Koperasi Melayu Berjawatan Kerajaan Negeri Sembilan Berhad

Koperasi Melayu Berjawatan Kerajaan Negeri Sembilan Berhad KOPERASI KREDIT DAN PERKHIDMATAN Atas kegigihan dan sifat berjimat cermat golongan melayu pada masa itu maka mereka bersatu dan lahirlah koperasi ini.

KOMBEK NS atau dikenali juga Koperasi Melayu Berjawatan Kerajaan Negeri Sembilan Berhad dan dulunya dikenali sebagai Syarikat Kerjasama Anak-anak Melayu Berjawatan Kerajaan Negeri Sembilan (The Malay Public Servants’ Co-Operative Credit Society Limited Negeri Sembilan) telah beroperasi 13/06/1924. Tujuan penubuhan koperasi ini pada asalnya adalah untuk membantu golongan melayu yang memperolehi pendapatan bulanan yang kecil. Kini Fokus KOMBEK adalah kepada menjaga kebajikan Penjawat Awam Negeri Sembilan dalam konteks gerakan koperasi. Pelabagai manfaat yang diperolehi selain dividen tahunan yang diperolehi jika mencarum bersama KOMBEK. Manfaat untuk Anggota Kombek

�Pinjaman kewangan sehingga 100k
�Pinjaman 0% faedah renew insuran kenderaan
�Pinjaman 0% faedah Pinjaman Hari raya
�Bantuan Pendidikan
�Bantuan Bencana Alam
�Khairat kematian 10k
�Insuran kemalangan 24k
�Insuran kematian 12k
�Insuran Penyakit kritikal 12k
�Diskaun penginapan Hotel koperasi

20/08/2026

Lensa 📷

Karnival Muamalat Koperasi Sekolah 2026

19 Ogos 2026 (Rabu) | 8.30 pagi – 6.00 petang

KOMBEK NS terus komited memperkasakan generasi muda melalui pendidikan koperasi, literasi kewangan Islam dan kefahaman muamalat menerusi penganjuran Karnival Muamalat Koperasi Sekolah (KMKS) 2026.

Program ini menghimpunkan elemen ilmu, kepimpinan, literasi kewangan dan pembelajaran interaktif dalam satu platform yang memberi ruang kepada pelajar untuk bukan sahaja memahami konsep muamalat, tetapi turut mengaplikasikannya secara praktikal.

Slot 1 | Taklimat Jati Diri & Kepimpinan
Disampaikan oleh ANGKASA, memberi penekanan kepada pembentukan karakter, kepimpinan dan nilai koperasi dalam diri generasi muda.

Slot 2 | Taklimat Literasi Kewangan Islam
Disampaikan oleh KOMBEK NS, membuka pemahaman pelajar mengenai pengurusan kewangan berlandaskan prinsip Islam serta kepentingan membuat keputusan kewangan yang bijak.

Slot 3 | Muamalat Interactive Game
Dikendalikan oleh Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), menjadikan pembelajaran muamalat lebih menarik, interaktif dan dekat dengan pengalaman pelajar.

Para peserta kemudiannya menyertai Pertandingan Muamalat Interactive Game, menguji kefahaman, strategi, kerjasama serta keupayaan membuat keputusan berdasarkan ilmu yang telah dipelajari.

Majlis perasmian penutupan telah disempurnakan oleh En. Radiatul Fitri bin Dollah, Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Cawangan Negeri Sembilan.

Turut hadir:

• Datuk Haji Kamarudin Ismail, Naib Presiden ANGKASA
• Dr. Supiah binti Saleh, Ketua Program Sarjana Muda Pentadbiran Korporat, Fakulti Ekonomi dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia
• Pn. Hjh. Noorizan Abd Latif, Pengerusi ANGKASA Negeri Sembilan
• Tn. Haji Anuar bin Kasim, Pengerusi KOMBEK NS

Majlis turut diserikan dengan sesi cabutan bertuah, penyampaian hadiah serta penyampaian cenderahati daripada KOMBEK NS kepada Pengarah SKM Cawangan Negeri Sembilan sebagai tanda penghargaan dan jalinan kerjasama yang berterusan.

Program bersurai pada jam 6.00 petang.

Bagi KOMBEK NS, pendidikan muamalat bukan sekadar tentang memahami konsep kewangan Islam — tetapi tentang membentuk generasi yang mampu membuat keputusan kewangan dengan ilmu, nilai dan integriti.

Inilah usaha bersama dalam membina generasi koperasi yang lebih berilmu, berdaya saing dan berintegriti.

KOMBEK NS
Bersama Menempa Kejayaan

17/08/2026

Alhamdulillah, hari ini saya menerima kunjungan hormat daripada Koperasi Melayu Berjawatan Kerajaan Negeri Sembilan Berhad (KOMBEK NS).

Pertemuan ini menjadi ruang yang amat baik untuk bertukar pandangan serta membincangkan potensi kerjasama dalam memperkasa gerakan koperasi, khususnya dalam membantu meningkatkan kesejahteraan dan peluang ekonomi masyarakat.

Sebagai EXCO Keusahawanan, Sumber Manusia, Perubahan Iklim, Koperasi & Kepenggunaan Negeri Sembilan, saya amat mengalu-alukan usaha dan komitmen pihak KOMBEK NS dalam memperkukuhkan peranan koperasi sebagai salah satu pemacu ekonomi negeri.

Insya-Allah, hubungan dan kerjasama yang terjalin akan terus diperkasa demi manfaat anggota koperasi serta masyarakat Negeri Sembilan.

Koperasi Diperkasa, Ekonomi Rakyat Sejahtera.




Pada 17 Ogos 2026, Koperasi Melayu Berjawatan Kerajaan Negeri Sembilan Berhad (KOMBEK NS) telah mengadakan Kunjung Horma...
17/08/2026

Pada 17 Ogos 2026, Koperasi Melayu Berjawatan Kerajaan Negeri Sembilan Berhad (KOMBEK NS) telah mengadakan Kunjung Hormat kepada YB Tuan Mohd Fairuz bin Mohd Isa, Exco Keusahawanan, Sumber Manusia, Perubahan Iklim, Koperasi & Kepenggunaan Negeri Sembilan, bertempat di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan (SUK NS).

Pertemuan ini turut menjadi platform untuk pihak KOMBEK NS membentangkan gerak kerja serta perkembangan persediaan Karnival Muamalat Koperasi Sekolah (KMKS) 2026, termasuk objektif, pengisian dan perancangan pelaksanaan program.

KOMBEK NS merakamkan penghargaan atas kesudian YB menerima kunjungan serta atas pandangan dan sokongan yang diberikan terhadap usaha memperkasakan pendidikan koperasi, keusahawanan dan kefahaman muamalat dalam kalangan generasi muda.

“BERSAMA MENEMPA KEJAYAAN”

Setinggi-tinggi tahniah dan sekalung penghargaan kepada YB Tuan Mohd Fairuz Bin Mohd Isa, ( Ustaz Fairuz Isa  ) atas pel...
08/08/2026

Setinggi-tinggi tahniah dan sekalung penghargaan kepada YB Tuan Mohd Fairuz Bin Mohd Isa, ( Ustaz Fairuz Isa ) atas pelantikan sebagai Exco Keusahawan, Sumber Manusia, Perubahan Iklim, Koperasi & Kepenggunaan pada 7 Ogos 2026 bersamaan 23 Safar 1448H.

Ikhlas daripada
Lembaga Koperasi dan Pengurusan
Koperasi Melayu Berjawatan Kerajaan Negeri Sembilan Berhad

"Bersama Menempa Kejayaan"

📌Ikuti media sosial Kombek Ns:
Tiktok : https://www.tiktok.com/.kombek?_r=1&_t=ZS-91fMVAimwcb
Channel Whatsapp : https://whatsapp.com/channel/0029VbBVnkf90x2mMpi6I13l
Website : https://kombekns.com
Daftar Ahli : https://wa.link/zutvxn

Setinggi-tinggi tahniah dan sekalung penghargaan kepada YAB Dato' Haji Ismail bin Lasim ( Dato' Ismail Bin Lasim  ) atas...
02/08/2026

Setinggi-tinggi tahniah dan sekalung penghargaan kepada YAB Dato' Haji Ismail bin Lasim ( Dato' Ismail Bin Lasim ) atas pelantikan sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan Ke - 12, pada 2 Ogos 2026 bersamaan 18 Safar 1448H.

Ikhlas daripada
Lembaga Koperasi dan Pengurusan
Koperasi Melayu Berjawatan Kerajaan Negeri Sembilan Berhad

"Bersama Menempa Kejayaan"

📌Ikuti media sosial Kombek Ns:
Tiktok : https://www.tiktok.com/.kombek?_r=1&_t=ZS-91fMVAimwcb
Channel Whatsapp : https://whatsapp.com/channel/0029VbBVnkf90x2mMpi6I13l
Website : https://kombekns.com
Daftar Ahli : https://wa.link/zutvxn

Kerjasama antara KombekNs & Koperasi ON Semiconductor Berhad Pada 8–11 Jun 2026 team kami mengadakan Pameran Motor EV & ...
01/07/2026

Kerjasama antara KombekNs & Koperasi ON Semiconductor Berhad

Pada 8–11 Jun 2026 team kami mengadakan Pameran Motor EV & Produk Takaful di Koperasi ON Semiconductor Berhad. Pameran ini bertujuan menggalakkan anggota beralih kepada penggunaan motor EV yang lebih menjimatkan, di samping menikmati rebat istimewa bagi pembelian motor EV. Turut ditawarkan pelbagai produk takaful seperti Takaful Kenderaan, Rumah, Pelancongan dan Pinjaman.

Kami juga berpeluang bertemu Pengerusi Koperasi ON Semiconductor Berhad bagi membincangkan potensi kerjasama yang dapat memberi manfaat kepada anggota serta menjana pendapatan bersama koperasi.



20 Mei 2026, Mesyuarat bersama Koperasi Pembangunan Hartanah Kencana Berhad dan DRH Holding Sdn Bhd bagi membincangkan c...
28/05/2026

20 Mei 2026, Mesyuarat bersama Koperasi Pembangunan Hartanah Kencana Berhad dan DRH Holding Sdn Bhd bagi membincangkan cadangan pembangunan projek pembangunan perumahan di atas tanah milik KOMBEK.

Semoga segala urusan dipermudahkan dan menjadi langkah awal ke arah pembangunan yang memberi nilai serta manfaat berpanjangan kepada anggota koperasi.

"Bersama Menempa Kejayaan"






🌙 Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 1447H / 2026 🌙Ikhlas daripada : Koperasi Melayu Berjawatan Kerajaan Negeri Sembi...
26/05/2026

🌙 Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 1447H / 2026 🌙

Ikhlas daripada : Koperasi Melayu Berjawatan Kerajaan Negeri Sembilan Berhad (KOMBEK)

Semoga Aidiladha kali ini membawa keberkatan, ketenangan dan kebahagiaan buat seluruh umat Islam.

Marilah kita bersama menghayati erti pengorbanan, keikhlasan dan kasih sayang sesama insan demi memperoleh rahmat Allah S.W.T.

"Pergi ke desa membeli pelita,
Singgah sebentar di tepi halaman;
Aidiladha menjelma penuh cerita,
Moga ukhuwah kekal berkekalan."

“Bersama Menempa Kejayaan”




MERAKAM MEMORI 101 TAHUN KOMBEK BERSAMA PENGERUSI  Co-opbank (CBP)Hari ini, Ibu Pejabat KOMBEK berasa amat bertuah dan b...
05/05/2026

MERAKAM MEMORI 101 TAHUN KOMBEK BERSAMA PENGERUSI Co-opbank (CBP)

Hari ini, Ibu Pejabat KOMBEK berasa amat bertuah dan berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada YBhg. Dato' Baharom Embi, Pengerusi Co-opbank Pertama (CBP).

Turut hadir bersama Pengurus Bank CBP Cawangan Seremban Tuan Syed Abdul Rahman.

kunjungan Ybhg.Dato disambut oleh kepimpinan Lembaga KOMBEK iaitu Tuan Haji Anuar Bin Kassim Pengerusi ALK KOMBEK.

Perjumpaan ini merupakan satu detik bermakna dalam memperkukuh ukhuwah dan sinergi sesama rakan strategik Perniagaan. Perjumpaan diadakan dalam suasana yang santai namun penuh pengisian, kami sempat berkongsi aspirasi demi kemajuan koperasi KOMBEK Dan sailing bertukar-bertukar pandangan.

Terima kasih atas kesudian Ybhg. Dato Baharom meluangkan masa dan sokongan yang diberikan. Semoga kerjasama erat antara KOMBEK dan CBP terus menempa kejayaan.

"Bersama kita Menempa Kejayaan"


Address

Taman Bukti
Seremban
70400

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6066791633

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Koperasi Melayu Berjawatan Kerajaan Negeri Sembilan Berhad posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Koperasi Melayu Berjawatan Kerajaan Negeri Sembilan Berhad:

Shortcuts

Share