02/07/2026
ROAD TO Hot Wheels Collectors Convention Malaysia - HWCCM Art of Speed Malaysia 2026 – COUNTDOWN T-30! 🏁🔥
Sedar tak sedar, sebulan je lagi gais! Tinggal 30 hari rasmi sebelum dewan MAEPS Serdang dibanjiri oleh peminat tegar tegar dunia permotoran dan diecast!
Misi "Satu Hari, Satu Diecast" daripada CoOp-RC Malaysia makin hampir ke penghujungnya, jadi hari ni kita keluarkan barang premium sikit.
Untuk T-30 HARI, kita layan set pujaan ramai: HOT WHEELS COLLECTIBLES - DESIGNER DREAMZ™ VEHICLE SET 👑
Siri: Hot Wheels Collectibles (Lebih dikenali sebagai siri
Black Box / Premium Showcase)
Tahap Rare: Collectible High-Tier Vintage / Holy Grail Truck Enthusiast!
Isi Kandungan Set (2-Car Showcase):
🤍🖤 Rocket Oil® Hauler – Lori pengangkut minyak retro dengan reka bentuk aerodinamik yang sangat ikonik, kemasan warna putih/hitam berkilat bersama logo Rocket Oil merah.
🔴 Custom Retro Roadster – Jentera open-top sukan berwarna merah menyala dengan cermin depan berkembar (split-windshield) yang duduk kemas di sebelah lori.
Fun Fact Menarik: Siri Black Box dari era akhir 90-an hingga awal 2000-an ni menggunakan acuan (casting) yang jauh lebih berat, tayar getah (Real Riders), serta cat kualiti premium gred pameran. Rekaan lori Rocket Oil dalam set "Designer Dreamz" ni adalah bukti imaginasi luar biasa pereka Mattel pada zaman kegemilangan mereka. Susah nak jumpa set yang getah pengikat kereta di dalam kotak tu masih elok dan belum reput!
Set macam ni kalau letak dalam kabinet kaca dengan lampu spotlight kuning memang auto nampak mewah dan mahal aura dia.
Geng-geng peminat tegar lori vintaj atau pengumpul tegar siri Black Box, korang dah khatam belum siri Designer Dreamz ni? Cer kongsi gambar koleksi Black Box kesayangan korang kat bawah, kita cuci mata! 👇🚛✨