22/09/2022
KENAPA PERLU MELINDUNGI KELUARGA ANDA?
Sebagai ketua keluarga, adalah menjadi tanggungjawab anda untuk memastikan keluarga anda mendapat perlindungan sentiasa…
Rumah untuk pastikan keluarga sentiasa dilindungi dari hujan, panas dan elemen-elemen lain.
Pakaian untuk melindungi diri baik dari segi persekitaran maupun dari segi maruah.
Makanan untuk memastikan ahli keluarga tidak kelaparan.
Pelajaran agar masa depan anak-anak terjamin.
Semua ini hanya mungkin jika anda sendiri sihat dan berkeupayaan untuk mencari rezeki yang mencukupi.
Namun, pernahkah anda terfikir siapa p**a yang melindungi ANDA?
Apa akan terjadi jika sesuatu musibah melanda DIRI ANDA? Musibah yang akan menyebabkan anda tiada upaya untuk bekerja atau anda tiada lagi di dunia ini?
Siapa yang akan menjaga keperluan keluarga anda?
Banyak terdapat kes-kes diluar sana dimana selepas kematian seseorang, keluarganya merempat, ditinggalkan oleh keluarga simati. Malah ada juga yang berebutkan harta simati tanpa menghiraukan kebajikan anak isteri simati.
Dimasa itu tiada apa yang dapat anda lakukan kerana anda sudah tiada lagi didunia ini. Harta anda, jika ada pun belum tentu dapat kepada anak isteri anda. Wang simpanan anda dalam bank pun terpaksa melalui proses fara'id yang mungkin mengambil masa berbulan-bulan atau bertahun-tahun.
Sementara itu, APA AKAN TERJADI PADA ANAK-ANAK DAN ISTERI ANDA?
Fikir-fikir kan lah… sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya!
JADI APA PERLU ANDA LAKUKAN?
Pastikan anda mendapat perlindungan HIBAH TAKAFUL supaya anak isteri anda terjaga kebajikan mereka tanpa gangguan atau campurtangan pihak lain.
Dengan hanya RM150.00 sebulan, keluarga anda akan menerima pampasan berjumlah RM500,000.00 jika anda mendapat kemalangan sehingga cacat kekal ATAU meninggal dunia.
INI FAKTA!
Tak percaya? Hubungi Aishah di talian 019-3830262 dan dapatkan kepastian!
Mengenai Ned & Aishah
Ned & Aishah adalah pasangan suami isteri yang menjalankan perniagaan bersama sejak 15 tahun lalu.
Ned berpengalaman luas dalam bidang pemasaran dan pernah memiliki syarikat pengiklanan sendiri dengan nilai billing sehingga RM1.5 juta.
Aishah mempunyai pengalaman dalam pelbagai industri termasuk O & G, Unit Trust, Insuran dan Takaful. Beliau merupakan ‘Product Specialist’ dan bertanggungjawab untuk memberi penerangan mengenai produk Takaful yang kami pasarkan.
Bersama, Ned & Aishah akan memberikan khidmat, nasihat dan servis yang terbaik, profesional dan personalized untuk manfaat anda semua.
Falsafah kami dalam perniagaan ialah ‘setiap customer ibarat ahli keluarga sendiri’.
Kepuasan yang kami dapat ialah apabila pelanggan kami berpuashati. Tambahan p**a jika khidmat kami dapat memberi kelegaan diwaktu musibah melanda pelanggan kami.
YOU ARE OUR PRIORITY!