18/11/2024
Harta banyak tapi bila meninggal waris tak tuntut sebab kos nk cairkan mahal. Sebab itulah penting utk sediakan Hibah Takaful.
Hibah Takaful as aset tunai segera dan aset cair untuk waris teruskan kelangsungan hidup dan modal untuk tuntut harta pusaka si mati.
Hibah serendah RM55 sebulan utk kesenangan waris. Nak yang power sikit up serendah RM100/sebulan utk plan hibah berganda.
WS utk quotation 😉
Farah Nadzirah
wa.me/601111458706
PruBSN Takaful
Harta yang tidak dituntut oleh waris dalam masa yang lama adakah automatik ke baitulmal?
Jawapannya tidak automatik sehingga beberapa keadaan dinilai oleh pentadbir tanah atau pemegang amanah contohnya Majlis Agama Islam Negeri.
Seksyen 13 (1) Akta Pusaka Kecil (pembahagian) 1955 menyebutkan jika ada Undang-Undang bertulis berhubungan Baitulmal, pentadbir tanah sebelum membuat pembahagian pusaka si mati beragama islam,hendaklah membayar apa-apa bahagian si mati kepada baitulmal atau peruntukkan yang sesuai telah dibuat bagi pembayarannya .
Sementara di Selangor, berdasarkan Sekyen 5(4) Enakmen Agama Islam Negeri Selangor tahun 2003 menyebut "Majlis membuat kuasa bertindak sebagai wasi sesuatu wasiat atau pentadbir harta pusaka seseorang simati atau sebagai pemegang amanah mana-mana amanah.
Berdasarkan kepada rekod Ketua Pengarah Jabatan Tanah dan Galian melalui Bahagian Pembahagian Pusaka mencatatkan jumlah RM60 bilion nilai harta yang dipercayai sebahagian besar milik umat Islam di negara ini sejak dari merdeka sehingga kini dalam bentuk wang tunai dan hartanah tidak dituntut oleh waris.
Jadi kemana harta-harta itu disimpan? Jika berbentuk alih seperti wang di dalam akaun ia akan dipindahkan ke Akaun Wang yang tidak Dituntut yang diselenggara oleh Jabatan Akauntan Negara sebagai pemegang amanah sesuai dengan Akta Wang Yang Tidak Dituntut 1965.
Apa yang perlu dilakukan waris? Jika tuan/puan dapati ada bukti yang kukuh bahawa ada harta si mati yang belum pernah diuruskan maka pastikan perkara berikut;
a) dapatkan dokumen bukti harta melalui carian geran atau lain-lain
b) failkan pembahagian faraid di mahkamah syariah (sijil faraid sahaja) ( Sabah cukup perintah mahkamah syariah sahaja)
c) rujuk bahagian pembahagian pusaka di pejabat tanah dan galian negeri (Semenanjung Malaysia)
Tuan/puan wajib menguruskan pembahagian pusaka. Janganlah dibiarkan begitu sahaja dengan alasan leceh dan kos yang tinggi kerana ianya merupakan suatu kerugian buat umat islam kerana wang tersebut boleh diinfaq dan dimanfaatkan demi kepentingan ummah dan negara. Yang diperlukan adalah niat yang baik, ilmu dan komitmen semua pihak yang berkepentingan.
Dikongsikan oleh Syafiah Sulaiman
(Gambar sekadar hiasan)