Hj Amer Zurich Tskaful

Hj Amer Zurich Tskaful Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Hj Amer Zurich Tskaful, Insurance Agent, Segamat.

20/12/2022
20/12/2022

Bantuan Pusat: Kenyataan Rafizi hina rakyat Perlis

Kenyataan Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli yang mengaitkan Perlis sebagai negeri pertama memohon bantuan Kerajaan Persekutuan disifatkan sebagai penghinaan kepada rakyat negeri ini.
Menteri Besar, Mohd. Shukri Ramli berkata, tindakan itu dianggap penghinaan buat rakyat negeri ini yang memilih Perikatan Nasional (PN) dan seolah-olah menggambarkan kerajaan Perlis meminta sedekah kepada kerajaan Persekutuan.

Menurut beliau, perkara itu sepatutnya tidak dipolitikkan dan Rafizi seharusnya lebih memahami konsep federalisme dalam pentadbiran kerajaan di negara ini.

“Ini merupakan satu penghinaan buat rakyat negeri Perlis yang telah memilih PN dan saya hadir berjumpa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika itu dalam suasana mesra dan harmoni,” katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Pertama Penggal Persidangan Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis Ke-15 di sini hari ini.

Semalam Rafizi ketika membahaskan usul undi percaya terhadap Perdana Menteri mendakwa kerajaan Perlis pimpinan PN menjadi negeri pertama yang memohon bantuan daripada Kerajaan Perpaduan selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Timbalan Presiden PKR itu berkata demikian susulan daripada pertemuan Mohd. Shukri bersama Anwar pada 12 Disember lalu.

Mengulas lanjut, Mohd. Shukri berkata, pertemuan beliau bersama Anwar sebelum ini adalah atas jemputan dan bukannya daripada permohonan kerajaan negeri sendiri.

“Jadi saya amat berbesar hati atas jemputan itu dan bukannya saya mohon untuk jumpa Perdana Menteri.

“Itu sebabnya saya rasa cukup bangga dan hal ini tidak perlu dipolitikkan kerana perjumpaan Menteri Besar dan Perdana Menteri adalah perkara biasa,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd. Shukri berkata, menerusi pertemuan itu juga, kerajaan negeri memohon peruntukan pendahuluan untuk emolumen bagi tahun hadapan dan turut diluluskan oleh Perdana Menteri.
Tambah beliau, pihaknya juga meminta pertimbangan Perdana Menteri agar dapat meneruskan semula pengoperasian zon aliran bebas di Wang Kelian bagi merancakkan kembali aktiviti ekonomi di kawasan itu.

“Kita telah minta perkara ini kepada Perdana Menteri dan beliau akan meneliti terlebih dahulu mengenai pembukaan semula Wang Kelian,” katanya.- UTUSAN

20/12/2022

"Giant Killer" dan "Game Changer" di Permatang Pauh. Siapa sangka anak kepada PM10 yang dikenali dengan jolokan "Puteri Reformasi" tewas di tangan YB Ustaz Muhammad Fawwaz. Pencapaian bergaya buat sejarah politik PAS di Permatang Pauh.

Alhamdulillah

Selamat berkhidmat YB. Doa kami sentiasa mengiringi langkah perjuangan YB !

17/12/2022

KETAKUTAN PALSU YANG DICIPTA MUSUH ISLAM

Sedar atau tidak dalam banyak banyak agama hanya Islam yang menjadi sasaran untuk ditakut-takutkan sehingga wujudnya istilah Islamofobia?

Satu fenomena kebimbangan atau fobia kepada Islam. Sama ada orangnya, ajarannya atau apa sahaja yang terkait dengan Islam.

Disinonimkan dengan keganasan, perang dan ancaman kepada orang bukan Islam.

Sehingga jika ada entiti yang membawa imej perjuangan atas nama Islam dianggap kump**an yang ditakuti dan memberi ancaman.

Sedangkan, masih ada banyak lagi gerakan yang memang ternyata mempelopori keganasan.

Di Sri Lanka ada Tamil Elam, di India ada Khalistani, di Sepanyol ada Basque Seperatists dan yang terkejam kepda umat Islam di Palestin ada Zionis Israel.

Tetapi tidak p**a dikaitkan mereka dengan istilah seperti Kristianofobia atau Hindufobia atau Judaismofobi.

Ironi bukan?

Di Malaysia, PAS juga dikaitkan dengan Islamofobia oleh pihak-pihak yang gerun dengan kekuatan PAS.

PAS tidak pernah berganjak daripada prinsip dan dasar perjuangannya iaitu Islam dan keras menentang mereka yang tidak putus asa mencabar kedaulatan Islam.

PAS sentiasa mengalu-alukan sesiapa sahaja yang ikhlas membawa agenda perjuangan yang sama bukan yang bertopeng demi kuasa semata-mata.

PAS melalui gabungan Perikatan Nasional ternyata menjadi tumpuan dalam PRU-15. Dinamika politik PAS yang sentiasa menyerap suhu politik semasa tidak pernah menggelincirkan PAS daripada prinsipnya.

Semakin kuat dilambung lawan tetap kembali bertempur dalam gelora lautan yang sama dengan badai politik yang sama.

Dan PRU-15 ini PAS benar-benar membawa suatu gelombang ombak besar atau tsunami sokongan Melayu Islam di Malaysia dengan menghanyutkan segala persepsi jahat musuh yang dibina untuk menenggelamkan kemaraan PAS.

Kejayaan PAS mentadbir negeri di bawahnya bukti Islam yang dibawa PAS tidak pernah mengancam keharmonian antara masyarakat dan kemananan negara.

Tiada setitik darah pun yang tumpah, tiada satu jiwa pun yang dibunuh kerana pemerintahan Islam.

Namun PAS tetap dituduh Taliban, ekstrimis dan rasis. Semua ini dilaungkan untuk menakutkan rakyat terhadap kemaraan PAS dan Islam.

“Pandangan para orientalis dan media Barat yang paling bermusuh serta berbohong terhadap Islam yang disebarkan di negara Barat telah diimport ke Malaysia oleh DAP, sehingga dilaporkan maklumat yang salah terhadap PAS. Tindakan ini secara halus boleh mengelirukan mereka yang tidak mengkaji Islam daripada sumber asalnya..”
https://bit.ly/3uPQlks

Menurut Pelapor Khas PBB p**a, Islamofobia ialah suatu permusuhan dan ketakutan tidak berasas terhadap Islam dan akibat kebencian pada orang Islam.

Jelaslah di sini, Islamofobia dibina atas persepsi negatif atau kurang tepat kepada Islam oleh pembenci Islam.

Jangan takut dengan PAS dan marilah bersama PAS. Takutlah akan terhanyut dengan pengecut yang berselindung atas nama perpaduan namun bersekongkol demi kuasa.

15/12/2022

PAS TETAP SIBUK WALAU TIDAK JADI KERAJAAN PERSEKUTUAN

Walaupun tidak menjadi kerajaan, tugasan dakwah dan kebajikan oleh PAS tetap perlu berjalan. Ini antara kekuatan bagaimana parti kita terus relevan sehingga sekarang.

Dari dahulu PAS sinonim dengan kerja-kerja kebajikan tanpa mengira agama, bangsa mahupun latar belakang politik. Petugas PAS sentiasa ada bersama masyarakat ketika susah dan senang.

Ramai kenal Jabatan Amal, namun sebenarnya NGO-NGO kebajikan yang diuruskan oleh aktivis PAS seluruh negara ada sehingga mencecah 240 buah. Bahkan mungkin lebih lagi. Beroperasi 24 jam sehari, 7 hari seminggu.

Pusat Khidmat DUN dan Parlimen juga digerakkan sentiasa. Kita usaha bantu semua.

Alhamdulillah, kekuatan akar umbi memudahkan kita menyantuni setiap lapisan masyarakat. Pilih sahaja platform mana kalian mahu menyumbang, PAS sudah menyediakan ruang. Antaranya,

1) Jabatan Amal Malaysia
2) Khidmat Malaysia
3) PAS Relief
4) Briged Muslimat
5) Skuad Prihatin
6) Sekretariat prihatin OKU
7) Unit murabbitun
8) Skuad Upaya

Ini adalah usaha kita untuk membantu masyarakat. Bukan itu sahaja, kebajikan ahli PAS juga dijaga. Dalam PAS, kita ada Skim Kifalah Ahli PAS (SkimPAS). Inisiatif ini tidak ada dalam parti-parti lain.

Dengan hanya mencarum sebanyak RM55 setahun, pelbagai manfaat akan diperoleh untuk menjaga kebajikan ahli sekali gus dapat meringankan beban waris.

Beruntung ahli-ahli PAS. Disusun jemaah ini sebaik mungkin dengan kekuatan yang ada untuk memenuhi segala tuntutan sebagai seorang muslim yang baik.

Hubungilah Pejabat Wakil Rakyat PAS di kawasan anda atau mana-mana pemimpin PAS setempat, insyaAllah kami sedia membantu dan berkhidmat.



15/12/2022

Ini kot maksudnya turun padang.. Harap-harap selesai masalah padang bola lepas ni.. Macam Mat Sabu buat, ayam terus bertelor banyak sejak lawatan ke kilang tempoh hari.. 🤭

15/12/2022

Address

Segamat
85000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hj Amer Zurich Tskaful posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share