05/05/2021
MITOS DALAM HARTANAH
1. Semua Rumah Low Cost Orang Kaya Dah Beli?.
Semua rumah low cost ini ada syarat yang ketat untuk dibeli. Biasanya ia dikawal oleh kerajaan negeri dan melalui tapisan ketat dan permohonan yang panjang.
2. Ada duit, boleh beli rumah subsidi atau low cost banyak banyak?.
Rumah yang diberikan subsidi ada syarat pembeliannya. Antaranya mereka masih belum ada rumah pertama dan jumlah gaji tertentu sahaja layak beli kecuali jika dilelong.
3. Rumah leasehold beli nanti akan rugi?.
Semua hartanah ada peluang untung dan rugi. Jika salah beli freehold pun tetap akan rugi. Belian yang betul tetap menguntungkan walau status leasehold.
4. Rumah tetap naik harga, tak akan rugi!.
Zaman itu dah berlalu, banyak sahaja kediaman yang dah 5 tahun beli langsung tak naik harga. Kawasan terkenal seperti Cyberjaya juga tidak menjamin kita, maka jangan mudah cair dan percaya.
5. Bagus beli rumah sekarang, dapat banyak cashback tunai!
Ada 2 kerugian yang kita akan tanggung dimasa hadapan. Cashback hanya membesarkan nilai hutang dan keupayaan kita, ia duit kita bukan 'hadiah' dari pemaju. Kediaman yang kita beli bukan pada nilai pasaran sebenar. Lepas 10 tahun nilainya boleh jadi tetap sama, kita tunggu saja!
6. Sifo pun beli kawasan itu, mesti bagus kawasan ini?
Boleh jadi sifo memang pelabur hartanah yang baik dan pilihan itu betul. Boleh jadi sifo itu ada simpanan kewangan yang baik dari kita, jika rugi dia dah bersedia dengan exit plan atau boleh jadi sifo itu acah beli sebab dia dan ejen dah cowtim agar kita yang taksub juga 'terbeli' nanti disitu.
7. Saya Layak Beli Nie?
Layak beli dan lulus loan rumah bukan bermakna kita mampu bayar kediaman itu. Semua rumah terlelong hari ini bermula dengan mereka layak beli rumah juga dulu.
8. Ejen Boleh Bantu Carikan Penyewa Jika beli?
Nak memancing ikan, kita mesti ada umpan. Jika dah terjual dan tiada penyewa, apa ejen boleh lakukan?
9. Rumah Baru Lebih Kualiti?
Kualiti produk baru tidak semuanya baik. Banyak sahaja kereta baru yang rosak. Banyak juga kediaman subsale yang pemiliknya telah naikkan taraf dan jadi lebih baik dari yang baru.
10. Deposit Rumah Lelong Akan Hilang?
11.Rumah Subsale (second) Kualiti Buruk Dah?
Rumah baru juga belum tentu kualiti bagus. Ada kediaman subsale ini yang keluasan lebih besar berbanding rumah baru yang semakin mengecil keluasannya.
12. Beli Rumah Kena Ada Orang Dalam?
Jika kita layak membeli, tidak perlukan orang dalam membantu. Ejen akan bantu kita dengan baik sehingga urusan selesai.
13. Ejen Hartanah Letak Harga Mahal?
Harga kediaman bukan ditentukan oleh ejen hartanah. Biasanya tuan rumah yang tentukan harga atau berdasarkan harga pasaran semasa. Hanya broker hartanah yang tidak berdaftar sebagai ejen saja yang s**a buat begini.
14. Beli Dengan Ejen Rugi Sebab Sebab Ejen Markup Harga?
Ejen hartanah tidak boleh ses**a hati letak harga tanpa pengetahuan penjual. Mereka tidak boleh letak harga lebih tinggi sebab semua ada dalam perjanjian SNP. Mereka boleh dikenakan tindakan oleh LPPEH atau ditatatertibkan.
15. Beli Rumah Lelong Untung?
Betul jika belian kita 30%-50% bawah harga pasaran. Kita perlu semak juga bil tertunggak, kos baiki dan lain sebelum beli.
16. Kata yuran guaman percuma, kenapa kena bayar juga?
Ada dua proses guaman dalam belian ruman. Satu dengan pemaju dan kita, satu antara kita dengan bak yang buat pinjaman. Biasanya yang percuma yuran guaman antara kita dan pemaju sahaja!
17. Pinjaman Perumahan Itu Semua Riba?
Jika bukan ahli dalam bidang muamalat, tidak adil tuduh semua bank mengamalkan riba. Apakah semua ahli syariah diperbankan Islam itu hanya baca fb macam kita dan percaya teori konspirasi saja.
Bila kita bodoh, jangan anggap semua orang bodoh macam kita. Biasanya rekod CCRIS koyak teruk, maka hujah ini paling selamat digunakan.
18. Beli Rumah Tanpa Modal?
Tarik nafas dalam dalam dan tanya diri kita, kenapa tetiba pemaju yang orang selalu levelkan kapitalis, yahudi itu tetiba jadi baik?
Dari mana agak agak modal itu datang? Jika senang sekarang, bersiaplah untuk rasa susah dimasa depan kawan kawan
Ada banyak mitos yang baru lahir selepas pandemik ini, boleh kongsikan jika ada kawan kawan