01/11/2026
Ramai orang sangka persaraan itu masa untuk berehat, tenang, dan menikmati hidup.
Hakikatnya..
Bagi ramai pesara, persaraan bukan fasa paling tenang. la boleh menjadi fasa paling menakutkan jika tiada persediaan yang betul.
1) Duit pencen atau simpanan habis terlalu cepat - Inilah ketakutan paling besar.
Masa bekerja, setiap bulan ada gaji masuk.
Bila bersara, gaji berhenti... tetapi bil tetap datang tanpa henti.
Makan minum (lagilah tak berhenti). Bil elektrik. Ubat. Kos pengangkutan. Bantuan untuk anak dan cucu.
Semua ini terus berjalan walaupun kita sudah tidak bekerja.
Lebih menakutkan, ramai pesara hidup 20 hingga 30 tahun selepas bersara.
Kalau simpanan tak cukup, apa akan jadi pada 10 atau 15 tahun terakhir hidup kita?
2) Sakit datang ketika duit makin berkurang
Bila usia meningkat, risiko penyakit juga meningkat. Darah tinggi. Kencing manis. Jantung. Strok. Buah pinggang.
Kos rawatan p**a bukan kecil.
Bayangkan jika pada saat kita paling perlukan ketenangan, kita terpaksa fikir:
"Cukup ke duit untuk rawatan?"
"Mampu ke nak beli ubat setiap bulan?"
"Kalau masuk hospital, macam mana?"
Sakit itu sendiri sudah berat.
Tetapi sakit tanpa simpanan yang kukuh jauh lebih menyesakkan.
3) Masih ada tanggungan walaupun gaji sudah tiada
Ramai orang ingat bila bersara, semua komitmen selesai.
Hakikatnya, ramai pesara masih:
- menanggung anak yang belum stabil
- membantu cucu
- membayar hutang rumah atau kereta
- menyara pasangan yang tidak bekerja
Masalahnya, bila pendapatan aktif berhenti, beban itu tidak ikut berhenti.
Akhirnya ramai pesara terpaksa buat pilihan yang sangat s**ar:
Nak jaga diri sendiri, atau terus berkorban untuk keluarga?
Hakikat yang ramai tak mahu fikir...
Persaraan bukan sekadar berhenti kerja.
Persaraan ialah ujian sama ada simpanan kita mampu menggantikan gaji kita atau tidak.
Kalau hari ini kita masih bekerja, masih sihat, masih ada tenaga...
Inilah masa terbaik untuk membina perlindungan kewangan sebelum semuanya terlambat.
Jangan tunggu sampai bersara baru nak sedar simpanan tak cukup.
Sebab bila umur meningkat, pilihan makin sedikit... tetapi kos hidup terus meningkat.
Sediakan payung sebelum hujan.
✅ Sediakan simpanan sebelum persaraan.
✅ Sediakan aset sebelum nilai wang makin susut.
Saya sendiri menyimpan dana persaraan dalam bentuk gram emas. Saya bersyukur atas keputusan yang dibuat beberapa tahun lepas untuk menabung emas.
Semoga Allah rahmati dan berkati usaha kita. Insya Allah.
Sila share jika bermanfaat.
Nak belajar mudah dan percuma, follow saya rapat².