26/10/2022
PERLINDUNGAN CERMIN KENDERAAN : BERAPA PERLU BAYAR?
Perlindungan cermin (windscreen) kereta adalah perlindungan tambahan (add-on) yang boleh dibeli secara tambahan ke atas Takaful/Insurans tahunan kenderaan anda. Perlindungan cermin ini merangkumi cermin depan, belakang, cermin pintu sisi serta cermin sunroof (yang original). Sekiranya sunroof anda adalah modifikasi tambahan, ia tidak dilindungi.
Kebiasaannya, cermin yang selalu mengalami kerosakan adalah cermin hadapan kenderaan. Apabila ia dipandu laju di atas lebuhraya, serpihan batu kecil dah cukup untuk menyebabkan retakan serius pada cermin.
Dengan perlindungan insurans cermin kenderaan, anda tidak perlu risau akan masalah sebegini. Tuntutan insurans ke atas cermin kenderaan tidak akan menyebabkan NCD tahunan anda dikurangkan.
Jadi sekiranya anda dapatkan perlindungan cermin kereta, tidak perlu lah anda sakit kepala apabila cermin anda mengalami kerosakan. Namun, adalah penting untuk anda pastikan jumlah perlindungan anda mencukupi! Takut dah bayar insurans cermin, rupanya jumlah caruman tak cukup.
Tak pasal-pasal kena tambah duit p**a untuk cukupkan. Dalam masa yang sama, tak perlu lah terlebih bayar p**a. Bayar pada kadar yang cukup cukup sahaja.
Secara amnya, kos yang anda bayar adalah 15% daripada jumlah perlindungan caruman insurans cermin anda.
Sebagai contoh, sekiranya anda mendapatkan perlindungan insurans cermin sehingga RM1,000, harga insurans yang anda perlu bayar adalah RM150 sahaja.
Boleh terus WhatssApp kami untuk sebarang pertanyaan berkaitan NCD kenderaan anda. 👇🏻👇🏻👇🏻
http://www.wasap.my/60183.../NakRenewTakafulRoadtaxKenderaan
http://www.wasap.my/60183.../NakRenewTakafulRoadtaxKenderaan
http://www.wasap.my/60183.../NakRenewTakafulRoadtaxKenderaan