20/06/2020
Q&A ✅ PART 1 ✅
Soalan yg selalu owner kereta tanya kepada saya😇
"BOY KENAPA KERETA SAYA X BOLEH HANTAR CLAIM KE (PERODUA) KERETA SAYA BARU 7TAHUN PAKAI??"
Ok lah abam boy jawab lah kat fb abam boy ni.. Sebab selalu sgt dapat soalan macam ni..🤣
OK di mulakan dgn bismillah di sudah dgn alhamdulillah.. (mcm lagu je 🤣🤣)
For the first thing (acah2 omputih lak😂)..............
Jawab kpd soalan td...
BOLEHH... BOLEHH... boleh untuk hantar claim ke PERODUA KE HONDA KE TOYOTA KE SEMUA BOLEH MASUK UNTUK CLAIM INSURANS😁😎
Tp kereta yg sudah melebihi 5 tahun atau di pnggil BETTERMENT akan di kena kan caj pada owner...
WAITTTT SEMINIT YE.. BUKAN ABAM BOY YG AKAN CAJ.. TP PIHAK INSURANS SELEPAS KERETA CIK2 SEMUA SIAP... SEBAB APE???SEBAB DAH BETTERMENT..
Q&A✅PART 2✅
"APE MAKSUD BETTERMENT"
Betterment bermaksud kadar tambahan kos yang perlu pemegang polisi (pemilik kenderaan) tanggung semasa membuat tuntutan di Pusat Servis seperti Proton, Perodua, Honda dan lain-lain lagi pusat servis (dealer).
Kadar peratus kadar tambahan adalah seperti berikut :
1. Bawah 5 tahun – 0%
2. 5 tahun – 15%
3. 6 tahun – 20%
4. 7 tahun – 25%
5. 8 tahun – 30%
6. 9 tahun – 35%
7. 10 tahun dan keatas – 40%
Kata mudahnya, kereta baru bawah 5 tahun tiada apa-apa cas tambahan yang perlu pemegang polisi keluarkan dan ia ditanggung 100% oleh syarikat insurans.
Untuk kenderaan 5 tahun dan keatas yang ingin mendapatkan barang (parts) bahagian asal kenderaan, pemegang polisi perlu membuat tambahan mengikut % seperti kadar di atas.
Bagaimana p**a jika kenderaan membuat tuntutan di bengkel panel insurans?
Kadar betterment akan dikenakan hanya bagi pemegang polisi yang ingin membuat tuntutan (claim) kemalangan di Pusat Servis sahaja. Di bengkel panel insurans 100% akan ditanggung oleh pihak insurans. Yang membezakannya adalah jenis barang, iaitu pusat servis memberikan bahagian barang yang asal, manakala di bengkel panel pemegang polisi akan mendapat barang ‘2nd grade’ tetapi barang tersebut adalah dijamin berkualiti.
OK lah sttle lah dulu yang ni yoooo.. Lps ni kite kongsi ape beza PANEL INSURANS & THIRDPATY CLAIM 😎😎