban, ahli keluarga, sukarelawan serta pihak-pihak yang telah memberikan kepercayaan dan sokongan kepada kami sepanjang pelaksanaan program ini.

Kepercayaan yang diberikan amat kami hargai dan kami anggap sebagai satu amanah yang besar. Semoga setiap ibadah qurban yang dilaksanakan diterima oleh Allah SWT dan dikurniakan ganjaran pahala, keberkatan rezeki, kesihatan yang baik serta kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Pada masa yang sama, kami dari Saujana Agro Trading ingin memohon maaf atas segala kekurangan, kelemahan, kesilapan atau sebarang kesulitan yang mungkin berlaku sepanjang urusan pendaftaran, penyembelihan, pemprosesan, pembahagian mahupun penyampaian maklumat program ini. Segala teguran dan pandangan yang diberikan akan kami jadikan panduan untuk memperbaiki mutu perkhidmatan kami pada masa akan datang.

Firman Allah SWT:

"Daging dan darah haiwan qurban itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepada-Nya ialah ketakwaan kamu."
(Surah Al-Hajj: 37)

Sekali lagi, terima kasih atas kepercayaan dan sokongan anda semua. Semoga ukhwah yang terjalin ini terus berkekalan dan kita dipertemukan lagi dalam Program Qurban Ummah pada tahun-tahun akan datang, insyaAllah.

Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H
Maaf Zahir dan Batin

Ikhlas daripada,
Seluruh Warga Saujana Agro Trading

🤲 "Terima Kasih Atas Kepercayaan Anda. Semoga Ibadah Qurban Anda Diterima dan Diberkati Allah SWT." 🤲



31/05/2026



Alhamdulillah selesai urusan qurban bersama IPD cawangan Dang Wangi 🚓❤️

Terima kasih buat semua team yang terlibat dan memudahkan urusan semua 🤝

Jumpa lagi di lain acara, InsyaAllah 🥰



31/05/2026



Antara contoh qurban dari pihak DRB HICOM ❤️

Qurban yang dilaksanakan di kandang kami di Saujana Agro Trading dan menggunakan perkhidmatan sembelihan, lapah, dan potong karkas. Packaging dan agihan dilaksanakan di tempat pelanggan.

Ini adalah antara perkhidmatan yang disediakan di kandang kami ❤️

Terima kasih pelanggan yang sentiasa menyokong dan mempercayai perkhidmatan kami 🤝

Jumpa lagi tahun hadapan, InsyaAllah 🤲❤️




QURBAN UMMAH 2026 ❤️Alhamdulillah berkesempatan menunaikan solat sunat aidiladha di kandang Saujana Agro Trading .Terima...
27/05/2026

QURBAN UMMAH 2026 ❤️

Alhamdulillah berkesempatan menunaikan solat sunat aidiladha di kandang Saujana Agro Trading .

Terima kasih semua. Semoga semuanya berjalan lancar, InsyaAllah 🤲❤️


26/05/2026



Alhamdulillah selesai sesi ke 2 penghantaran haiwan qurban ke Lembah Klang.

Terima kasih atas kerjasama semua pihak dalam menjayakan misi penghantaran haiwan qurban hari ini ❤️

Jumpa esok ya, InsyaAllah 🙏




26/05/2026



SESI PENGHANTARAN LEMBU DAN KAMBING QURBAN

Alhamdulillah selesai penghantaran haiwan haiwan qurban bagi sesi pertama semalam (Lembah Klang).

Terima kasih semua memudahkan urusan penghantaran kami ❤️

InsyaAllah hari ni kita luncur lagi untuk sesi kedua dalam kawasan Lembah Klang 🙏

Mohon doakan keselamatan, kesejahteraan dan semoga dipermudahkan urusan kita semua hari ini dan seterusnya. InsyaAllah Amin yra 🤲❤️




Call now to connect with business.

Address

Lot 363, Kg. Merbau Sempak Tambahan, Sg Buloh
Shah Alam
47000

Telephone

+60179833050

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Saujana Agro Trading posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Saujana Agro Trading:

Share