25/06/2021
𝐏𝐄𝐌𝐈𝐋𝐈𝐊 𝐊𝐄𝐍𝐃𝐄𝐑𝐀𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐍𝐈𝐍𝐆𝐆𝐀𝐋 𝐃𝐔𝐍𝐈𝐀 – 𝐏𝐀𝐍𝐃𝐔𝐀𝐍 𝐓𝐔𝐊𝐀𝐑 𝐍𝐀𝐌𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔𝐈 𝐑𝐎𝐀𝐃𝐓𝐀𝐗.
P̲e̲m̲i̲l̲i̲k̲ ̲K̲e̲n̲d̲e̲r̲a̲a̲n̲ ̲M̲e̲n̲i̲n̲g̲g̲a̲l̲ ̲K̲u̲r̲a̲n̲g̲ ̲d̲a̲r̲i̲ ̲3̲ ̲T̲a̲h̲u̲n̲
📌 Pembaharuan roadtax bagi kenderaan yang pemiliknya meninggal dunia hanya boleh diperbaharui sekali sahaja dalam tempoh 6 bulan oleh waris.
📌 Pembaharuan hanya boleh dibuat di kaunter JPJ sahaja (Tak boleh perbaharui di pejabat pos dan MYEG).
📌 Selepas 6 bulan tamat, pembaharuan roadtax hanya boleh dibuat atas budi bicara JPJ, maksima selama 3 tahun. Dalam tempoh 3 tahun ini, waris perlu menyelesaikan pertukaran hakmilik kenderaan.
📌 Selepas 3 tahun pemilik meniggal dunia, roadtax tidak lagi boleh diperbaharui kecuali apabila hakmilik telah bertukar.
P̳e̳m̳i̳l̳i̳k̳ ̳K̳e̳n̳d̳e̳r̳a̳a̳n̳ ̳M̳e̳n̳i̳n̳g̳g̳a̳l̳ ̳L̳e̳b̳i̳h̳ ̳d̳a̳r̳i̳ ̳3̳ ̳T̳a̳h̳u̳n̳
📌 Jika masih ada pinjaman, waris perlu menyelesaikan pinjaman kenderaan itu dahulu. Jika pinjaman sudah selesai atau tiada pinjaman, rujuk di bawah untuk Panduan Tukar Nama/Hakmilik.
📌 Selepas selesai tukar nama, boleh perbaharui insurans dan roadtax seperti biasa.
P̳r̳o̳s̳e̳s̳ ̳T̳u̳k̳a̳r̳ ̳N̳a̳m̳a̳/̳H̳a̳k̳m̳i̳l̳i̳k̳ ̳P̳e̳m̳i̳l̳i̳k̳ ̳M̳e̳n̳i̳n̳g̳g̳a̳l̳ ̳D̳u̳n̳i̳a̳
1️⃣ Selesaikan dahulu pembahagian harta
Kenderaan pemilik yang telah meninggal dikira sebagai harta pusaka. Disebabkan itu pembahagian harta pusaka perlu diselesaikan terlebih dahulu sebelum pertukaran nama/hakmilik boleh dibuat.
📌Anda memerlukan salah satu dari dokumen berikut untuk memulakan proses pertukaran nama/hakmilik pemilik meninggal dunia:
✅ Surat Perintah Mahkamah
✅ Surat Geran Probet (Grant Letter of Probate)
✅ Surat Akuan Amanahraya
✅ Surat Pentadbir Pusaka
2️⃣ Ujian Puspakom
Seterusnya, anda memerlukan geran asal untuk ujian kenderaan Puspakom. Boleh masuk ke website Puspakom untuk semak Puspakom terdekat.
📌Telefon atau datang sendiri ke Puspakom untuk buat temujanji Ujian Tukar Hakmilik (B5) terlebih dahulu. Pada hari ujian, bawa kenderaan bersama dengan geran asal.
📌Setelah selesai ujian, anda akan dapat surat keputusan pemeriksaan Puspakom. – lulus atau gagal.
📌Jika lulus, boleh teruskan dengan proses tukar nama.
📌Jika gagal, dapatkan kepastian apa yang menyebabkan gagal. Mungkin anda perlu hantar kenderaan ke bengkel untuk baiki dan ulang semula ujian Puspakom.
3️⃣ Buat Insurans Kenderaan atas Nama Pemilik Baru
Sebelum ke JPJ untuk proses tukar nama, pastikan anda beli insurans kenderaan dahulu atas nama pemilik baru.
📌Jangan lupa beritahu ejen insurans kereta dalam proses tukar nama.
📌Boleh juga ambik insurans dengan kami di NICE ni.
4️⃣ Proses Tukar Nama
Anda perlu lengkapkan borang berikut dan sediakan dokumen berkaitan:
✅Dua salinan borang TM3 (Borang Senarai Semak)
✅Dua salinan borang JPJK3A (Borang Pertukaran Milikan Kenderaan)
✅Geran asal
✅Surat lulus Pemeriksaan Tukar Hakmilik (B5) PUSPAKOM
Salah satu dokumen berikut:
✅Surat Perintah Mahkamah
✅Surat Geran Probet (Grant Letter of Probate)
✅Surat Akuan Amanahraya
✅Surat Pentadbir Pusaka
📌Anda dinasihatkan hadir sendiri di JPJ untuk urusan tukar nama.
📌Jika menggunakan wakil, perlu isi borang tambahan serta maklumat pengesahan identiti.
5️⃣ Buat Roadtax
Setelah dapat geran baru, boleh terus bayar roadtax di kaunter JPJ.
6️⃣ Selesai.