ATA Agro Farm

ATA Agro Farm Pembekal cili padi bara (fertigasi). Area Sandakan Sabah

Khasnya buat anak muda/belia Sabah
15/02/2023

Khasnya buat anak muda/belia Sabah

TAWARAN MENJADI PENYEDIA LATIHAN/ KURSUS KEMAHIRAN JANGKA PENDEK TAJAAN KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN SABAH TAHUN 2023.

Syarat-syarat Menjadi Penyedia Latihan Kursus Kemahiran Jangka Pendek Tajaan Kementerian Belia Dan Sukan Sabah
1. Mempunyai lesen perniagaan.
2. Tenaga pengajar mempunyai pengalaman tidak kurang 2 tahun (maklumat berkenaan kelayakan tenaga pengajar WAJIB disertakan).
3. Mempunyai modul latihan kursus yang lengkap mengikut kemahiran berkaitan.
4. Alat bantuan latihan yang mencukupi.
5. Jadual mengajar harian yang lengkap.
6. Sumber kewangan yang mencukupi (penyata akaun bank perlu disertakan) ; dan
7. Menyenaraikan pengalaman menjalankan kursus-kursus yang pernah dikendalikan. Sekiranya anda berminat, Sila hantar permohonan anda kepada alamat berikut:

Setiausaha Tetap Kementerian Belia dan Sukan Sabah
Tingkat 10, Blok B, Wisma MUIS
88999 KOTA KINABALU (U.p Puan Pamela Joan George)

TARIKH TUTUP PERMOHONAN 14 Mac 2023 (Selasa)
Sebarang keputusan daripada pihak Kementerian berkenaan pelaksanaan kursus adalah MUKTAMAD.
Pertanyaan lanjut
088- 287 555/ 556
[email protected]

[CHILLIES REPLANTING PHASE 2]Tanaman semula fasa 2 sedang berlangsung sekarang. Kali ini ATA Agro Farm membuat sedikit k...
11/02/2023

[CHILLIES REPLANTING PHASE 2]

Tanaman semula fasa 2 sedang berlangsung sekarang. Kali ini ATA Agro Farm membuat sedikit kelainan dalam ladang cili. Tanaman atas rak. Hal ini adalah bagi memudahkan kerja-kerja penyelenggaraan pokok cili seperti semburan racun, kawalan rumpai dan kerja kutipan hasil cili.
Akan datang hasil cili bagi fasa kedua ini dalam bulan Mac atau April. In sha ALLAH. Penambahbaikan dari masa ke masa juga sedang dalam proses pembelajaran. Hehe. Maaf admin pun masih beginner dalam pertanian. Kalau salah mohon tunjuk ajar jangan kecam 😉.

“Your food is our mission”
“Spread the love”

[ANTRAKNOS PEMBUNUH SENYAP CILI]Penyakit Antraknos cili atau Penyakit Bintik Berpusar sering menyerang tanaman ketika mu...
06/02/2023

[ANTRAKNOS PEMBUNUH SENYAP CILI]

Penyakit Antraknos cili atau Penyakit Bintik Berpusar sering menyerang tanaman ketika musim hujan atau cuaca selalu lembab (Sila rujuk gambar dibawah).
Agen yang menyebabkan antraknos dikenali sebagai Colletotrichum spp. yang mana patogen ini sebenarnya adalah merupakan sejenis kulat (fungi) khususnya, kulat membiak melalui spora. Agen seperti ini sangat cepat merebak melalui air, angin/udara, sentuhan dan agen bawaan serangga perosak.
Contoh spesies Colletotrichum yang sering menyerang cili ialah C. capsici dan C. gloeosporioides.
Antara simptom antraknos:

1. Bintik berpusar berwarna hitam pada buah cili

2. bintik-bintik nekrotik pada daun.

3. Buah lembik dan berubah warna

Kaedah kawalan (pengurusan P&D):

Pengurusan perosak dan penyakit adalah kawalan bersepadu iaitu secara manual, amalan kultur, mekanikal, kawalan kimia dan biologi.

Langkah kawalan:

1. Buang buah/daun yg diserang kulat secara berterusan

2. Kenalpasti jumlah pokok yang diserang antraknos (buat marking/tagging)

3. Buang buang yang dijangkiti jauh dari kawasan ladang dan terus bakar

4. Pastikan kesemua peralatan ladang yang digunakan dibersihkan dengan air dan sabun (klu ada clorox sembur atau rendam saja)

5. Lakukan semburan racun kulat dalam jangka masa 24 jam selepas hujan (semburan secara berturut-turut selama 1 minggu)

6. Pastikan kawasan ladang bersih dan tiada sebarang sisa buah yang dijangkiti tertinggal.

Antara racun yang disyorkan:

1. Propineb (ANTRACOL 70WP, MOMENTO 70WP, BM ANTRA)

2. Mancozeb (DITHANE GR, BM MANCOZEB, D-TANE 80WP)

3. Chlorothalonil (DACONIL S, ODYSSEY 500, ANCONIL 500)

4. Trifloxystrobin (NATIVO)

5. Tebuconazole (FOLICUR , TEBCO, KENCUR)

6. Azoxystrobin

“Your food our mission”

ATA Agro Farm
(Cikgu Tani anda)
Your agriculture advisor

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera seluruh warganet 😉Hai 😉‼️ Kami mencari pembeli yang berminat dan kepada sesiapa yang...
09/01/2023

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera seluruh warganet 😉

Hai 😉‼️ Kami mencari pembeli yang berminat dan kepada sesiapa yang mencari cili padi bara yang akan datang pada tahun ini. Untuk ketahui lebih lanjut boleh hubungi nombor yang tertera. Khususnya untuk area Sabah.

“Your food our mission”

|PENCAPAIAN TAHUN 2022|Alhamdulillah, syukur pada ALLAH, pada hari ini kita semua telah sampai hingga ke penghujung tahu...
31/12/2022

|PENCAPAIAN TAHUN 2022|

Alhamdulillah, syukur pada ALLAH, pada hari ini kita semua telah sampai hingga ke penghujung tahun 2022. Semoga kita semua masih berkesempatan untuk bertemu pada tahun depan tahun 2023.
Hanya tinggal beberapa jam saja lagi, tahun 2022 akan menutup tirai dan meninggalkan kita. Mari kita muhasabah diri masing-masing, apa matlamat dan pencapaian kita pada tahun 2022 ini. Andai kesemuanya berjaya, maka teruslah berazam untuk sentiasa konsisten dalam setiap perkara.
Sekiranya sebaliknya, masih ada objektif dan matlamat yang masih kita belum capai, maka jangan la sesekali untuk berputus asa. Ayuh kita sambung lagi matlamat ke tahun hadapan.
Kami dari team ATA AGRO FARM, ingin mengucapkan Selamat Tahun Baharu 2023, moga kita semua sentiasa dalam lindungan dan rahmat ALLAH SWT. Kepada follower dan pelanggan kami, kami ingin memohon maaf andai perkhidmatan kami sepanjang tahun 2022 ini kurang memuaskan. In sha ALLAH akan diperbaiki pada masa akan datang. Jangan lupa untuk terus mengikuti page kami 😉. Like, follow and share🫡. Terima kasih😉

“To be a farmer is to be a student forever, for each day brings something new” -John Connell-

Ikhlas,
Pengurus ATA AGRO FARM
31 Disember 2022

“Your food our mission”

Dunia pertanian tanpa batas🍃Semua org boleh buat pertanian,Semua golongan boleh buat pertanian,Dari golongan anak muda h...
28/12/2022

Dunia pertanian tanpa batas🍃
Semua org boleh buat pertanian,
Semua golongan boleh buat pertanian,
Dari golongan anak muda hingga la umur kita meningkat dewasa.
Dunia pertanian ibarat gula dan kopi. Tanpa gula pahit la kopi. Terlebih gula maka manis la kopi.
Maka dengan ini, dunia pertanian perlukan sokongan dan kestabilan untuk merancang dari semua golongan, bukan saja dari golongan petani dan pekebun kecil, malah seluruh umat di negara ini. Perkara ini sekaligus memberi impak yang besar terhadap pertumbuhan ekonomi negara.

“Tanpa petani, makanan anda diatas meja tidak dapat dihidangkan”

“Terima kasih usahawan muda”

-ATA Agrofarm-

Bekas cef gembira jadi usahawan bunga kantan
Demi menjaga ibu yang menghidap kanser payudara tahap tiga selain isteri sarat hamil anak pertama, Saqdam Zaim Arffain memutuskan untuk bertukar kerjaya, melakukan sesuatu yang bukan sahaja di luar kepakaran tetapi juga belum tentu akan hasilnya daripada seorang tukang masak kepada usahawan tani.
Enam tahun berlalu, bergelumang tanah dan keringat, ternyata lelaki berusia 31 tahun itu membuat keputusan yang tepat kerana hasil yang diraihnya selaku usahawan bunga kantan sekarang jauh lebih lumayan berbanding upah yang diterima sebagai cef di sebuah kilang semikonduktor.
Namun, paling penting katanya, beliau mempunyai masa untuk bersama keluarga dan menjaga ibu yang masih menjalani rawatan.
“Memang seronok sebenarnya bekerja sebagai seorang cef, namun waktu kerjanya cukup panjang dan sangat melelahkan.
“Apabila ibu jatuh sakit dan isteri p**a sedang sarat mengandung, saya putuskan untuk melakukan pekerjaan yang tidak mengikat masa saya,” kongsinya ketika ditemui di ladang bunga kantannya di sini baru-baru ini.
Bagaimanapun menurut lelaki itu, kejayaan yang dikecapi hari ini tidak datang sekelip mata, kerana beliau menghabiskan masa kira-kira setahun melakukan kerja lain sebelum mengusahakan tanaman bunga kantan.
“Saya berhenti kerja pada 2015. Pada mulanya saya berniaga kecil-kecilan di tepi jalan, namun selepas seketika saya berasakan ia tidak serasi dengan saya.
“Kemudian tergerak di hati saya untuk menceburi bidang pertanian, bertanam sayur. Tidak jauh dari rumah saya ada satu kawasan lapang iaitu tanah rizab KTMB (Keretapi Tanah Melayu Berhad), dan selepas diselidik saya dapati tanah itu boleh disewa untuk dijadikan kawasan pertanian.
“Saya berjaya menyewa tanah seluas tiga ekar atau 1.2 hektar itu yang kemudian saya tanam dengan serai paha ayam. Hasilnya saya jual kepada peraih dan peniaga kecil di sekitar Bangi, namun selepas mengambil kira kos dan tenaga yang dikerah, keuntungannya tidak seberapa.
“Bayangkan, sebatang serai cuma boleh dijual sekitar lima sen, dan bagi saya ia tidak berbaloi kerana ini adalah punca pendapatan utama bagi menanggung keluarga,” ujarnya yang turut menanam pokok buah-buahan.
Beliau kemudian menjalankan kajian sendiri bagi mengenal pasti sayur-sayuran yang mudah ditanam dan memberi laba memuaskan.
“Dari situlah saya tahu kantan berpotensi besar untuk diusahakan. Bermula dengan hanya lapan rumpun pokok kantan pada 2016, kini saya mempunyai lebih kurang 800 rumpun yang menghasilkan jualan bunga kantan dan benih bernilai kira-kira RM5,000 hingga RM10,000 sebulan.
“Saya jual secara terus kepada pembeli, kedai dan juga pasar raya di sekitar Lembah Klang,” ujarnya, menambah ladang beliau mengeluarkan kira-kira 400 hingga 700 batang bunga kantan seminggu.
Menurutnya, sebatang bunga kantan dijual pada harga RM1.50 dan RM2, namun boleh mencecah hingga RM5 sebatang pada musim perayaan.
Menurut Saqdam Zaim, pokok kantan merupakan tumbuhan malar, iaitu hanya ditanam sekali dan boleh bertahan hidup dalam apa juga keadaan, mudah dijaga serta mempunyai daya tahan yang tinggi terhadap serangan penyakit dan makhluk perosak.
“Cara penanamannya cukup mudah iaitu melalui benih rizom yang diambil daripada pokok kantan yang sudah matang dan telah menghasilkan bunga. Benih ini boleh ditanam di tanah gambut yang lembap dan dekat dengan mata air.
“Pokok ini juga tidak perlukan penjagaan rapi selain tidak perlu dibaja dengan kerap. Memadai gunakan teknik mulching untuk menjaga kelembapan tanah dan membantu tumbesaran.
“Teknik mulching ini cukup mudah, cuma taburkan daun-daun kering di atas tanah dan ia akan menghalang lalang atau rumput daripada tumbuh. Ia juga akan menggalakkan pertumbuhan mycorrhizae (kulat baik) dalam tanah yang membantu dalam proses simbiosis nutrisi antara pokok dan kulat,” jelasnya yang hanya beroleh pengetahuan melalui pembelajaran sendiri.
Menurutnya lagi, pokok kantan yang ditanam daripada rizom lebih cepat berbunga berbanding pokok daripada biji benih yang boleh mengambil masa hingga dua tahun.

Sumber : Bernama

Address

Batu 10 Sungai Batang
Sandakan
90009

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:00
Tuesday 08:30 - 17:00
Wednesday 08:30 - 17:00
Friday 08:00 - 11:30
14:00 - 17:00
Saturday 08:30 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when ATA Agro Farm posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share