04/01/2021
PAS JANGAN BERDUKACITA TERHADAP 5 GOLONGAN MANUSIA
1. PAS jangan berdukacita terhadap manusia yang membalas tuba setelah diberi bunga. Kerja kita adalah kerja harakah, dakwah dan tarbiyah. Kita angkat sesiapa yang rebah. Kita papah mana yang parah. Kita padam segala gundah. Kita tidurkan resah gelisah. Kuasa dan kedaulatan yang dicari adalah untuk kesejahteraan ummah.
Biarkan manusia nanar mendabik dada. Tonggak sokongan harapan bangsa dialah punya. Segala kuasa mesti berpusat kepadanya. Jangan dilayan suara yang memberi katadua agar kita menuruti segala hajatnya. Kita berlapang dada dengar sabar. Menutup mulut dari berkata kerana kita pasti itulah hajat dan gendang musuh di sebelah sana.
Teruskan menebar salam walaupun ada suara terpencil mengajak kita berlawan. Manis mulut ketika rebah untuk berpaut. Bila terasa kuat jiwa meronta kerana hajat tak diturut. Kuasa dan harta hendak dikaut. Pengorbanan kita dibuang ke laut. Pedulikan manusia yang tersilau pandangan, berkarat hati tumpul fikiran. Politik Islam mengajak perdamaian. Politik mereka menjurus perselisihan. Politik kita mencari keredhaan. Politik mereka mencari kepuasan.
2. PAS jangan berdukacita terhadap manusia yang berpaling bai’ah dan janji. Dengan musuh mereka saling memasang strategi. Ulama kita asyik dimaki dan dimusuhi. Tak puas difitnah, dikorek kesilapan untuk dicaci. Mereka adalah mantan pembocor rahsia dan mesyuarat parti; lalu dengan si kafir maklumat dikongsi. Kini berstatus khadam; dengan harbi wala’ diberi.
Mereka mengamal politik fitnah membina persepsi. Perkiraan dosa dan pahala dalam politik ditolak tepi. Nafsu amarah menguasai diri. Tak ada satu kebaikan yang kita buat mereka boleh berkompromi. Namun kita teruskan perjuangan yang murni demi kesejahteraan pertiwi.
3. PAS jangan berdukacita terhadap manusia kafir yang menentang Islam. Mereka tidak akan pernah redha dengan ketuanan Islam. Biarpun mereka sedar mereka asal pendatang namun begitulah dasar manusia yang lupa daratan. Perut dan tembolok tak pernah kenyang. Kalau mampu, tanah sekangkang kera ini mahu ditelan.
Islam mengharamkan judi, arak dan persundalan. Semua itu kontradik dengan nafsu dan syaitan. Ekonomi tauke dan taikun jadi taruhan. Biar pun mencemar pelosok kampung, sungai dan kelestarian alam. Undang-undang negara tergamak mereka persetan. Sebuas-buas binatang, akan berhenti apabila kenyang.
4. PAS jangan berdukacita terhadap manusia yang begelar alim ulama atau golongan dakwah yang menjauhkan diri. Nabi berpesan bahawa muslim itu berpecah kepada beberapa firqah dan fikrah. Justeru adakalanya mereka seakan bersama dan ada masanya mereka membantai kita. Teruskan berdoa agar mereka menjadi batu-batu yang sama-sama menguatkan binaan.
5. PAS jangan berdukacita terhadap manusia yang menolak politik Islam. Penjajah laknatullah telah berjaya membuat pemisahan. Mereka mengasingkan politik dari masjid, fardhu ain dan sembahyang. Bukan senang kerja berjuang mendaulatkan Islam. Apalagi kita hidup dengan segala etnik pelbagai budaya aneka kerencaman.
Susahnya berbicara dengan manusia yang bodoh tak boleh diajar, cerdik tak boleh diikut. Kita memberitahu kebenaran mereka kata karut. Mereka yang kelihatan cerdik, tetapi akidah, kata dan pidato seakan mabuk. Yang tak berilmu p**a sanggup menjadi pak turut. Kita dibelasah bertubi-tubi berturut-turut di segala media termasuk facebook.
Kadang-kadang kebenaran s**ar difahami. Kejujuran adalah rahsia hati dan budi. Kebenaran dinilai dari sudut apa yang boleh diberi. Segala kebaikan sirna apabila material digalangganti.
Al-Quran membekalkan kita dengan sirah perjuangan para Nabi. Taraf Rasulullah, dibaling batu mengalir darah sampai ke kaki. Apalah kita yang tidak maksum, diusik dirasuk tak henti-henti. Selagi al-Quran dan as-Sunnah jadi panduan dan diikuti. In sha Allah, akan tiba saat ‘Fathul Makkah’ berlaku di bumi ini.
BayangDiAir,
4/1/2021