Adam Iskandar World

Adam Iskandar World Thinks Like A Champions

MENJEMPUT REZEKI MELIMPAH & BERKATDan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan sesiapa bertawa...
06/01/2018

MENJEMPUT REZEKI MELIMPAH & BERKAT

Dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan sesiapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluan nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu. - Ath-Thalaq 65:3




Asalamualaikum and Good Morning 😊It's Saturday people! Always make sure bangun pagi tengok cermin dan senyum. Ucap lah A...
22/04/2016

Asalamualaikum and Good Morning 😊

It's Saturday people! Always make sure bangun pagi tengok cermin dan senyum. Ucap lah Alhamdulillah sebab Allah masih berikan kita peluang untuk bersama dengan mereka yang kita sayang.

Dalam kehidupan seharian, kita akan jumpa dengan macam-macam jenis orang.

Ada yang selalu support kita, berikan galakan dan kata-kata semangat untuk kita terus berjaya dalam apa jua yang kita lakukan.

Tapi, ada juga yang jenis s**a nak condemn, cakap-cakap belakang yang tak baik berkenaan diri kita. Orang macam ni tak payah ambil port tau, just ignore sebab dia boleh ganggu emosi dan semangat kita nanti.

Sebenarnya dia rasa tergugat, tercabar sebab kita berada di atas. Dia nak kita sama sama dengan dia kat bawah.

So untuk orang macam ni, kita doakan Allah bukakan minda dan lapangkan dada dia. Moga dia pun berjangkit aura positif dari kita nanti ❤️

Have a great weekend lovelies 💐

Assalamualaikum and Good Morning😊Inginkan hari yang baik sepanjang hari. Ni tipsnya. Setiap kali bangun dari tidur, set ...
21/04/2016

Assalamualaikum and Good Morning😊

Inginkan hari yang baik sepanjang hari. Ni tipsnya. Setiap kali bangun dari tidur, set kan minda kepada positive vibes in syaa Allah sepanjang hari ini apa yang kita lakukan akan jadi lancar belaka.

Kalau tetiba ada sesuatu yang menganggu positive vibes anda, tarik nafas dan istighfar banyak-banyak. Kata pada diri, aku nak jadi lebih positive dan hari-hari ku berjalan dengan lancar dan baik. Dan aku tak nak kerana perkara kecil tu, seluruh hari ku rosak. Tarik nafas dan cuba bertenang.

Tips nak jadi positive bagi diana yang paling utama setiap malam sebelum tidur, kita kena kosongkan minda dan lapangkan dada dengan memaafkan semua orang yang mungkin pernah buat salah atau buat kita rasa tersinggung. Jangan disimpan dalam hati perkara perkara macam ni sebab ia boleh effect seluruh kehidupan kita. Yes, memang s**ar dan menyakitkan. But try for your own good. Abaikan mereka yang menyakitkan kita. Sentiasa ingat yang Allah ada dalam perjuangan kita.

Jadi untuk jadi positive person, learn to forgive and forget. It may be hard at first, tapi hasilnya kita sendiri akan rasa lebih tenang dalam menjalani hari-hari yang mendatang in syaa Allah 😊

Have a great Friday lovely people. Salam Jumaat. Jom kita berselawat.

Allahhumma Solli Ala Saiyidina Muhammad Waala Ali Saiyidina Muhammad. 💐

~ NJ Hamba Allah ~

Allah adalah Perancang segala-galanya. Kalau Dia kata ia akan berlaku, maka berlakulah ia. Rezeki ketentuan Allah dan Di...
19/04/2016

Allah adalah Perancang segala-galanya. Kalau Dia kata ia akan berlaku, maka berlakulah ia. Rezeki ketentuan Allah dan Dia telah menentukan rezeki bagi setiap makhluk di muka bumi ini. Sepayah mana pun liku hidup kita, Allah boleh mengubahnya dalam sekelip mata. Dan semewah mana pun hidup kita, Allah boleh menarik segalanya dalam sekelip mata.

Saya yakin dan percaya bahawa Allah sentiasa menyokong di belakang saya dan saya tidak gentar. Percayalah kepada Nya, taatlah kepada Nya setiap detik waktu selagi bernyawa, dan segala-galanya akan dipermudahkan in syaa Allah. Kalau kita sentiasa ingat Allah, mustahil Allah lupa pada kita. Percayalah.

~ NJ Hamba Allah ~

13/04/2016

Assalamualaikum wbt 😍

KRITERIA DAN SIFAT ORANG YANG BAHAGIA

1. Ketika mendapat kesenangan fikiran, dia tidak lalai dan tahu di mana tempat dia berpijak.

2. Ketika ditimpa bencana, hati tetap sentiasa tenang dan berdoa ke hadrat Allah SWT. Dia redha dengan apa yang menimpa dirinya.

3. Dia mampu mengawal diri daripada bersifat pemarah, dayus, bakhil, lebih sika melihat kelemahan diri sendiri daripada mengkritik orang lain.

4. Dia melihat sesuatu yang terjadi secara positif dan selalu berlapang dada dengan semua orang.

p/s : pesanan ini buat diri sendiri yang menulis dan berpesan-pesan untuk saling mengingatkan. In syaa Allah 😊

JOM KITA JADI ORANG YANG BAHAGIA 🙆

~ NJ HAMBA ALLAH ~

Assalamualaikum & Salam Jumaat😊Melazimi selawat paling kurang 1000× - 3000× sehari akan dipermudahkan segala urusan dan ...
08/04/2016

Assalamualaikum & Salam Jumaat😊

Melazimi selawat paling kurang 1000× - 3000× sehari akan dipermudahkan segala urusan dan dimurahkan rezeki . Andai saja tidak kaya , pasti hati tetap tenang sentiasa . Bayangkan sifir sekali kita selawat , Allah yang Maha Kaya akan membalas 10X kebaikan dan dipermudahkan segalanya . Bagaimana jika 3000X ? 😊

Siapa nampak post ni jom sama-sama ringankan mulut baca ALLAHUMMA SHOLLI ALA SAYYIDINA MUHAMMAD WAALA ALI SAYYIDINA MUHAMMAD

Sambil baca niatkan dalam hati , moga Allah izinkan dan permudahkan mulut ini untuk sentiasa berselawat ke atas Sayyidina Rasulullah shalallahu alaihi wasalam , jika tidak biasa hari ini pasti akan biasa kelak . Saya doakan anda yang membaca dikurniakan husnul khotimah😚

Siapa komited nak ubah diri dan lazimi selawat ?

~ NJ Hamba Allah ~

Impian akan tinggal impian tanpa usaha. Impian jadi kenyataan bila disertakan dengan DOA, USAHA, PERANCANGAN yang teliti...
06/04/2016

Impian akan tinggal impian tanpa usaha. Impian jadi kenyataan bila disertakan dengan DOA, USAHA, PERANCANGAN yang teliti dan paling utama mesti ada TARGET.

BAGAIMANA NAK BERJAYA?

Nak berjaya Mesti USAHA.. Jaga AMALAN ROHANI.. Banyakkan sedekah dan sebagainya. Nak berjaya bukan tu saja. Perlu juga ada MENGAPA ANDA PERLU BERJAYA?

Jadi tanya pada diri, MENGAPA sebenarnya aku perlu berjaya?

Untuk apa?

Kalau pada diana, diana mesti dan wajib berjaya sebab diana ada banyak impian. Diana nak capai financial freedom sebelum usia 40 tahun. Diana nak selesaikan hutang zaman belajar. Diana nak menjadi kaya sebab diana nak bantu lebih ramai orang islam yang susah In syaa Allah. Diana nak anak diana membesar dalam suasana yang CUKUP. Diana nak bahagiakan kedua ibu bapa selagi mampu.

Dan yang paling penting, diana inginkan keluarga yang bahagia. Banyak yang diana perhatikan duit menjadi punca perpecahan dalam keluarga. Diana tak kata semua, tapi kebanyakkannya begitu lah.

Dan diana tak kata jugak diana nak anak hidup dalam kemewahan. Biar sederhana tapi CUKUP.

Sebab guru diana pernah pesan, jadi kaya bukan untuk berseronok dan menunjuk. Tapi kaya yang sebenar bila kita berjaya membantu lebih ramai orang dan menambah nilai hidup orang-orang disekeliling kita. Kaya sahaja untuk bermegah tak ada guna. Orang kaya yang dermawan adalah orang kaya yang berjaya di dunia dan di akhirat.

Diana tak nak mewariskan kemiskinan kepada anak cucu diana. Biar susah payah yang diana lalui satu ketika dahulu terhenti cukup sekadar pada diri diana.

Dan atas sebab sebab itulah, diana selalu PAKSA DIRI untuk berjaya. Diana tak layan sebarang emosi negatif. Bukan tak layan langsung. Tapi jangan terlalu lama. Diana sentiasa cuba motivate diri sendiri bila mana kadang kala diana rasa down.

Jadi pesan diana buat anda yang nak berjaya, jangan asyik cari BAGAIMANA nak berjaya. Sebaliknya cari juga MENGAPA anda perlu berjaya. In syaa Allah, anda akan terdorong dengan sendirinya untuk buat apa yang sepatutnya anda lakukan untuk berjaya. In syaa Allah 😊





Yang memegang hati manusia itu Allah , segalanya dari Allah . Moga kita kembali pada Allah dengan keadaan yang terbaik d...
03/04/2016

Yang memegang hati manusia itu Allah , segalanya dari Allah . Moga kita kembali pada Allah dengan keadaan yang terbaik dunia akhirat.❤️


Ada org bila stress makan ais krim, makan coklat banyak-banyak...akhirnya jadi gemuk tapi masalah tetap ada lagi.Ada ora...
16/03/2016

Ada org bila stress makan ais krim, makan coklat banyak-banyak...akhirnya jadi gemuk tapi masalah tetap ada lagi.

Ada orang bila stress pergi tempat hiburan. Dengar muzik kuat2 bagai nak pecah gegendang telinga...tapi masalah tetap tak selesai juga.

Ada orang bila stress pergi melancong. Pergi tempat mendamaikan kononnya supaya dapat ilham...duit habis tapi masalah tak pernah selesai.

Jalan terbaik untuk mengatasi stress tak perlu berhabis duit. Duduk di rumah atau rajinkan diri pergi masjid. Buat je Solat hajat dan Solat taubat. Banyak berzikir dan berdoa minta pertolongan Allah.

Siapa lagi yang terbaik dalam bab memberi pertolongan. Pastinya Allah yang Maha Memberi kan?

~ NJ Hamba Allah ~

Jadikan amalan selalu bersyukur di atas segala yang Allah berikan dalam hidup kita, sama ada nikmat ataupun ujian..Alham...
14/03/2016

Jadikan amalan selalu bersyukur di atas segala yang Allah berikan dalam hidup kita, sama ada nikmat ataupun ujian..

Alhamdulillah atas nikmat kehidupan...
Alhamdulillah atas nikmat ibu bapa..
Alhamdulillah atas nikmat zuriat..
Alhmdulillah atas nikmat harta benda..
Alhamdulillah atas nikmat ibadah..
Alhamdulillah atas nikmat mampu bersedekah..
Alhamdulillah atas setiap ujian yang mematangkan..
Alhamdulillah atas setiap dugaan yang mendidik hati..
Alhamdulillah atas segalanya Ya Allah..

Nikmat apa lagi yang hendak aku dustakan? 😊

My dear hero, antara nikmat terbesar dalam hidup ummi.. Alhamdulillah 😊

~ NJ Hamba Allah ~

Saya akui bahawa akan sentiasa ada yang ragu-ragu, membenci dan orang-orang yang akan cuba untuk menahan anda dalam meng...
10/03/2016

Saya akui bahawa akan sentiasa ada yang ragu-ragu, membenci dan orang-orang yang akan cuba untuk menahan anda dalam mengejar impian anda. Tapi anda tidak boleh membenarkan faktor-faktor ini memberi kesan kepada diri anda. Jangan biarkan perkara negatif menganggu visi dan matlamat anda.

Kegagalan adalah suatu perkara yang memang tidak dapat dielakkan. Ia tetap akan berlaku dalam usaha mencari kejayaan. Tetapi jangan sesekali merasa takut untuk gagal kerana setiap kisah kejayaan yang hebat disebaliknya ada sebuah kisah kegagalan.

Anda hanya perlukan seorang sahaja dalam hidup ini untuk percaya pada apa yang anda ingin lakukan, dan orang itu adalah diri anda sendiri. Jika anda percaya pada diri sendiri, anda akan mencapai perkara-perkara yang menakjubkan dan menjalani kehidupan terbaik sepanjang hidup anda.

Dan sebagai orang Islam atau apa pun agama anda, mintalah hanya kepada Tuhan. Kerana dia Allah Yang Maha Memberi.

~ NJ Hamba Allah ~

Come on, wakeup dear!Kawal apa yang boleh kita kawal.Yang tak boleh kita kawal, LET IT GOOO..Kita tak boleh kawal apa ya...
08/03/2016

Come on, wakeup dear!

Kawal apa yang boleh kita kawal.
Yang tak boleh kita kawal, LET IT GOOO..

Kita tak boleh kawal apa yang orang fikir tentang kita, tapi kita boleh kawal tindakan kita supaya kita boleh berjaya.

Jadi berfikir, bertindak dan pilih dengan BIJAK!

So be SMART. Jangan biarkan orang yang ingin lihat kita GAGAL itu MENANG dan BERTEPUK TANGAN 😊

~ NJ Hamba Allah ~

Address

Bandar Putra Permai
Seri Kembangan
43300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Adam Iskandar World posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share