Pertubuhan Kebajikan Al Ehsan Serian

Pertubuhan Kebajikan Al Ehsan Serian SEDIA l BERKHIDMAT l BERBAKTI

18/02/2026

Salam Ramadhan
1447H/2026M

17/02/2026
15/02/2026

Gotong-Royong Perdana & Majlis Tahlil Perdana Sempena Menyambut Bulan Ramadan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak JKP MNETAIS akan mengadakan Program Gotong-Royong Perdana membersihkan kawasan masjid serta Majlis Tahlil Perdana selepas solat maghrib sempena menyambut kedatangan bulan Ramadan yang mulia.

Sehubungan itu, kami menjemput seluruh masyarakat sekitarnya untuk bersama-sama hadir memeriahkan program ini. Marilah kita berganding bahu membersihkan rumah Allah sebagai persediaan menyambut bulan yang penuh keberkatan.

Bagi memeriahkan lagi majlis, para hadirin juga dialu-alukan untuk membawa juadah secara potluck pada majlis tahlil untuk dikongsi bersama.

Semoga kehadiran dan sumbangan tuan/puan diberkati serta menjadi amal jariah di sisi Allah SWT.

β€œRamadan Kareem, marilah kita sambut dengan hati yang bersih dan jiwa yang bersedia.”

2 FEB 2026 - Mesyuarat Agung Pertubuhan Kebajikan Al Ehsan Serian Kali Ke-2 bagi sesi 2026-2028 yang telah diadakan di B...
03/02/2026

2 FEB 2026 - Mesyuarat Agung Pertubuhan Kebajikan Al Ehsan Serian Kali Ke-2 bagi sesi 2026-2028 yang telah diadakan di Bilik Mesyuarat Masjid Nurul Ehsan, Taman Anggerik Indah, Serian.

Alhamdulillah mesyuarat pada kali ini berjalan dengan lancar dan pihak pertubuhan juga berterima kasih kepada JKP Masjid dalam memberi komitmen dan kerjasama yang amat positif kearah pembangunan fardhu kifayah di Serian khususnya.

Tahniah kepada jawatankuasa yang dipilih sesi 2026-2028. Semoga peranan dan tugas yang dipikul hari ini menjadi asbab pahala kepada kita semua dalam mengerjakan Fardhu Kifayah.

02/02/2026

Salam
Nisfu Syaaban

Mesyuarat Agung Pertubuhan Kebajikan Al Ehsan Kali Ke-2 Sesi 2026-2028.
01/02/2026

Mesyuarat Agung Pertubuhan Kebajikan Al Ehsan Kali Ke-2 Sesi 2026-2028.

18/09/2025

πŸ“£πŸ“£πŸ“£ Assalamualaikum,
Semua dijemput hadir Kuliah Maghrib Ustaz Rohaizad Rejab pada 19/9/2025 hari jumaat malam sabtu.

Terima kasih
𝑱𝑲𝑷 𝑴𝑡𝑬𝑻𝑨𝑰𝑺

Mesyuarat dan Taklimat Penyelarasan Majlis Ramah Tamah Aidilfitri 2025 peringkat Taman Anggerik Indah, Serian yang akan ...
14/04/2025

Mesyuarat dan Taklimat Penyelarasan Majlis Ramah Tamah Aidilfitri 2025 peringkat Taman Anggerik Indah, Serian yang akan diadakan pada 18 APRIL 2025 bertempat di Dewan Al Ehsan, Masjid Nurul Ehsan.

Penganjur majlis ini adalah Pertubuhan Kebajikan Al Ehsan Serian dengan kerjasama JKP Masjid Nurul Ehsan, Madrasah Tahfiz Nurul Hidayah Serian dan Persatuan Seni Silat Gayong Sarawak Cawangan Serian.

Semoga majlis berjalan dengan lancar dan kehadiran orang ramai dapat memeriahkan lagi suasana majlis tersebut

Address

Lot 976, Masjid Nurul Ehsan, Taman Anggerik Indah
Serian
94700

Telephone

+60138868595

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pertubuhan Kebajikan Al Ehsan Serian posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Pertubuhan Kebajikan Al Ehsan Serian:

Share