14/08/2026
Dosa ke Balu Tengah Iddah Keluar Rumah Pergi Pejabat Pusaka?
"Puan, jangan keluar rumah langsung! Tengah iddah ni. Tunggu habis 4 bulan 10 hari baru fikir pasal harta arwah."
Kata-kata macam ni selalu sangat balu dengar bila baru kehilangan suami. Niat orang yang menegur tu mungkin baik, tapi tahu tak?
Disebabkan salah faham ni, ramai balu dan anak-anak yatim merana.
Bila urusan pusaka ditangguh 4 bulan:
- Akaun bank arwah terus beku.
- Hutang dan komitmen bulanan mula menimbun.
- Belanja dapur dan sekolah anak-anak terputus.
BOLEH KE BALU KELUAR URUS PUSAKA MASA IDDAH?
Jawapannya: BOLEH DAN HARUS
Merujuk penjelasan rasmi Jabatan M***i Negeri Selangor (e-Musykil), sekiranya urusan pengurusan pusaka itu MESTI dilaksanakan dalam tempoh terdekat (mendesak), balu DIHARUSKAN KELUAR menguruskannya jika tiada wakil lain.
Contoh dalam kes ada hutang, perlukan duit untuk perbelanjaan dapur dan sebagainya.
Apa adab balu bila keluar menguruskan pusaka?
1. Fokus Pada Urusan Mendesak
Seperti hadir perbicaraan rasmi, urusan dokumen bank, atau tuntutan sara hidup yang tak boleh bertangguh.
2. Terhad Ke Pejabat Berkenaan Sahaja
Pergi ke pejabat rasmi sahaja, jaga pakaian atau adab berkabung (ihdad), dan terus balik rumah sebaik sahaja selesai. Tak perlu melencong ke tempat lain.
3. Boleh Diwakilkan Kepada Orang Lain
Sekiranya urusan penyediaan dokumen awal boleh diuruskan oleh anak, ahli keluarga, atau pihak profesional, itu lebih memudahkan supaya balu dapat fokus berkabung di rumah.
Macam kes ini, kebanyakan urusan, team UrusPusaka360 yang uruskan, Alhamdulillah
Di UrusPusaka360, kami sedia membantu menguruskan keseluruhan proses permohonan pusaka arwah suami anda dari A sampai Z.
Waris cuma perlu sediakan maklumat, dan biar pakar kami yang bantu selesaikan.
Jangan biarkan ilmu yang salah menyusahkan keluarga yang ditinggalkan. Uruskan hak, tunaikan tanggungjawab.
SHARE hantaran ini supaya lebih ramai balu di luar sana tahu hak mereka dan tidak lagi terbeban.
Ada soalan bab pusaka suami?
Tinggalkan soalan anda di ruangan komen!