12/07/2021
KENAPA DAH ADA INSURANS TAPI STILL KENA BAYAR BILA NAK CLAIMS ???
Untuk semua yang memiliki kenderaan di Malaysia ini. Dan untuk semua ejen-ejen insurans. Hari ni mari kita belajar mengenai apa itu 'EXCESS ALL CLAIMS'.
Excess all claim ni ialah bayaran excess yang akan dikenakan kepada pemilik kenderaan jika berlaku sebarang claim akibat kemalangan, kehilangan atau kecurian.
Jika Excess yang dinyatakan di dalam polisi ialah sebanyak RM400, bermakna jika hendak claim , katakanlah total kos repair ialah RM1000, insurans akan tanggung sebanyak RM600 sahaja manakala pemilik menanggung RM400.
Excess ini akan dikenakan jika berlaku claim ODKFK claim atau OD claim. Jika ODKFK claim dan keputusan kes dari pihak polis mengatakan anda tidak bersalah, maka excess all claim yang dibayar BOLEH DITUNTUT SEMULA KEPADA PIHAK INSURANS KENDERAAN YANG BERSALAH.
Persoalan nya, adakah semua kenderaan yang diinsuranskan akan dikenakan excess all claim ini?
Jawapan nya TIDAK !
Setiap insurans ada kriteria dan syarat-syarat masing-masing untuk kenakan excess all claim ini kepada setiap kenderaan yang di insuranskan di bawah mereka.
Contohnya untuk Syarikat Insurans A, excess all claim dikenakan kepada kenderaan berat kapasiti melebihi 3000cc. Manakala untuk syarikat Insurans B, excess all claim dikenakan untuk kenderaan berat kapasiti melebih 3500cc.
Ada juga contohnya syarikat insurans A tidak mengenakan sebarang excess untuk semua jenis kenderaan persendirian mereka.
Oleh yang demikian, saya s**a untuk sarankan kepada pelanggan, agar memilih menjadi pelanggan yang celik.
Selain dari tengok harga insurans yang perlu di bayar ya sudah tentu ramai akan pilih insurans yang murah, tengok juga berapa excess yang dikenakan jika berlaku claims?
Senang cerita pilih yang EXCESS RM0. Maksudnya tidak perlu bayar untuk Excess.
Bertanya dahulu kepada ejen-ejen yang anda berurusan adakah kenderaan anda ini akan dikenakan excess all claim. Kalau ada, minta tukar kepada syarikat insurans yang tidak kenakan excess untuk kenderaan anda.
Buat pilihan yang betul kerana setiap ejen insurans, kami mempunya lebih dari 4 pilihan syarikat insurans sekurang2nya.
Bertanya, bertanya & bertanya. Malu bertanya sesat jalan kan.
Akan tetapi, ada dua perkara yang semua orang kena tahu. Excess all claims ini WAJIB ke atas setiap kenderaan motosikal & kenderaan commercial (inspection puspakom setiap 6 bulan) di Malaysia ni. Dua jenis kenderaan ini tidak akan dapat lari dari excess all claims. Cuma bezanya, berapa % excess yang dikenakan. Itu WAJIB AMBIL TAHU.
Untuk ejen-ejen insurans p**a, jangan sembunyikan apa-apa maklumat kepada pelanggan semata-mata anda ingin 'CLOSED CASE'. Kesian kepada para pelanggan. Jangan biarkan pelanggan kita ibarat 'sudah jatuh ditimpa tangga'.
Semoga membantu.
Laiyyinah Muthalib
Founder Roadtax Kami
Pakar Insurans Kenderaan Anda