CAKNE - Persatuan Sokongan Kanser Kanak Kanak CAKNE

CAKNE - Persatuan Sokongan Kanser Kanak Kanak CAKNE CAKNE is a childhood cancer support charity founded and managed by families of patients b. c. d. e. f. g.

Nama Bank : Maybank Islamic, Bangi (ID 62834)
Nama Akaun : CAKNE
No akaun : 562834626537
SWIFT Code : MBBEMYKL

Matlamat
a. Membantu pesakit kanser kanak kanak dan keluarga mereka tanpa mengira bangsa, agama atau keturunan. Meningkatkan pengetahuan dan kesedaran pesakit kanser kanak kanak dan ahli keluarga mereka tentang penyakit yang dihadapi serta kaedah rawatan, kaedah penjagaan dan yang seumpamanya. Meningkatkan tahap kesediaan dan ketahanan pesakit kanser kanak kanak dan ahli keluarga mereka semasa sebelum rawatan, semasa sedang rawatan dan selepas rawatan. Menyediakan bantuan kewangan dan peralatan untuk pesakit kanser kanak kanak dan keluarga mereka yang memerlukan berdasarkan merit dan kemampuan kewangan pertubuhan. Meningkatkan tahap kesedaran anggota masyarakat tentang cara cara untuk menyokong pesakit kanser kanak kanak dan keluarga mereka. Meningkatkan kesedaran orang ramai tentang penyakit kanser kanak kanak khususnya dan penjagaan kesihatan secara umumnya. Meningkatkan semangat kesukarelawanan di kalangan ahli khususnya dan anggota masyarakat amnya.

๐ŸŒ™โœจ Salam Maulidur Rasul 1448HSelawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Semoga kita terus meneladani akhl...
25/08/2026

๐ŸŒ™โœจ Salam Maulidur Rasul 1448H

Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Semoga kita terus meneladani akhlak mulia Baginda, mengamalkan Sunnah dan memperbanyakkan selawat dalam kehidupan seharian. Mudah-mudahan ianya membawa kebaikan dan rahmat. ๐Ÿค

ุงูŽู„ู„ูŽู‘ู‡ูู…ูŽู‘ ุตูŽู„ูู‘ ุนูŽู„ูŽู‰ ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู ูˆูŽุนูŽู„ูŽู‰ ุขู„ู ู…ูุญูŽู…ูŽู‘ุฏู

Allahumma Solli โ€˜Ala Muhammadin Wa โ€˜Ala Aali Muhammad

Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.


๐Ÿฉบ โ€œDoktor nak buat bone marrowโ€ฆโ€โ€œAnak perlu lumbar puncture pulaโ€ฆโ€โ€œKenapa perlu cucuk dan ambil sampel lagi?โ€๐Ÿ˜ซ๐Ÿ˜ซ๐Ÿ˜ซ๐Ÿ˜ซ๐Ÿ˜ซ๐Ÿ˜ซ๐Ÿ˜ซ๐Ÿ˜ซ๐Ÿ˜ซ๐Ÿ˜ซ๐Ÿ˜ซ...
19/08/2026

๐Ÿฉบ โ€œDoktor nak buat bone marrowโ€ฆโ€

โ€œAnak perlu lumbar puncture pulaโ€ฆโ€

โ€œKenapa perlu cucuk dan ambil sampel lagi?โ€

๐Ÿ˜ซ๐Ÿ˜ซ๐Ÿ˜ซ๐Ÿ˜ซ๐Ÿ˜ซ๐Ÿ˜ซ๐Ÿ˜ซ๐Ÿ˜ซ๐Ÿ˜ซ๐Ÿ˜ซ๐Ÿ˜ซ

Bagi ibu bapa yang baru melalui perjalanan rawatan leukemia, istilah dan prosedur perubatan mungkin kedengaran begitu asing dan menakutkan.

Sebenarnya, setiap prosedur mempunyai tujuan tertentu dalam membantu doktor mendiagnosis, memantau dan merawat leukemia anak.

๐Ÿ’œ Dalam Siri Kenali Leukemia #3, jom kita kenali beberapa prosedur dan ujian yang mungkin dilalui oleh anak sepanjang rawatan:

๐Ÿฆด Bone Marrow Aspiration (BMA)
Untuk memeriksa sumsum tulang dan melihat keadaan sel darah serta blast cell.

๐Ÿง  Lumbar Puncture (LP)
Untuk memeriksa cecair serebrospinal (CSF) dan melihat sama ada terdapat penglibatan leukemia pada sistem saraf pusat.

๐Ÿ’‰ Intrathecal Chemotherapy
Kemoterapi yang diberikan terus ke dalam CSF melalui prosedur lumbar puncture.

๐Ÿ”ต Central Venous Access / Port
Membantu pemberian ubat dan kemoterapi serta pengambilan darah tanpa perlu dicucuk berulang kali.

๐Ÿฉธ Blood & Platelet Transfusion
Diberikan apabila anak memerlukan sokongan sel darah merah atau platelet.

๐Ÿ”ฌ Flow Cytometry & MRD
Ujian yang membantu doktor mengesan dan memantau sel leukemia, termasuk sel yang terlalu sedikit untuk dilihat melalui pemeriksaan biasa.

๐Ÿฆด Bone Marrow Examination (Ulangan)
Dilakukan pada masa tertentu untuk menilai tindak balas terhadap rawatan dan keadaan penyakit.

๐ŸŒท Untuk ibu dan ayah yang sedang melalui semua iniโ€ฆ

Tidak mengapa jika pada mulanya banyak istilah yang tidak difahami.

Bertanya kepada doktor bukan tanda kita tidak faham. Bertanya adalah sebahagian daripada usaha kita memahami dan menemani perjalanan rawatan anak.

Simpan infografik ini dan kongsikan kepada ibu bapa lain yang mungkin memerlukannya.

๐Ÿ“Œ Maklumat ini adalah penerangan umum dan tidak menggantikan nasihat doktor yang merawat anak anda. Setiap pelan rawatan dan prosedur bergantung kepada keadaan serta jenis leukemia masing-masing.

๐Ÿ’œ Kongsi Harapan, Kongsi Kekuatan

๐ŸŒŸ Langkah Wira Cilik bersama CAKNE!Alhamdulillah. CAKNE Johor juga terus aktif menyantuni anak-anak pejuang kanser di HS...
18/08/2026

๐ŸŒŸ Langkah Wira Cilik bersama CAKNE!

Alhamdulillah. CAKNE Johor juga terus aktif menyantuni anak-anak pejuang kanser di HSI bersama keluarga melalui aktiviti brisk walk. Seramai 20 orang peserta telah memeriahkan pagi mereka dengan langkah yang ringan dan senyuman yang ceria.

Aktiviti dimulakan dengan pemanasan badan dan Brain Gym Exercise bersama Puan Akma, Pegawai Pemulihan Cara Kerja HPSF Muar. ๐Ÿง โœจ

Sempena bulan kemerdekaan, program turut diserikan dengan semangat kemerdekaan, kibaran Jalur Gemilang dan sesi bergambar bersama. ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พโค๏ธ

Terima kasih semua!

๐ŸŽ30 KELUARGA TERAWAL, HADIAH ISTIMEWA MENANTI! ๐Ÿ’›๐Ÿšถโ€โ™€๏ธLangkah Wira Cilik Bersama CAKNE โ€“ Edisi Emas 2026Jom sertai kami da...
12/08/2026

๐ŸŽ30 KELUARGA TERAWAL, HADIAH ISTIMEWA MENANTI! ๐Ÿ’›

๐Ÿšถโ€โ™€๏ธLangkah Wira Cilik Bersama CAKNE โ€“ Edisi Emas 2026

Jom sertai kami dan jadi sebahagian daripada langkah penuh harapan!

๐ŸŽ Hadiah menarik daripada penaja untuk 30 keluarga terawal!

๐Ÿ“… 20 September 2026 (Ahad)
๐Ÿ“ Taman Rekreasi Bukit Jalil

๐Ÿ“ข DAFTAR SEKARANG!
https://forms.gle/pMsAqGw1qsTjJwPr9

๐Ÿ’œ Kongsi Harapan, Kongsi Kekuatan.

๐Ÿฉธ"Doktor kata Hb anak rendah..."๐Ÿฉธ"Platelet dah naik?"๐Ÿฉธ"ANC masih rendah..."๐Ÿฉธ"Anak masih neutropenia."Pernahkah anda mend...
03/08/2026

๐Ÿฉธ"Doktor kata Hb anak rendah..."
๐Ÿฉธ"Platelet dah naik?"
๐Ÿฉธ"ANC masih rendah..."
๐Ÿฉธ"Anak masih neutropenia."

Pernahkah anda mendengar istilah-istilah ini semasa temujanji dengan doktor, tetapi kurang pasti apa maksudnya? ๐Ÿค”

Jangan risau, anda tidak bersendirian. ๐Ÿ’œ

Sebelum ini, kita telah mengenali Blast Cell. Kini, CAKNE meneruskan siri Kenali Istilah Perubatan dengan membantu ibu bapa memahami 4 bacaan darah yang paling kerap dipantau semasa rawatan leukemia.

๐Ÿฉธ Hemoglobin (Hb) โ€“ Membawa oksigen ke seluruh badan.
๐Ÿฉน Platelet โ€“ Membantu menghentikan pendarahan.
๐Ÿ›ก๏ธ ANC โ€“ Sel pertahanan utama badan yang melawan jangkitan.
โš ๏ธ Neutropenia โ€“ Keadaan apabila ANC terlalu rendah, menyebabkan risiko jangkitan meningkat.

๐Ÿ“Œ Pesanan penting untuk ibu bapa:
๐ŸŒก๏ธ Jika anak sedang mengalami neutropenia dan demam (โ‰ฅ38ยฐC), jangan tunggu sehingga esok. Bawa anak ke hospital dengan segera kerana ia boleh menjadi tanda jangkitan yang serius.

Semakin kita memahami maksud setiap bacaan darah, semakin mudah kita mengikuti perkembangan rawatan dan berbincang dengan doktor.

๐Ÿ’ฌ Ada lagi istilah perubatan yang anda selalu dengar tetapi kurang faham? Tinggalkan di ruangan komen. Mungkin ia akan menjadi topik siri Kenali Istilah Perubatan yang seterusnya. ๐Ÿ˜Š

๐Ÿ’œ Kongsi Harapan, Kongsi Kekuatan

29/07/2026

๐Ÿšถ๐Ÿปโ€โ™‚๏ธLangkah Wira Cilik bersama CAKNE
๐Ÿ“ Laman Komuniti Seksyen 7, Bandar Baru Bangi
๐Ÿ“… 25.07.26

LWC ini bukan sahaja untuk pesakit & keluarga tetapi terbuka juga untuk orang awam.

Terima kasih kepada semua yang hadir dan menjayakan program ini. Jumpa lagi di Siri Langkah Wira Cilik yang seterusnya sempena Bulan Kesedaran Kanser Kanak-Kanak Antarabangsa. Butiran program akan diberitahu kemudian. โค๏ธ


Address

No. C15, Dataran Usahawan, Persiaran S2 B1
Seremban
70300

Opening Hours

Monday 10:00 - 17:00
Tuesday 10:00 - 17:00
Wednesday 10:00 - 17:00
Thursday 10:00 - 17:00
Friday 10:00 - 17:00

Telephone

+6066013450

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when CAKNE - Persatuan Sokongan Kanser Kanak Kanak CAKNE posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share