19/02/2024
RESEPI APAM NASI + ENO🍚
BAHAN-BAHAN :
- 1 cawan nasi
- 1 1/2 cawan air
- 2 cawan tepung beras
- 2 sudu makan tepung gandum
- 3/4 cawan gula pasir
- 1 sudu teh yis segera
- 1 packet ENO packet biru
- pewarna makanan
- 1/2 biji kelapa parut putih
- 2 cubit garam halus
- 1 helai daun pandan
- sedikit minyak masak (sapu pada acuan)
- acuan kuih lompang
CARA MEMBUATNYA :
1. Masukkan nasi, gula pasir dan 1 cawan air ke dalam blender dan blend hingga halus.
2. Masukkan tepung beras, tepung gandum, yeast dan blend hingga halus dan sebati.
3. Tapiskan adunan ke dalam mangkuk dan tutup mangkuk dengan kain @ tuala. Perap adunan selama 3-4 jam sehingga adunan kembang berganda.
4. Bila adunan telah kembang berganda masukkan ENO dan kacau adunan hingga sebati.
5. Bahagikan adunan samarata kepada 3 mangkuk dan warnakan dengan pewarna makanan mengik*t kegemaran masing-masing. Boleh juga Kalau nak buat 1 warna sahaja.
6. Panaskan pengukus dan lapikkan penutupnya dengan tuala/kain bagi mengelakkan air menitik atas apam. Boleh juga jika tak dilapikkan dengan kain tetapi selang beberapa minit hendaklah lap air yang ada pada penutup pengukus tersebut.
7. Acuan hendaklah terlebih dahulu disapukan dengan minyak masak baru tuangkan adunan hingga penuh.
8. Kukus apam selama 20-25 minit dengan api besar.
9. Kelapa parut putih digaulkan dengan garam halus, letak daun pandan simpul dan kukus selama 5-10 minit supaya tidak basi.
10. Keluarkan apam dari acuan, taburkan dengan kelapa parut putih dan sedia untuk dihidang.
NOTA :
Satu adunan boleh dapat 22-23 biji apam.
Kredit : Empunya Resepi
SELAMAT MENCUBA 👍