07/07/2022
STROK (CVA)
1. Hari ini saya belajar satu perkara baru buat saya berfikir balik.
2. Adakah cukup duit simpanan dan pampasan sakit kritikal yang saya ada untuk berhadapan dengan musibah?
3. Dua hari yang lepas, salah seorang Ahli keluarga saya telah diserang angin ahmar (strok). Dimasukkan ke hospital kerajaan.
4. Kos rawatan termasuk ct scan ditanggung kerajaan. Lagipun dia adalah pegawai kerajaan.
5. Yang tengah fikir, siapa akan jaga selepas ini?
Nak jaga orang sakit strok bukan senang. Memerlukan kudrat. Nak kena angkat, perlu diubah-ubah posisi, basuh berak, nak suap makan dan etc
Senang cerita, kena ada 24jam bersama-sama. Full Time.
6. Jika pasangan kita masih gagah, sihat, muda, belum tentu dia boleh jaga. Tambahan lagi jika bekerja.
Kalau pun dia sanggup, adakah dia nak berhenti kerja?
7. Senang cerita nak mudahkan, upah orang gaji untuk jaga sepenuh masa.
Perlukan duit. Untuk ambil seorang pembantu rumah, kos yang perlu dikeluarkan ialah rm15,000.
Belum lagi gaji bulanan sekitar rm1000-1200.
Tak termasuk kos2 lain seperti pampers, susu, kerusi roda dan supplement.
Susu tu, rm80/tin, bertahan 2-3hri. Kalau dikira mudah, rm1000 untuk susu sahaja.
8. Memang perit. Minta dijauh kan.
TETAPI, adakah kita sudah bersedia?
Apa perancangan kita?
Tanya diri sendiri. Musahabah..