SAZ INZpire

SAZ INZpire Kepakaran kami adalah ingin merealisasikan impian bumiputera bebas daripada hutang, tiada batasan untuk berbelanja dan bersara dengan mengelilingi dunia.

 *PEMBAHAGIAN GAJI*Bila terima gaji setiap bulan, bahagiakan kepada tiga bahagian ini ;1. SIMPANANSimpan 10% minimum gaj...
07/04/2021



*PEMBAHAGIAN GAJI*

Bila terima gaji setiap bulan, bahagiakan kepada tiga bahagian ini ;

1. SIMPANAN

Simpan 10% minimum gaji kita, jangan mengada ngada nak belanja Nelofa anda.

Lebih banyak kita simpan lebih kuasa haliliñtar kita ada

2. LABUR

Peruntukkan simpanan kita untuk tujuan pelaburan, tapi bulan melabur di MLM atau skim cepat kaya.

Labur ditempat yang diiktiraf oleh Bank Negara Malaysia bukan Urganda.

3. BARULAH BELANJA.

Selesai dua perkara diatas baru beli Tudung Nelofa, Rim Sukan Kereta, Seluar Hipster dan Boxer jenama.

Peraturan utama ialah SIMPAN, LABUR barulah BELANJA.

Gegadis tak s**a kita bahagikan cinta mereka kepada tiga, mereka s**a lelaki setia walau kulit macam Nepal berjelaga 😛









07/04/2021



*MELAYU DAN URUS WANG*

1. Kita tiada contoh yang baik untuk diikuti ketika kali pertama terima gaji, rujukkan kita sama ada ibubapa atau rakan sekerja.

2. Bila nak hadir atau baca buku urus gaji dan duit, kawan mula sindir "Nak kaya cepat lettew", "Alah ini semua buat seminar nak bagi penganjur kaya"

3. Kita bangsa yang mudah emosi bila sebut bab gaji, gaji kawan tinggi kita mula rasa gaji nak tinggi juga sedangkan datang kerja tak tepati masa. Suruh Kerja lebih tarik muka

4. Bagi bangsa kita bab gaji itu sensitif, jangan ditanya berapa, malu meminta dan biarlah rahsia. Sedangkan kita dibayar dibawah harga pasaran sebenarnya.

5. Apa formula gaji kita guna waktu mula terima gaji? Belanja hingga habis baru simpan atau simpan dulu baru belanja.? Dah rasa susah pinjaman pribadikan ada.

Pesan pada anak bila mula kerja buat simpanan 10%-30% dari gaji mereka tak pernah ada.

6. Kebanyakkan ibubapa tidak menyokong usaha simpanan anak anak mereka kerana mereka terpaksa berlumba dengan jiran tertangga. Anak siapa "paling berjaya dan bergaya"

7. Kita mintak anak buat pembiayaan peribadi untuk tambah dapur adik nak kenduri nanti. Anak takut jadi derhaka, maka dia ikut saja.

8. Kita s**a dan sokong anak beli kereta bila mula kerja, "bila lagi mak nie nak merasa kereta kau Angah, sempat hidup atau tidak nanti". Mereka s**a main jual emosi

9. Pelaburan bagi orang kita hanya ASB dan TH, itupun sebab kawan yang ajak bukak buku waktu jumaat rehat kerja.

10. Selain itu bagi kita pelaburan mesti nak cepat kaya, tak s**a melabur lama lama. Merugikan katanya. Bila datang skim nama arab sedikit dah percaya giler. Nama hibah, wakalah, meca fund, wadiah, afifah, alif semua mudah cair dan ikut sahaja .

11. Ibubapa tak pernah cerita tentang pelaburan selain beli tanah kampung yang tiada orang usahakan. Duit kita tertanam didalam itu sahaja. "Dah pencen nanti, boleh buat rumah disini"

12. Anak bila mula kerja ibubapa dan mula cerita apa keinginan mereka, "Seronok mak tengok Mak Long kau ker umrah dan Turkie, depa main salji ya". Maka anak buat pembiayaan peribadi tunaikan impian mak ini. Anak dah tentu nak yang terbaik buat bondanya walau tidak diminta.

13. Kita banyak bergantung pada anak anak untuk bersara nanti, kita tak bersedia apa nak jadi. "Alah anak aku ramai, risau apa".

14. Kita s**a lebihkan anak yang beri wang lebih, anak yang beri sedikit wang kadang kala terpinggir.

15. Pendidikan pada kita hanya bergantung pada PTPTN sedangkan tanggujawab ibubapa sediakan pendidikan anak anaknya. Saya pernah dengar seorang Profesor berkata, "alah biar mereka bayar sendiri nanti, baru berdikari".

16. Orang kita tak kisah mati bila, sebab itu tak kisah langsung takaful dan hibah perlu ada. Mereka beranggapan, lambat lagi mati jadi jangan ambil takaful lagi.

17. Faktor kedua tertinggi bangsa kita bercerai adalah faktor urus wang, ramai yang gagal urus hingga jadi punca bercerai.

18. Kita miskin bukan sebab ibubapa kita tak kaya, tapi semua yang ibubapa beri kita habiskan belanja begitu sahaja.

Belajar urus wang dengan bijak, saya dah jumpa ramai bijak pandai bergaji besar akhirnya bersara masih kena kerja.





06/04/2021

Sebesar mana tekad dan usaha untuk menggapai keinginanmu?

​ ​

Dimulakan dengan bismillah... Ya Allah permudahkan rezeki kamiini. Amin2
05/04/2021

Dimulakan dengan bismillah... Ya Allah permudahkan rezeki kamiini. Amin2





Address

898, Jalan Sri Pulai 39, Taman Sri Pulai 3
Seremban
70400

Telephone

+60193008741

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SAZ INZpire posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to SAZ INZpire:

Share