27/01/2018
Tips ASB Financing
Nak Rolling atau Compounding??
=======================
(AWAS PANJANG โโโ-SHARE tak perlu minta izin, yang penting jangan lupa TAG dekat pasangan or kenalan korang semua)
Kepada korang yang masih samar-samar apa benda la ASBf-i ni, kenapa ramai orang happy sangat bila awal tahun pakat dapat dividen ASB ni. Lepas tu, pening sebab pelbagai teknik yang sedia ada, dan mana satu cara yang nak follow.
Perkara penting yang korang kena tahu matlamat pelaburan terlebih dulu. Adakah nak melabur jangka panjang? Buat simpanan? Kumpul duit buat deposit rumah, kahwin dan sebagainya. Melabur tanpa matlamat yang jelas umpama tiada tujuan ke sesuatu destinasi.
Korang boleh melabur dalam ASB melalui simpan sendiri atau menggunakan financing
(secara sijil) lagi bagus sebab korang guna konsep OPM (Other People Money). Sebab ASB bukanlah tempat simpanan cash.
ASB financing ni tools terbaik untuk korang simpan duit buat deposit rumah. Jika korang sudah ada matlamat nak beli rumah lagi tiga tahun. Korang buat ASB Financing selama tiga tahun dan terminate lah. Tapi sebenarnya lagi lama, korang melabur lagi tinggi pulangan korang akan dapat, inilah keistimewaan ASBf-i
Kenapa melabur guna bantuan bank tak simpan sendiri? Sebab korang nak baki terendah dalam akaun ASB korang ada jumlah yang tinggi. Contohnya, korang buat ASBf-i RM200K. Dalam akaun ASBf-i korang dah ada RM200K dalam bentuk sijil. Tapi korang bayar kat bank baru RM1050 saja. Mana untung lagi kalau dalam ASB ada RM200K dengan simpan sendiri RM1050? Kalau nak tunggu korang ada RM200K maka berhuhu la jawabnya.
Korang mohon pembiayaan bank untuk beli sijil ASB daripada ASNB. ASNB ni syarikat untuk uruskan dana ASB. ASB ni produk, produk dia unit amanah berunit tetap. ASNB ni syarikat. Ramai orang keliru dua ni.
Bank belikan sijil ASB atas nama korang. Bank pegang sijil tu. Sama macam bank pegang geran kereta la. Bank mengenakan 'keuntungan bank' atau 'bank profit' sebanyak 4.8%-5.2%.
Bonus dan dividen ASB diberi oleh ASNB. Bukannya bank. Jadi, korang akan dapatlah dividen dan bonus ASB masuk akaun ASB korang. Setiap Januari, dividen dan bonus akan masuk akaun ASB. Kalau ASB2 setiap bulan April.
Konsep utama ASB financing nie, ada 2 jenis sahaja ROLLING DIVIDEN atau COMPOUNDING.
Ikut kemampuan korang je sebenarnya. Kalau mampu bayar guna gaji, biarkan dividen ASB dalam tu. Sebab compounding effects akan jadi lebih tinggi.
Compounding Dividen >
Dividen terkumpul dan tidak dikeluarkan dari ASB. Guna duit sendiri untuk bayar ansuran bulanan pembiayaan ASB. Jadi teknik ini pulangan akhir sangat berbaloi.
Rolling Dividen >
Dividen yang diperolehi pada tahun pertama digunakan sebagai modal untuk membayar pinjaman ASB untuk tahun berikutnya. Modal sendiri hanya digunakan untuk bayar pembiayaan ASBf-i pada tahun pertama sahaja. Sebab tu, kena guna teknik yang betol.
Kalau rolling, modal korang hanya setahun je. Tahun berikutnya guna duit bank. Bayar guna hasil dividen je yang diperolehi. Tapi untuk teknik rolling, kalau nak pulangan tinggi, kena apply jumlah yang maksimum, baru nampak keberhasilannya.
Kalau nak Rolling jangan bayar sekali gus untuk setahun guna duit dividen. Rugi cara nie, sebab duit pokok mati. Baik hold dulu dalam ASB tu, bayar sikit-sikit, kalau ASB dah full letak dalam tabung haji, kalau rajin buat pembayaran setiap bulan, malas sikit buat setiap 3 bulan. Walaupun untung tak banyak, at least still menguntungkan.
Sebenarnya, teknik paling memaksimumkan keuntungan, sekiranya korang ada kemampuan meyimpan setiap bulan tak kira la jumlah sijil berapa, korang follow teknik rolling terlebih dahulu, sehingga maksimum sijil ASB korang, sijil yang terakhir barulah guna teknik compounding, cara nie lebih memaksimumkan hasil pulangan ASB korang dengan mantain jumlah bayaran yang sama, tetapi jumlah sijil semakin besar.
Itu pasal nak melabur kena ada ILMU. Jangan melabur ikut orang saja. Belajar dan tambah ilmu. Tak payah nak runsing, kalau tak buat apa gua jadi consultant, pm tepi senang cita.
WhatsApp saya untuk bantu korang, dalam pelaburan ASB Financing dengan teknik dan strategi yang terbaik.
Yang berminat nak buat tekan link di di bawah tanpa perlu save no phone ๐๐ป๐๐ป๐
โ
http://wasap.my/60133325072
โ
http://wasap.my/60133325072
โ
http://wasap.my/60133325072
- ARAR -
rahim