13/08/2026
KUNJUNGAN HORMAT ECO WORLD DEVELOPMENT GROUP BERHAD KEPADA YAB MENTERI BESAR NEGERI SEMBILAN
Rakan strategik Perbadanan NS, Eco World Development Group Berhad (EcoWorld) yang diketuai oleh Executive Chairman, Y.Bhg. Tan Sri Dato’ Sri Liew Kee Sin telah mengadakan kunjungan hormat kepada YAB Dato’ Haji Ismail bin Lasim, Menteri Besar Negeri Sembilan.
Kunjungan tersebut turut disertai oleh YB Dato’ Mohd Zafir bin Ibrahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan serta Y.Bhg. Dato’ Norazhar Musa, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan NS.
Pertemuan ini antara lain membincangkan perkembangan Eco Business Park 7 (EBP 7), sebuah pembangunan perindustrian bersepadu di bawah Malaysia Vision Valley 2.0 (MVV 2.0) yang dilaksanakan menerusi kerjasama strategik antara Perbadanan NS, EcoWorld dan SD Guthrie Berhad.
Turut hadir mewakili EcoWorld ialah Y.Bhg. Dato’ Seri Chang Khim Wah, President & CEO; En. Liew Tian Xiong, Deputy CEO; dan Y.Bhg. Dato’ Ho Kwee Hong, Chief Development Officer.
Perbadanan NS akan terus memperkukuh kerjasama bersama rakan-rakan strategik dalam memudah cara pembangunan dan pelaburan berkualiti, seterusnya menyokong pertumbuhan ekonomi serta mewujudkan nilai jangka panjang kepada Negeri Sembilan dan rakyat.