Takaful & Insurans Taha Ali

Takaful & Insurans Taha Ali Wakil Bertauliah Takaful & Insurans untuk Hayat dan General. Berpengalaman dalam industri ini melebihi 20 tahun.

السلام عليكم ورحمة الله وبركاتهسوده لام تيدق برسيارنراس ريندو تياد فڠهوجوڠڽچهاي ترڠ تروس برسينارنشوکر الحمدلله أتس نعمتڽ
12/02/2026

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

سوده لام تيدق برسيارن
راس ريندو تياد فڠهوجوڠڽ
چهاي ترڠ تروس برسينارن
شوکر الحمدلله أتس نعمتڽ

06/12/2025
السلام عليكم ورحمة الله وبركاتهJam tangan warisan milik ibuku     Jenama Election tahun 1914Tempat mu di syurga itu doak...
23/08/2024

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Jam tangan warisan milik ibuku
Jenama Election tahun 1914
Tempat mu di syurga itu doaku
Segala kebaikanmu semoga terbalas

الفاتحة (دباچ) بوات ايبوكو.....

السلام عليكم ورحمة الله وبركاتهMau nanya Pak....... Insuran kenderaan sudah diperbaharui enggak?Hubungi Wakil Takaful/In...
19/08/2024

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Mau nanya Pak....... Insuran kenderaan sudah diperbaharui enggak?

Hubungi Wakil Takaful/Insuran Bertauliah TAHA BIN ALI Hp 0137273899, 01120575459 atau 0197723899

السلام عليكم ورحمة الله وبركاتهTinggi tinggi mengawan     Indahnya bila berpasanganTerjadilah persenyawaan     Fitrah it...
08/08/2024

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Tinggi tinggi mengawan
Indahnya bila berpasangan
Terjadilah persenyawaan
Fitrah itu suatu kesenangan

شکور الحمدلله

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته....Apa gerangan buahnya ini?    Nak kata jambu, mungkin jugaBenihnya dibeli dipasar tani...
07/08/2024

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته....

Apa gerangan buahnya ini?
Nak kata jambu, mungkin juga
Benihnya dibeli dipasar tani
Betuk buahnya tidak terduga

الحمدلله.......

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته...Pagi2 lagi seorang guru telepon nak buat insuran perjalanan berkumpulan(Group PA) untu...
05/08/2024

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته...

Pagi2 lagi seorang guru telepon nak buat insuran perjalanan berkumpulan(Group PA) untuk murid2 Sekolah Rendah.... Katanya 4 bas penuh.

Pihak kementerian Pelajaran mewajibkan setiap perjalanan memerlukan insuran perjalanan sebelum di luluskan perjalanan tersebut bagi melindungi setiap perserta disepanjang perjalanan terhadap sebarang kejadian dan risiko musibah yang boleh berlaku secara tetiba. Perlindungan diberikan semasa berada dalam kenderaan dan juga semasa berada diluar kenderaan terhadap sebarang aktiviti kemalangan.

Kenderaan boleh merupakan pengangkutan awam atau pun kenderaan peribadi.

Munafaat yang dilindungi adalah terhadap berlakunya peristiwa kemalangan menyebabkan kematian, hilang upaya kekal penuh, kecederaan anggota tubuh badan, dan permasalahan dan kesusahan yang dihadapi ketika perjalanan pergi dan balik mengikut jadual munafaat yang dilindungi.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi Taha bin Ali hp 0137273899, 0197723899 atau 01120575459,

السلام عليكم ورحمة الله وبركاتهPERKONGSIAN... Siang tadi adalah sahabat bertanyakan berkenaan "medical card" yg ditawark...
25/07/2024

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

PERKONGSIAN...

Siang tadi adalah sahabat bertanyakan berkenaan "medical card" yg ditawarkan oleh Penanggung Insuran dan Takaful....

Secara dasarnya ada 2 jenis "medical card" iaitu:
1. "Stand alone" medical card - jenis ini menawarkan perlindungan selama 1 tahun dan boleh diperbaharui *selagi* mana Penanggung insuran/takaful masih menawarkan sekim tbt dan ianya tertakluk kpd harga semasa diperbaharui.

2. Medical card sebagai "rider" atau "supplementary" kepada perlindungan asas (basic insurance/takaful) - jenis ini kebiasaannya diperbaharui secara terus menerus selagi mana polisi asal dikekalkan dan kebiasaannya sehingga tempuh mencapai umur 70, 80, 88 atau sehingga 100 tahun.

APAKAH MUNAFAAT MEDICAL CARD?
Bila berlakunya risiko penyakit dan juga kemalangan, peserta boleh menggunakan medical card dimana2 panel hospital pakar yg dilantik.... lazimnya hanya 3 perkara utama munafaatnya iaitu:
1. Kos rawatan(treatment)
2. Kos ubat-ubatan
3. Kos bedah

Selain dari 3 perkara diatas adalah tidak dilindungi. Sebagai contoh food supplement spt vitamin(takrifnya bukan ubat), alat sokongan atau bantuan spt kerusi roda, tongkat atau peralatan sementara, fee pendaftaran, deposit dan sebagainya...

Bayaran kepada Panel Hospital Pakar kebiasaannya boleh terus caj menggunakan medical card atau menerusi kaedah "pay and claim" atau "reimbursement'.

SYARAT MENGGUNAKAN MEDICAL CARD BAGI KES PENYAKIT

1. Mesti warded
2. Mendapatkan rawatan
3. Guarantee Letter(GL) diluluskan

Nota; sekiranya peserta ditahan diwad tetapi hanya diberikan katil untuk rehat sahaja tanpa ada rawatan dibuat maka tuntutan akan ditolak oleh Penanggung Takaful/Insuran kerana prasyarat tidak cukup.

Ada sebahagian Penanggung insuran/takaful mengenakan "co-insurance" atau "deductible" kpd pemilik polisi/sijil yg membawa erti kos pertama yg terpaksa ditanggung oleh peserta terhadap sesuatu tuntutan. Setakat ini ada yg mengenakan pada kadar 10% bermula dengan kadar minima RM300 (ada had maksima dan ada yg tiada sekatan) mengikut mana kadar tertinggi iaitu jumlah pertama inilah yg terpaksa ditanggung oleh peserta manakala bakinya akan dibiayai oleh penanggung insuran/takaful tertakluk pada had tahunan yg dibenarkan....

ADAKAH HARGA MEDICAL CARD KEKAL DAN TIDAK BERUBAH? 🤔 🤔 🤔

Harga medical card boleh berlaku kenaikan dalam 2 keadaan iaitu:
1. Harga naik ikut kumpulan umur dan sudah tentu kumpulan umur yg tinggi akan lebih "mahal"...
2. Penanggung insuran akan mewartakan secara bertulis kenaikan pada bila2 masa berdasarkan pengalaman tuntutan yg begitu tinggi oleh pesertanya bermakna kenaikan bagi memastikan kelangsungan medical card tbt boleh diteruskan lagi atau menarik semula dari pasaran atas sebab tidak berupaya menanggung kerugian atas kos yg meningkat dgn begitu tinggi.

TEMPUH MENUNGGU MENGGUNAKAN MEDICAL CARD🤔🤔

Biasanya bagi kes kemalangan tiada tempuh menunggu dan layak tuntutan sebaik sahaja polisi di luluskan tetapi bagi masalah berpunca dari penyakit maka ada tempuh menunggu 30 hari, 120 hari dan 2 tahun. Syarat ini ada tercatat dibawah Terma dan Syarat didalam polisi/sijil Takaful/Insuran bagi mengawal dan memastikan tuntutan tersebut tiada unsur2 sembunyi maklumat dibawah Prinsip "Utmost Good Faith".

Cukuplah setakat ini dulu info yg tidak begitu rengkas..... Harap berguna pada pembaca...

MEMBACA ITU AMALAN MULIA....

Wakil Bertauliah Insuran/Takaful Taha bin Ali
Hp 0137273899

السلام عليكم ورحمة الله وبركاتهAda seorang bukan pelanggan telepon saya bertanya, sunroof kenderaannya retak terkena bat...
20/07/2024

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Ada seorang bukan pelanggan telepon saya bertanya, sunroof kenderaannya retak terkena batu ketika sedang memandu, beliau ada beli perlindungan cermin(windscreen) sebanyak RM3 ribu sedangkan kos penggantian sunroof kenderannya adalah sebanyak RM25 ribu. Bengkel meminta top up sebanyak 25k - 3k = RM22k untuk penggantian sunroof tersebut. Beliau bertanya saya ada tidak cara lain mengurangkan kos kerugian tersebut.....

Sebenarnya ada 2 cara tuntutan yang boleh dibuat ;

1. Sekiranya tahu dari kenderaan mana percikan batu itu terjadi sehingga menyebabkan sunroof kita rosak maka bolehlah buat tuntutan dari insuran kenderaan tersebut. Tuntutan kerugian dari 3rd party.

2. Abaikan perlindungan windscreen RM3k itu tetapi buatlah tuntutan dari insuran komprehensif kenderaan sendiri dibawah perlindungan kemalangan dengan melapurkan kejadian kepihak Polis dan hantarkan ke Bengkel Panel Sykt insuran. Maka tuntutan penuh boleh dibuat.

Pastikan anda membeli insuran/takaful dari Wakil Bertauliah yang boleh memberikan khidmat nasihat yg betul. Dapatkan perlindungan insuran/takaful dari kami, Taha Ali di hp 0137273899 atau 0197723899. Kami hargai anda semua...

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته...Baru2 ini seseorang bertanya saya, berkenaan cermin hadapan keretanya retak terkena pe...
19/07/2024

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته...

Baru2 ini seseorang bertanya saya, berkenaan cermin hadapan keretanya retak terkena percikan batu.... sedangkan dia tidak beli perlindungan cermin(windscreen) . Adakah masih layak buat tuntutan?

Saya katakan, boleh buat tuntutan cemin walaupun tidak beli perlindungan cermin kereta. Bagi pelanggan saya terutamanya, tidak ramai yg beli perlindungan cermin tetapi kesemuanya layak buat tuntutan dibawah perlindungan kereta komprehensif dan tuntutan dibuat dibawah tajuk kemalangan. Selain itu, layak mendapat elaun tambahan sekitar RM500 sehingga RM700 dibayar menerusi akaun bank pelanggan.

Dapatkan perlindungan insuran/takaful kenderaan anda dari Wakil Bertauliah Taha bin Ali hp 0137273899 atau 0197723899. Anda kami utamakan....

Address

Smartfix Centre Segamat, No 70 Jalan Putra 1/44, Bandar Putra
Segamat
85000

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:30
Tuesday 09:00 - 17:30
Wednesday 09:00 - 17:30
Thursday 09:00 - 17:30
Friday 09:00 - 17:30
Sunday 09:00 - 17:30

Telephone

+60137273899

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Takaful & Insurans Taha Ali posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Takaful & Insurans Taha Ali:

Shortcuts

Share