16/07/2022
*PERSOALAN DUIT KWSP*
1.JIka saya melantik isteri saya sebagai penama KWSP, adakah duit tersebut perlu difaraidkan dan adakah duit tersebut adalah hak mutlak isteri saya?
Ya , duit KWSP perlu di faraidkan kepada waris-waris yang berhak setelah membuat perkara โperkara secara susunan seperti berikut :-
a.Membayar pengurusan jenazah
b.Membayar hutang simati
c.Melaksanakan wasiat (jika ada โ beri ikut yang dibenarkan oleh syarak)
d.Membahagikan kepada waris-waris faraid
2.Jika suami saya hibahkan semua duit KWSP kepada saya, adakah duit tersebut perlu difaraidkan?
3.Kenapa duit KWSP perlu difaraidkan kepada waris saya termasuk adik beradik lelaki saya disebabkan saya tiada anak lelaki dan ayah telah meninggal, sedangkan saya telah hibahkan kepada isteri saya ?
Untuk makluman, tidak boleh dihibahkan duit KWSP anda kepada sesiapa pun kerana duit KWSP tertakluk kepada pusaka simati dan duit tersebut perlu di faraidkan setelah selesai menguruskan ketiga tiga perkara di atas oleh penama dan jika waris simati hanya isteri sahaja maka adik beradik lelaki adalah waris faraid dan berhak keatas duit KWSP tersebut.
Jika tiada penama semasa kematian ahli KWSP, duit tersebut perlu melalui proses pentadbiran pusaka dengan waris perlu mendapatkan Surat Kuasa Mentadbir untuk mengeluarkan duit KWSP tersebut.
4. Berapakah waris saya akan dapat jika saya mempunyai tinggalan duit KWSP- RM250,000, Bayaran Pengurusan jenazah telah diselesaikan melalui khairat kematian, tiada hutang,, tiada wasiat, semasa kematian saya dengan waris seperti dibawah:-
a. 1 Anak Perempuan
b. 1 Adik beradik lelaki
c. 1 Isteri
Fakta kes
DUIT KWSP : RM 250,000
Pengurusan jenazah selesai, tiada hutang, tiada wasiat
WARIS :
Anak Perempuan : 4/8 bahagian = RM125,000.00
Adik beradik lelaki : 3/8 bahagian = RM 93,750.00
Isteri : 1/8 bahagian = RM 31,250.00
Jika dilihat daripada perkara diatas, bahagian adik beradik lelaki simati adalah lebih banyak berbanding isteri simati.
5. Bagaimana saya ingin meninggalkan sejumlah duit kepada isteri saya bagi meneruskan kehidupannya disebabkan semua urusan rumah saya yang bayarkan menggunakan pendapatan saya? Setelah saya tiada semestinya pendapatan tersebut terputus.
Duit KWSP adalah hak mutlak waris-waris faraid kecuali semua waris faraid menolak bahagian faraid mereka kepada isteri. Jika waris tidak membuat penolakan, waris terebut boleh dapat bahagiannya melalui faraid.
Jadi tidak benarlah yang mengatakan isteri sebagai penama KWSP, semasa saya mati, duit KWSP saya adalah hak mutlak isteri saya. Ini adalah SALAH.
Berbalik kepada soalan di atas, jika tuan ingin meninggalkan sejumlah wang sebagai gantian kepada pendapatan untuk isteri meneruskan kehidupan atau ingin memberikan 100% duit kepada isteri yang mana menjadi HAK MUTLAK ISTERI setelah tuan meninggal, tuan boleh membuat perlindungan iaitu melalui takaful dan hibahkan jumlah pampasan wang tersebut kepada isteri tersayang duit tersebut tidak perlu melalui proses pusaka dan tidak perlu difaraidkan kepada waris-waris faraid.