05/06/2026
𝐄𝐦𝐚𝐬 𝐬𝐞𝐛𝐚𝐠𝐚𝐢 𝐩𝐞𝐥𝐢𝐧𝐝𝐮𝐧𝐠 𝐤𝐞𝐤𝐚𝐲𝐚𝐚𝐧
Antara reaksi biasa orang yang baru pertama kali membeli emas, mereka sentiasa risau apabila harga emas turun selepas membeli emas. Kalau harga emas naik tetapi tidak turun-turun, itu tidak normal. Kalau turun dan tidak naik-naik itu pun tidak normal. Ia cuma persoalan masa sahaja. Ada ketikanya naik dan ada ketikanya ia turun.
Untuk menjadi pelabur emas yang sentiasa senyum, beli emas sebagai "Wealth Protection". Maksudnya bila beli emas sebagai niat pelindung kekayaan, kita tidak hairan harga emas naik ataupun turun. Yang pastinya emas tetap bernilai dalam simpanan tanpa terjejas daripada apa sekalipun keadaan yang berlaku.
Beli emas untuk melindungi duit simpanan daripada "dicuri" (dibelanjakan) oleh diri sendiri, melindungi daripada kesan inflasi dan paling menakutkan melindungi kekayaan daripada kesan keruntuhan sistem mata wang jika berlaku sebarang ketidaktentuan ekonomi pada negara.
Duit kertas yang kita simpan sangat berisiko. Nilainya boleh jatuh kosong bila-bila masa sahaja. Ringgit pernah jatuh 50% setahun. Tiada siapa boleh jamin yang negara akan sentiasa stabil sepanjang masa. Jadikan emas sebagai insurans kekayaan kita, bukan sekadar "buy low, sell high".
Nak mula menabung emas dengan ilmu? Saya adalah dealer aktif Public Gold di bawah rangkaian G100, di bawah mentor Tuan Mohd Zulkifli bin Shafie, boleh hubungi saya di sini 👇
013-413 0032
Alice Dominic
PG02000329
Bimbingan saya adalah PERCUMA.