Ilmu Simpanan Emas Dinar & Goldbar Sabah

Ilmu Simpanan Emas Dinar & Goldbar Sabah Buy and Sale Pure Goldbar, Dinar & Jewellery Face to Face.

Jika kita membeli emas tanpa ilmu dan hanya ikut-ikut, biasanya kita akan gagal untuk konsisten di dalam menyimpan emas....
28/10/2023

Jika kita membeli emas tanpa ilmu dan hanya ikut-ikut, biasanya kita akan gagal untuk konsisten di dalam menyimpan emas. Beli sekali selepas itu senyap. Sentiasa berfikiran negatif, resah dan merasa rugi bila harga emas turun naik. Berbeza dengan individu yang bermula dengan ilmu, harga emas naik atau turun mereka sentiasa cool kerana tahu apa tindakan yang perlu dibuat.

Sebenarnya, bukan emas itu membuatkan kita kaya tapi ilmu tentang emas itu yang menjadikan kita kaya dan berjaya.

Bagaimana nak gali ilmu?

1 - Membaca Buku
Membaca buku mempunyai banyak manfaat kerana ia adalah jendela dunia. Bacalah sekurang-kurangnya sebuah buku untuk mengetahui asas pelaburan emas yang telah kita buat. Boleh juga melayari laman web dan blog-blog pelaburan emas bagi meningkatkan kefahaman anda berkaitan emas. Cuba hadirkan diri untuk menyertai seminar pelaburan emas yang diadakan oleh pakar tentang emas. Lagi banyak ilmu yang perolehi lagi banyak untung yang boleh kita buat dalam mana-mana pelaburan sekalipun.

2 – Perlu Terima Kenyataan - Harga Emas Naik Dalam Jangka Masa Panjang
Wang kertas atau wang fiat tidak dapat mengekalkan kuasa beli kerana nilainya akan jatuh saban tahun. Setiap tahun nilai matawnag akan menurun dimakan inflasi. Emas memang ada naik turun dalam jangka masa pendek tapi jangka masa panjang nilainya semakin tinggi. Penyimpan yang berilmu tidak akan melabur kesemua duitnya pada emas. Pakar kewangan, Azizi Ali menyarankan simpanan emas 10% daripada pendapatan. Ataupun membeli emas menggunakan duit simpanan jangka panjang yang tidak digunakan dalam tempoh masa 2 hingga 5 tahun.

3 - Kenaikan Harga Barang Selari Dengan Emas
Kadar inflasi di Malaysia naik 4.4% pada Mei 2021. Jika kita ada simpanan sebanyak RM100,000 kuasa beli duit hanya tinggal RM95,600 sahaja. Kita kehilangan RM4,400 kuasa beli akibat inflasi. Harga barang naik, kuasa beli duit menurun. Kita perlu bayar duit yang lebih untuk dapat barang yang sama. Beza simpan emas kenaikannya selari dengan kenaikan harga barang namun nilai kekayaannya selamat dari dimakan inflasi.

4 - Emas Adalah Duit
Jika perlukan duit tunai segera, emas yang kita miliki boleh dipajak atau digadai di Ar-Rahnu dan institusi kewangan yang lain. Stigma mengatakan orang pajak emas seolah-olah terdesak nak pakai duit, kini sudah tidak relevan lagi kerana hanya orang berduit sahaja boleh pajak emas. Kecairan nak jual emas hanya ambil masa 3 hingga 5 hari sahaja.

5 - Emas Pelaburan Yang Tiada Risiko
Emas adalah satu-satunya aset yang nilainya tak akan jatuh kosong seperti pelaburan saham, unit amanah dan sebagainya. Emas adalah aset yang tiada dalam sistem kewangan. Tiada siapa tahu berapa banyak simpanan emas kita. Beza dengan pelaburan lain, jika kita diisytiharkan bankrap semua aset akan dibekukan. Belum pernah orang bankrap sebab simpan emas tapi terlalu banyak orang bankrap sebab simpan duit kertas.

Semoga bermanfaat

Jom! Sertai keluarga besar G100 Network!



Tahukah anda? Secara amnya, simpan emas tak ada dividen. Ini fakta ye… Keuntungan penyimpan emas adalah apabila harga em...
27/10/2023

Tahukah anda? Secara amnya, simpan emas tak ada dividen. Ini fakta ye… Keuntungan penyimpan emas adalah apabila harga emas meningkat dalam jangka masa Panjang, sifatnya yang kalis inflasi dan keunikannya yang menjadikan penyimpan semakin berdisiplin dalam tabungan.

Jika berjumpa dengan sesiapa yang menjanjikan bulan bintang bahawa emas menjadikan kita mendapat p**angan mingguan, bulanan atau tahunan, sila lari jauh-jauh. Awas! Mereka itu mungkin scammer emas yang sedang menghidu kekayaan anda.

Matematik emas mudah sahaja. Simpan emas, dapat emas. Walaupun simpan emas takde dividen, tetapi nilai emas sentiasa naik di dalam jangka masa panjang. Bila kita tengok sejarah harga emas pada tahun-tahun sebelum ini, harga emas sentiasa berubah atau volatile dalam jangka masa pendek, tapi dalam jangka masa panjang, harganya memang terbukti akan naik! Confirm!

Cuma ya la… Kita tak mampu nak menabung emas banyak-banyak sekaligus kan? Maka… Kita boleh menabung sikit-sikit sehingga banyak di akaun emas GAP.

Jika anda berminat untuk mendapat bimbingan percuma dan menjadi penyimpan emas yang berilmu sila hubungi saya http://www.wasap.my/60109690396

Jom! Sertai keluarga besar G100 Network!



“Apa nak risau? Aku dah ada pencen kerajaan” Ini biasa dengar kan?Memang tak dapat dinafikan, penjawat awam memiliki kel...
27/10/2023

“Apa nak risau? Aku dah ada pencen kerajaan” Ini biasa dengar kan?
Memang tak dapat dinafikan, penjawat awam memiliki kelebihan berbanding pekerja swasta kerana mempunyai skim pencen ketika usia persaraan. Akan tetapi yakinkah kita dasar kerajaan tak akan berubah? Yakinkah kita ekonomi negara akan sentiasa stabil?

Tahukah anda? Negara Greece telah mengalami kemerosotan ekonomi sehingga memaksa kerajaan mereka melaksanakan dasar penjimatan negara yang menyebabkan:
• Peningkatan nilai hartanah dan kadar cukai yang tinggi
• Pengeluaran wang dari bank dikawal ketat
• Penetapan had pengeluaran duit sebulan bagi pekerja awam
• Pemotongan elaun dan pemansuhan bonus bagi pekerja awam

Jatuhnya ekonomi negara Greece adalah kerana sistem pentadbiran yang tidak efisien, salah urus tadbir negara dan tipu angka ekonomi di dalam laporan kewangan.

Selain itu, isu yang lebih menyedihkan bila nilai matawang Greece jatuh. Golongan pesara di Greece terpaksa kembali bekerja kerana kerajaan Greece telah menghadkan pengeluaran wang persaraan mereka setiap bulan.

Disinilah pentingnya kita mempelbagaikan simpanan kita dan tidak hanya bergantung pada wang fiat semata – mata. Wang fiat hakikatnya tidak bernilai. Nilainya ditentukan oleh jaminan kerajaan dan kuasa ekonomi ketika itu.

Emas p**a nilainya berdiri dengan sendiri. Tidak kira ekonomi dan negara mana kita berada, emas akan kekal relevan dan bernilai. Sekirany kita secara berdikit mengeluarkan kekayaan di dalam bentuk simpanan emas, keadaan mungkin akan menjadi berbeza bukan?

Semoga bermanfaat ☺️

Jom! Sertai keluarga besar G100 Network!



Sama tapi tak serupa, terma antara pelabur dan penyimpan sering kali mengelirukan pelanggan emas. Ramai yang tidak dapat...
27/10/2023

Sama tapi tak serupa, terma antara pelabur dan penyimpan sering kali mengelirukan pelanggan emas. Ramai yang tidak dapat membezakan antara posisi pelabur dan penyimpan emas.

Penyimpan bermaksud, anda telah menukarkan duit menjadi emas. Menyimpan emas fokus pada penambahan gram emas dalam simpanan sedikit demi sedikit secara konsisten tanpa terlalu fokus pada naik turun harga emas bagi mencapai matlamat.

Contohnya, simpanan emas 1 gram 1 bulan untuk 1 keluarga. Selepas setahun ada sudah ada 12 gram. Penyimpan emas yang bermatlamat mempunyai target dan durasi masa untuk menyimpan emas dalam tempoh yang panjang biasanya 3 tahun ke atas.

Terdapat juga penyimpan yang aktif membeli emas tapi tidak aktif menjual. Mereka adalah penyimpan emas tegar. Tujuan penyimpanan adalah untuk memperbanyakan gram emas. Kebanyakan mereka tidak mempunyai modal yang besar.

Manakala pelabur emas perlu membeli emas dalam gram yang besar untuk memaksimumkan keuntungan dengan kenaikan harga emas.

Mereka miliki emas dengan bajet yang besar iaitu 100 gram sehingga 1 kilogram.

Pelabur perlu fokus pada naik turun harga untuk memastikan bila masa terbaik untuk membeli dan menjual emas. Memiliki emas tidak dalam tempoh masa yang terlalu lama dan sesuai untuk mereka yang mahir dalam pelaburan .

Strategi pelabur emas berbeza dengan penyimpan emas. Pelabur emas konsisten membeli dan membuat tambah pelaburan bila harga turun. Aktiviti jual beli emas begitu aktif dan mereka juga ada ilmu tentang analisa teknikal tentang emas.

Semoga bermanfaat ☺️

Jom! Sertai keluarga besar G100 Network!



Ramai di kalangan kita apabila membuat pelaburan akan menyerah dan mempercayai sepenuhnya kepada pihak agen mengendalika...
26/10/2023

Ramai di kalangan kita apabila membuat pelaburan akan menyerah dan mempercayai sepenuhnya kepada pihak agen mengendalikan pengurusan kewangan tersebut.

Sering berlaku kebocoran duit kerana kebergantungan sepenuhnya kepada pihak agen untuk mengawal dan memastikan keuntungan bagi pelaburan itu, tanpa ada usaha daripada diri kita untuk belajar menguruskan pelaburan tersebut.

Robert Kiyosaki menyatakan agen produk kewangan sebagai broker. Menyerahkan duit bulat-bulat kepada broker akan menyebabkan kewangan kita menjadi broke.
Agen bagi mana-mana pelaburan mempunyai matlamat untuk mengejar komisyen bagi setiap jualan. Sebarang risiko terhadap pelaburan sama ada untung atau rugi bukan menjadi tangggungjawab mereka.
Begitu juga dengan pelaburan emas, pelabur perlu ada inisiatif untuk belajar dan mempunyai ilmu tentang pelaburan emas yang dibuat mengikut kesesuaian bajet dan target dalam mencapai matlamat.

Pelabur emas perlu mengetahui asas pelaburan emas yang dibuat dengan mencari ilmu melalui membaca buku, melayar laman web dan blog-blog pelaburan, tengok klip video melalui Tik Tok, Youtube tentang emas dan kewangan atau menghadiri seminar emas. Pelabur tidak boleh menyerah bulat-bulat pada dealer emas untuk pelaburan sendiri. Sebenarnya, lagi banyak ilmu yang perolehi, lagi banyak untung yang boleh kita buat dalam mana-mana pelaburan sekalipun.

Jika tiada inisiatif untuk belajar dan memahami asas pelaburan dan hanya ikut-ikutan biasanya anda tidak akan konsisten dalam menyimpan emas. Dan akhirnya anda akan merasa kecewa dan beranggapan emas tidak memberi keuntungan dan terus berhenti menyimpan emas.

Jika anda berminat untuk mendapat bimbingan percuma dan menjadi penyimpan emas yang berilmu sila hubungi saya

Jom! Sertai keluarga besar G100 Network!



Asas menabung emas adalah dengan duit lebihan, bukan duit pinjaman. Tak kira pinjaman dari bank atau keluarga. Melabur e...
26/10/2023

Asas menabung emas adalah dengan duit lebihan, bukan duit pinjaman. Tak kira pinjaman dari bank atau keluarga. Melabur emas seharusnya dilakukan dengan duit simpanan gaji bulanan, pendapatan daripada bisnes dan bonus tahunan.

Pelaburan pada hakikatnya untuk orang yang ada duit lebih. Duit jika dibiarkan disimpan dalam bank akan dimakan inflasi. Lebih elok ditukar pada emas yang bersifat kalis inflasi.

Harus diingat pinjaman bank ada komitmen bulanan. Ini menjadikan kita terpaksa menambah komitmen sedia ada hanya kerana mahu menyimpan emas. Kita juga meletakkan risiko terhadap pelaburan emas dengan harapan harga akan naik dan terus naik. Sedangkan sifat emas harganya adalah turun naik dalam jangka masa pendek.

Untuk mengelakkan anda berhutang membeli emas, Public Gold telah menyediakan platform pembelian emas secara Syariah Easy Purchase Payment (SEPP) atau pembelian emas dengan bayaran tetap mengikut jadual selama 6 bulan. Dah habis bayar? Public Gold hantarkan melalui pengeposan berinsuran GIT ke alamat penyimpan emas.

Caranya? Dapatkan bantuan rakan dealer Public Gold untuk lock harga terlebih dahulu. Dalam tempoh pembelian itu, jika harga emas turun atau naik anda tidak terjejas kerana harga dikira pada waktu awal belian tersebut. Pembelian ini adalah patuh syariah dan bila selesai pembayaran anda akan dapat emas tersebut, Public Gold akan hantar melalui pos berinsurans terus ke rumah anda melalui service yang dinamakan Gold In Transit (GIT).

Semoga bermanfaat ☺️

Jom! Sertai keluarga besar G100 Network!



Tips mudah untuk menabung emas di atas talian (online) :1. Beli Menggunakan Trusted Platform E-Commerce Elak membeli ema...
26/10/2023

Tips mudah untuk menabung emas di atas talian (online) :
1. Beli Menggunakan Trusted Platform E-Commerce
Elak membeli emas di medium media sosial yang tidak dipercayai dan meragukan kerana semua review boleh direka dan dibeli. Sebaliknya, anda digalakan membeli barang kemas menggunakan platform marketplace trusted seperti di PG MALL dan Public Gold Marketing yang medium ini selamat dan dipercayai.

2. Tahu Harga Emas Semasa
Scammer biasanya menipu dengan menjual harga luar biasa murah yang tidak masuk akal berbanding harga emas semasa. Contohnya, 50 gm emas dijual dengan harga RM100. Tawaran harga yang tidak logik ini adalah petanda ianya berisiko ada unsur penipuan. Ketahui harga emas semasa dan harga yang dijual oleh penyedia perkhidmatan. Ia sepatutnya berkadar logik.

3. Jangan Tunggu Targa Murah
Jangan terpedaya dengan tawaran emas lelong harga murah kerana secara amnya harga emas tidak pernah murah. Yang oenting pilih jenama yang diakui ketulenannya. Harga emas turun naik dalam jangka masa pendek. Tapi emas confirm naik dalam jangka masa panjang. Secara purata, kenaikan harga emas adalah sekitar 10% - 11% setahun.

4. Tahu Saiz Sesuai, Berat & Bajet
Sebelum membeli kita perlu mengetahui saiz dan berat emas yang diingini. Selain bajet yang hendak dikeluarkan dan buat pengiraan dahulu. Jika ada yang menjual terlalu rendah di bawah harga pasaran kemungkinan besar itu bukan emas tulen.

5. Ada perkhidmatan Pos Berinsurans
Di era PKP ini barang kemas yang dibeli melalui Public Gold akan dihantar dengan pos berinsurans iaitu Gold In Transit (GIT). Emas akan dihantar terus ke rumah anda dengan selamat. Jika emas didapati hilang dalam proses penghantaran, pihak insurans dan Public Gold akan menanggung kos kehilangan tersebut.

Mudah sebenarnya untuk membeli emas yang betul jika berilmu. Nak lagi mudah? Daftar akaun emas GAP dan sertai team kami !

Jom! Sertai keluarga besar G100 Network!



Guys !!     Simpan emas mesti disusuli dengan MATLAMAT. Tanpa matlamat yang jelas ia seperti memandu tanpa arah. Menyimp...
25/10/2023

Guys !!
Simpan emas mesti disusuli dengan MATLAMAT. Tanpa matlamat yang jelas ia seperti memandu tanpa arah. Menyimpan bila rasa nak simpan. Bila ada lebihan duit baharu nak menyimpan. Mindset ini perlu diubah jika nak serius menyimpan dan mengumpulnya. Kita mesti utamakan menyimpan kemudian baru berbelanja.

Kita kena belanja diri sendiri dahulu dengan menyimpan minimal 10% hingga 30% daripada pendapatan sebagai simpanan kecemasan, persaraan dan tabungan keluarga.
Orang yang berjaya menyimpan emas kerana mereka jelas dengan matlamat dan konsisten menabung secara berterusan. Contoh matlamat, mahu mengerjakan Haji/Umrah secara berpakej, menyelesaikan hutang, melakukan renovation rumah, dana perkahwinan dan sebagainya.
Apabila matlamat kita jelas, kita secara konsisten akan menyimpan bagi mencapai target yang diimpikan tanpa mengira harga emas naik turun.
Bagi penyimpan emas yang berilmu,Matlamat yang jelas akan memudahkan kita mengenal pasti berapakah jumlah gram emas yang diperlukan dan tempoh masa untuk menjualnya.
Semoga bermanafaat ☺️☺️☺️

Jom! Sertai keluarga besar G100 Network!



G100 Talkshow akan berjalan seperti biasa.BILAKAH WAKTU TERBAIK MENYIMPAN EMAS?Panelis :🎤Perancang Harta Pusaka Islam, T...
25/10/2023

G100 Talkshow akan berjalan seperti biasa.

BILAKAH WAKTU TERBAIK MENYIMPAN EMAS?

Panelis :
🎤Perancang Harta Pusaka Islam, Tn Ahmad Fahmi Adnan
🎤Suri rumah, Pn Rabitah Yusof

BELI APA BULAN INI?
🎤 Elite Shopper, Pn Diana John

Moderator :
🎤 Guru, Pn Fazhuda Abd Aziz

🗓️ 25 Oktober 2023 (Rabu),
⏰ 9.00 malam Waktu Malaysia
⏰ 8.00 malam Waktu Indonesia ( WIB )

Jangan lupa join lucky draw juga 🤗

🖥 Tonton di:

FB : https://www.fb.com/pgg100network
YouTube : https://youtube.com/c/pgg100network
Jangan lupa daftar untuk cabutan bertuah di pin comment ya🎊🎊🎊


Bermula RM 100 dah boleh menabung emas.Beli dulu dengan bajet kecil sebagai benchmark harga. Lepas belian pertama, baru ...
25/10/2023

Bermula RM 100 dah boleh menabung emas.

Beli dulu dengan bajet kecil sebagai benchmark harga.

Lepas belian pertama, baru akan faham harga tinggi rendah.

Selagi tak mula belian pertama, harga rendah pun takut nak beli sebab tak ada benchmark harga tersendiri.

Kawan-kawan yang ingin 𝗺𝗲𝗺𝗽𝗲𝗿𝗯𝗮𝗶𝗸𝗶 𝗸𝗲𝘄𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 anda dgn menyimpan emas, boleh daftar akaun emas GAP secara percuma dengan roger saya http://www.wasap.my/60109690396

Lepas daftar boleh direct WhatsApp sy untuk dapatkan ebook panduan menyimpan emas secara percuma.

Address

Sandakan
90000

Telephone

+60109690396

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ilmu Simpanan Emas Dinar & Goldbar Sabah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Ilmu Simpanan Emas Dinar & Goldbar Sabah:

Shortcuts

Share