27/10/2024
Haritu pengurus harta den ada bagitahu suruh buat Khairat Pusaka. Den pun macam wonder benda apa tu. Rupanya dia macam simpanan yang tak akan beku.
Korang tahu kan dan lebih 90B harta umat Islam dekat Malaysia ni yang dibekukan sebab waris tak tuntut.
Kenapa waris tak tuntut?
1. Sebab tak tahu
2. Sebab tak ada duit nak bayar perkhidmatan.
3. Sebab proses panjang, jadi malas
4. Sebab tak perlu, sebab rasa harta tu tak banyak mana
5. Sebab tak ramai yang sanggup nak keluarkan duit, masa dan tenaga untuk benda yang belum pasti.
Inilah antara sebab kenapa den ambil Wassiyah Shoppe sebagai pengurus harta den. Senangkan urusan waris.
So dia bagitahu khairat pusaka ni satu instrumen simpanan yang tak akan terbeku. Dia bukan hibah dan dia bukan bank. Kena ambil melalui takaful sebab instrumen ni memang dah jadi harta kepada pemilik simpanan ataupun orang yang dinamakan.
Contoh si Abu simpan RM1000 sebulan, selepas 10 tahun abu dah ada RM120,000 dan ditakdirkan Abu meninggal dunia. Selepas 7-14 hari waris boleh keluarkan simpanan ini tanpa perlu melalui apa-apa proses sebab dia direct terus kepada penama.
Khairat pusaka ni macam khairat masjidlah, terus dapat kat waris lepas kematian.
Jadi kalau ada duit terlebih dalam Tabung Haji, ASB KWSP maybe boleh masukkan dalam Khairat Pusaka ni sebab semua instrumen dekat luar tu akan dibekukan selagi urusan faraid belum selesai.
Faham kan.
Selagi belum habis urusan makan simpanan-simpanan, aset dan harta akan dibekukan. Jadi kalau ada instrumen takaful seperti hibah dan khairat pusaka ni insyaAllah dapat bantu kelangsungan hidup waris untuk menguruskan urusan harta arwah.
Uruskan harta sebelum mati.
Ija Juhari