25/05/2026
Syarat rukun Haji, sempurna lah sudah
Moga ibadah Haji Mabur 🫶
Assalamualaikum wbt buat semua pelanggan saya yang dihargai.
Hari Arafah bagi umat Islam di Malaysia pada tahun 2026 jatuh pada hari (esok) Selasa, 26 May 2026, bersamaan 9 Zulhijjah 1447H menurut kaedah rukyah dan hisab yang diputuskan oleh Jabatan Falak, JAKIM.
Nabi SAW bersabda:
خَيْرُ الدُّعَاءِ دُعَاءُ يَوْمِ عَرَفَةَ
Sebaik-baik doa adalah doa pada hari Arafah. Riwayat al-Tirmizi (3509)
Umat Islam di luar musim haji sangat digalakkan untuk berpuasa sunat pada hari ini kerana ia mempunyai ganjaran yang besar, iaitu diampunkan dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang.
Selain berpuasa, umat Islam disarankan untuk memperbanyakkan doa, berzikir, dan bersedekah, khususnya bermula dari malam Arafah.
Semoga segala amal ibadah kita diterima oleh Allah swt.
Insya Allah, Aamiinnn