28/10/2021
Ada prospek tanya,
"Puan, ok ke kalau saya tangguh dulu ambil takaful ni? Sebab saya nak melabur emas dulu lah. Kawan saya kata, melabur emas ni lagi bagus. Takaful ni rugi sebab kalau tak jadi apa-apa, duit burn. Kalau emas, tak burn."
Ok tuan-tuan dan puan-puan,
Melabur dalam emas tu bagus. Tapi, jangan melabur sebelum siapkan tapak kewangan. Tapak kewangan tu apa? PERLINDUNGAN.
Ada 4 sebab kenapa anda wajib DAHULUKAN perlindungan TAKAFUL?
π Takaful hanya boleh diambil ketika masih SIHAT. Pelaburan boleh buat tak kisah tengah sihat ke tak. Kesihatan bukan syarat melabur. Ada duit, jalan. Takaful bukan ya. Takaful ni duit banyak mana pun kalau dah tak sihat, minta maafπ tak dapat tolong. Makin lama tangguh, makin tinggi risiko mengumpul penyakit dek kerana faktor umur dan gaya hidup.
π Takaful aset kecemasan paling CEPAT. Sebab apa paling cepat, hari ni baru keluar duit tak sampai RM200 dah ada pembiayaan takaful RM1 JUTA. Nak harap pelaburan mana yang boleh 'return' selaju dan semudah tu? Untuk kecemasan berkaitan kesihatan. Jadi, takaful ialah medium terbaik untuk menguruskan risiko. Buat apa penat-penat simpan emas, sudahnya kena jual balik. Tak sempat untung dah kena cairkan. Kalau ada takaful, tak payah jejaskan pelaburan emas. Tak perlu usik emas anda.
π "Kalau tak jadi apa-apa rugilah." Bagaimana p**a, "Kalau berlaku apa-apa macam mana? Lebih baik ada takaful tapi tak berlaku apa-apa daripada berlaku apa-apa tapi tak ada takaful. Kan?
π Kos takaful yang amat murah. Baru carum sikit dah bina fund yang amat besar untuk tanggung musibah. Nak harap simpan sendiri, sempat ke? Modal pun besar kalau nak ada fund besar kan? Kalau nak ada fund RM100K berapa banyak emas kena beli? Dah cukup modal dah? Kalau belum, percayalah, ianya akan ambil masa yang lebih lama berbanding takaful yang dalam beberapa hari dah terjamin dana kecemasan yang kuat.
Sebaiknya anda buat perlindungan dahulu. Dah cukup lindung, baru layak fikir pasal pelaburan. Bukan terbalik ya. Bukan ada duit lebih baru nak fikir takaful. Ralat nanti.
Urus kewangan anda sebaik mungkin. Gaji besar mana pun takkan cukup kalau tak urus dengan bijak.
Credit to Norsaidah Abdullah β€