MYEG Taman Ampangan

TAHUKAH ANDA??5 TANDA INI MENYEBABKAN MINYAK ENJIN KERETA PERLU DITUKAR SEGERA!!!Situasi:1. Enjin meragam, bunyi bising ...
30/03/2022

TAHUKAH ANDA??

5 TANDA INI MENYEBABKAN MINYAK ENJIN KERETA PERLU DITUKAR SEGERA!!!

Situasi:
1. Enjin meragam, bunyi bising & bergegar.
2. Hidu bau terbakar & keluar asap kelabu dari ekzos.
3. Minyak enjin cair & berwarna hitam berkilat.
4. Lampu tekanan minyak & lampu enjin bernyala.
5. Penggunaan minyak petrol yang kuat.

JIka pernah, itu adalah tanda-tanda minyak enjin kereta perlu ditukar dengan segera.

Jadi segeralah pergi ke bengkel kereta untuk periksa & tukar minyak enjin sebelum kerosakan enjin yang lebih teruk berlaku.

KAD NI SIAPA PAKAI RENEW INSURANS DAN ROADTAX DAPAT DISCOUNT 5%.Nak Daftar ? FREE je.Whatssap staff kami IQBAL0146144857
27/03/2022

KAD NI SIAPA PAKAI RENEW INSURANS DAN ROADTAX DAPAT DISCOUNT 5%.

Nak Daftar ? FREE je.

Whatssap staff kami IQBAL

0146144857

NCD dalam insurans kereta yang bermaksud ‘No Claim Discount’ ialah sejenis ganjaran dalam bentuk diskaun yang ditawarkan...
27/03/2022

NCD dalam insurans kereta yang bermaksud ‘No Claim Discount’ ialah sejenis ganjaran dalam bentuk diskaun yang ditawarkan oleh syarikat insurans untuk pemilik kereta yang tidak membuat sebarang tuntutan dalam tempoh setahun. Sekiranya anda tidak membuat sebarang tuntutan, semakin tinggi diskaun yang akan anda dapatkan setiap tahun sehingga maksimum 55%. Peranan NCD adalah untuk mengurangkan premium insurans yang pemilik kereta perlu membayar untuk setiap tahun. Oleh demikian, dengan adanya NCD, pemilik kereta boleh membayar insurans dengan harga yang rendah.

Macam mana dapatkan NCD?
NCD adalah diberi secara automatik semasa anda memperbaharui polisi insurans kereta anda. Untuk mendapatkan diskaun NCD, anda perlu memenuhi syarat satu tahun tanpa tuntutan. Ini bermaksud, jika anda membeli polisi insurans kenderaan untuk pertama kalinya, polisi tersebut tidak akan dapat NCD. Anda cuma akan menikmati diskaun sebanyak 25% semasa anda memperbaharui polisi itu setelah tahun pertama.

Seterusnya, jika anda terus tidak membuat sebarang tuntutan untuk tahun kedua (iaitu dua tahun tanpa tuntutan) maka diskaun anda akan meningkat ke 30% semasa pembaharuan polisi untuk tahun ketiga. NCD ini akan meningkat setiap tahun sehingga tahun keenam di mana NCD akan mencapai 55% dan kadar NCD ini akan kekal di 55% untuk tahun yang berturut-turutnya.



Berapakah penigkatan NCD setiap tahun?
Kadar NCD untuk Private Car

Tahun Pertama

0%

Tahun Kedua

25%

Tahun Ketiga

30%

Tahun Keempat

38.33%

Tahun Kelima

45%

Tahun Keenam dan ke atas

55%



Apa p**a akan terjadi jika saya terpaksa melakukan tuntutan?
Contohnya, pada tahun ketiga semasa NCD anda adalah 30%, anda ditimpa kemalangan dan terpaksa membuat tuntutan dari pihak insurans untuk membaiki kenderaan. Maka, semasa pembaharuan polisi, NCD anda akan kembali kepada 0% seperti tahun pertama kerana anda telah membuat tuntutan dan tidak layak mendapat NCD yang seterusnya (NCD 38.33%). Selepas ini, NCD anda akan bertambah setiap tahun lagi mengikut jadual yang sama jika tiada tuntutan dibuat.

Oleh itu, sekiranya kos membaiki kereta hanya sedikit ataupun tidak melebihi jumlah NCD yang bertahun-tahun, anda boleh bayar saja dengan menggunakan wang sendiri. Ini adalah sebab jikalau membuat tuntutan dari pihak syarikat insurans dan kemudiannya kehilangan NCD, anda sebenarnya kehilangan wang yang lebih berbanding dengan membayar dengan wang sendiri.


Adakah saya akan kehilangan NCD jika saya membuat tuntutan?
Tidak semestinya.

No-Fault Damage: Contohnya, anda terbabit dalam kemalangan jalan raya dan membuat tuntutan insurans. Akan tetapi, punca kemalangan ini bukan akibat kecuaian anda dan disahkan dalam keputusan sarjan polis, maka NCD anda tidak akan terjejas. Syarikat insurans anda akan membantu anda membuat tuntutan pihak ketiga daripada syarikat insurans pemilik kereta yang menyebabkan kemalangan tersebut.

Windscreen Coverage: Sekiranya anda ada add-on membeli windscreen cover, anda tidak akan kehilangan NCD semasa membuat tuntutan cermin. Sebaliknya, jika anda tidak membeli windscreen cover dan membuat tuntutan cermin, maka NCD anda akan terjejas.



Bolehkah saya pindah NCD ke kenderaan lain?
Boleh. Terdapat tiga cara di mana anda boleh memindahkan NCD anda ke kereta anda yang lain.

Cancellation of policy: Apabila anda menjual kereta anda dan kemudiannya membeli yang baru, anda boleh menamatkan polisi kereta lama anda dan menggunakan NCD dari kereta lama tersebut di kereta baru anda.

Polisi kereta lama sudah tamat: Sekiranya anda telah menjual kereta lama anda untuk seketika dan polisi tersebut sudah tamat tempohnya, anda boleh terus menggunakan NCD tersebut untuk kereta baru anda.

NCD withdrawal: Sekiranya anda tidak menjual kereta lama dan membeli kereta baru, anda pun masih boleh pindahkan NCD anda dari kereta lama ke kereta baru anda. Contohnya, kereta lama anda mempunyai NCD sebanyak 55% dan anda membuat keputusan untuk memindahkannya ke kereta baru. Syarikat insurans kereta lama akan membuat NCD withdrawal dari polisi kereta lama anda. Selepas itu, NCD 55% tersebut boleh digunakan di kereta baru anda dan NCD kereta lama anda akan kembali ke 0%. Oleh sebab NCD kereta lama sudah tiada, anda perlu membayar bakinya. Biasanya, jika kereta baru yang anda beli harga insuransnya adalah lebih tinggi dari harga insurans kereta lama sebelum NCD, anda digalakkan untuk pindahkan NCD ke kereta baru kerana lebih berjimat.



Apakah yang terjadi kepada NCD saya sekiranya tidak digunakan?
Sekiranya anda telah menjual kereta anda dan tidak membeli kereta yang baru, maka NCD anda akan dibiarkan sahaja. Setiap tahap NCD boleh bertahan selama satu tahun sahaja. Ini bermaksud, kalau anda mempunyai NCD sebanyak 55% semasa anda menjual kereta anda, setelah mencapai satu tahun dan NCD anda masih tidak digunakan di atas mana-mana polisi kereta, NCD 55% tersebut akan turun setahap ke 45% dan seterusnya setiap tahun sehingga 0%.



Bolehkah saya memberi NCD saya kepada orang lain?
Tidak boleh. NCD adalah teriikat kepada IC pemilik kereta masing-masing dan tidak dapat dipindahkan antara nombor IC yang berlainan.


Sekian. Apa apa pertanyaan sila hubungi kami Myeg Taman Ampangan

Berbaloi ke tambah extra cover WINDSCREEN ? Windscreen merupakan perlindungan tambahan biasanya ditawarkan bersama insur...
26/03/2022

Berbaloi ke tambah extra cover WINDSCREEN ?

Windscreen merupakan perlindungan tambahan biasanya ditawarkan bersama insuran komprehensif (1st party) kereta sahaja, fungsi utamanya hanya untuk melindungi cermin kenderaan anda, kecuali side mirror. Jika perlindungan ini diambil, apabila tuntutan dibuat ianya tidak akan menjejaskan ncd kenderaan anda. Namun, ada beberapa perkara anda harus ingat:

1. Jika jumlah tuntutan melebihi jumlah perlindungan windscreen yang diambil, anda perlu tambah secara tunai jumlah yang kurang.

2. Jika jumlah tuntutan tidak melebihi jumlah perlindungan windscreen tersebut, maka baki selebihnya itu sahaja yang boleh dituntut jika berlaku tuntutan seterusnya untuk kes cermin pecah (dalam tempoh setahun perlindungan).

3. Jika tiada perlindungan windscreen diambil atau sebelum ini telah dibuat tuntutan, tuntutan yang seterusnya masih boleh dibuat namun NCD anda akan berkurang atau kembali 0% (hanya untuk perlindungan insuran komprehensif/1st party).

Mesti lepas korang tengok post ni korang korang akan rasa berbaloi sangat kalau tambah Windscreen Coverage dekat insurans korang! 😋

Haa, kalau nak tahu, dalam policy insurans kita tu, kita boleh tengok insurans kita ni cover kita ke tak kalau kita acci...
24/03/2022

Haa, kalau nak tahu, dalam policy insurans kita tu, kita boleh tengok insurans kita ni cover kita ke tak kalau kita accident sampai ada cacat kekal ataupun berlaku kematian. Untuk Rider dan penumpang sekali tau!

Itulah yang dinamakan PERSONAL ACCIDENT COVER (PAC)
contohnya kalau kita atau kenalan kita accident, takda p**ak PAC ni, memang termenung..
PAC ni jumlah yang diberi berbeza mengikut panel insurans yang kita ambik. Jadi korang kena lah tanya betul betul dekat agent insurans korang tu. Ada sekali PAC ke tak?

Dalam situasi di atas, korang rasa siapa yang patut jalan dulu kalau jalan sesak? Meh tengok contoh mengikut situasi, ke...
23/03/2022

Dalam situasi di atas, korang rasa siapa yang patut jalan dulu kalau jalan sesak? Meh tengok contoh mengikut situasi, kenderaan manakah yang perlu diberi laluan dulu.

1. Sekiranya kenderaan kecemasan yang lalu membuka siren dan meyalakan lampu, maka korang diwajibkan untuk memberi laluan kerana itu adalah isyarat bahawa mereka sedang dalam situasi kecemasan!

2. Situasi kedua adalah apabila kenderaan kecemasan tersebut tidak menyalakan lampu dan membuka siren maka korang tak diwajibkan untuk memberi laluan kepada mereka

Jom Jadi Rakan MYEG Taman Ampangan dan nikmati rebat 5% tiap kali berurusan dengan kami.*Pendaftaran percuma di bulan Ra...
20/03/2022

Jom Jadi Rakan MYEG Taman Ampangan dan nikmati rebat 5% tiap kali berurusan dengan kami.

*Pendaftaran percuma di bulan Ramadhan 2022 @ 1443 hijrah*

1. Memperbaharui Roadtax Dan Cukai Jalan.

2. Bayaran cukai tanah, saman pdrm, bil utiliti seperti unify, tnb, sains, iwk dan banyak lagi.

3. Insurans persendirian, kebakaran rumah, pembinaan dan insurans tender kerajaan.

KAD FIZIKAL AKAN DIHANTAR MELALUI POS DALAM MASA DUA MINGGU.

Terima Kasih ☺️

Tak payah beratur sesak-sesak zaman pandemik ni. Kami hantar terus ke rumah anda. Ok?
15/03/2022

Tak payah beratur sesak-sesak zaman pandemik ni. Kami hantar terus ke rumah anda. Ok?

Berbaloi ke tambah extra cover WINDSCREEN ? 🤔
10/03/2022

Berbaloi ke tambah extra cover WINDSCREEN ? 🤔

10/03/2022

LAGI COVER LAGI POWER.

Mungkin rezeki ANDA bulan ni untuk memenangi produa bezza PERCUMA !

JOM RENEW DI MYEG TAMAN AMPANGAN dan berpeluang memenangi cabutan produa Bezza secara percuma dan hadiah utama BMW 320i sport.

Kunjungi cawangan kami untuk penyertaan

https://waze.com/ul/hw22x903ge

Sorry we are close today. Please call staff at 014-614 4857 for urgent matters.
10/03/2022

Sorry we are close today. Please call staff at 014-614 4857 for urgent matters.

APAKAH SPECIAL PERILS ?Pasti ramai yang tertanya, kenderaan kita boleh dilindungi daripada bencana alam ke ?Jawapannya Y...
08/03/2022

APAKAH SPECIAL PERILS ?
Pasti ramai yang tertanya, kenderaan kita boleh dilindungi daripada bencana alam ke ?
Jawapannya YA! Mestilah boleh
Kelebihan SPECIAL PERILS ni, kalau kereta kita rosak disebabkan oleh bencana alam, pihak insurans akan beri 0-5% daripada jumlah yang diinsuranskan.
Maksudnya, tak perlu pun keluarkan duit sendiri 😁
Jadi nak kenderaan anda dilindungi daripada bencana alam ? Pm kami sekarang

Address

Seremban
70400

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MYEG Taman Ampangan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to MYEG Taman Ampangan:

Share