14/07/2026
Alhamdulillah, selesai sesi SBSG (Sales Builder Sales Group) bersama team malam tadi. ๐ค
Malam yang penuh dengan perkongsian, pembelajaran dan semangat untuk terus berkembang.
Antara yang kami bincangkan ialah bagaimana meningkatkan kualiti servis kepada pelanggan, menguruskan proses tuntutan (claim) dengan lebih berkesan untuk pelanggan, serta memastikan setiap kempen dan promosi yang dijalankan sentiasa mengikut syarat dan garis panduan yang ditetapkan untuk pelanggan dapatkan.
Kami juga mengambil kesempatan untuk meraikan pencapaian Business Partner yang berjaya menghasilkan submission pada minggu lepas. Setiap kejayaan, walau sekecil mana sekalipun, wajar dihargai kerana ia lahir daripada usaha, disiplin dan konsistensi.
Semoga segala ilmu yang dikongsikan dapat diterjemahkan kepada tindakan, memberikan manfaat kepada lebih ramai keluarga, dan menjadi asbab kepada rezeki yang halal serta diberkati.
Terus belajar. Terus berkhidmat. Terus berkembang. ๐
Sekiranya anda sedang mencari peluang untuk membina pendapatan tambahan atau ingin membina kerjaya dalam industri Takaful bersama pasukan yang mengutamakan pembelajaran, bimbingan dan pembangunan diri, kami amat mengalu-alukan anda untuk berbincang dengan kami. Insya-Allah, kami sedia berkongsi peluang ini dan membimbing anda langkah demi langkah.