26/04/2019
BERUMUR MASIH UNTUNG DALAM ASBF
Ali berumur 38 tahun dan mampu menyimpan sebanyak RM 300 sebulan. Maka perancangan yang sesuai untuk Ali ialah gunakan teknik ‘ Hybrid’ untuk memaksimumkan keuntungan. Ali tidak mampu untuk dapatkan tempoh 35 tahun, Namun pengiraan dibawah menunjukkan Ali masih Untung..
Ali bercadang untuk tamatkan ASBF 10 tahun akan datang. Maka disini saya tunjukkan perbezaan jika Ali gunakan teknik Compounding dan Hybrid dan kenapa saya menyarankan teknik Hybrid.
TEKNIK COMPOUNDING
Teknik ini bermaksud sesorang individu perlu mengeluarkan duit sendiri membayar komitmen setiap bulan tanpa mengusik DIVIDEN.
CONTOH PENGIRAAN
Contoh pengiraan berdasarkan situasi Ali yang mampu menyimpan RM 300 sebulan, maka Ali mampu membuat pelaburan ASBF sebanyak RM 50 000. Maklumat detail di bawah:
ASBF 50K/5.1% Profit rate/27 Tahun Tenure/No Takaful/6.75% Dividen
Komitmen Bulanan- RM 285 sebulan
Setahun = RM 285x12= RM 3420
Komitmen 10 tahun =RM 3420 x 10 tahun = RM 34 200
Hasil = RM 59 324
Untung = Hasil – Modal
=RM 59 324 – RM 34 200 = RM 25 124 # #
TEKNIK HYBRID
Teknik ini sering digunakan oleh pelabur yang tidak mampu untuk terus melabur secara maksimum. Maka ,pelabur tersebut akan memohon setiap tahun pelaburan tambahan untuk memaksimumkan pelaburan. Pelabur turut menggunakan duit dividen untuk membayar komitmen bulanan.
CONTOH PENGIRAAN
Contoh pengiraan ini berdasarkan situasi Ali yang mampu menyimpan RM 300 sebulan. Maka, Ali mampu melabur RM 50 000 dalam ASBF pada tahun 1.
Ali disarankan menggunakan teknik hybrid iaitu akan menambah RM50 000 pelaburan ASBF setiap tahun sehinggalah pelaburan mencapai RM 200 000.Dibawah ialah pengiraannya:
Tahun 1
ASBF 50K/5.1% Profit rate/27 Tahun Tenure/No Takaful/6.75% Dividen
Dividen : RM 3375
Prinsipal : RM 50 000- RM 38 760 = RM 11 240
Hasil = RM 11 240 + RM 3375 = RM 14615
Modal = RM 3870 ( termasuk duit sendiri untuk cover bayaran bulanan tahun berikutnya)
Untung = RM 10 745
Nota: Tahun ke-2 hingga 10, guna duit dividen untuk bayar bulanan.
TAHUN 2- Tambah lagi ASBF RM 50 000
ASBF 50K/5.1% Profit rate/26 Tahun Tenure/No Takaful/6.75% Dividen
Dividen : RM 3375
Prinsipal : RM 50 000- RM 39 459 = RM 10 541
Hasil = RM 10 541 + RM 3375 = RM 13 916
Modal = RM 4425 ( termasuk duit sendiri untuk cover bayaran bulanan tahun berikutnya)
Untung = RM 9491
Nota: Tahun pertama guna duit sendiri untuk bayar bulanan, tahun ke-2 hingga 9, guna duit dividen untuk bayar bulanan.
TAHUN 3- Tambah lagi ASBF 50 000
ASBF 50K/5.1% Profit rate/25 Tahun Tenure/No Takaful/6.75% Dividen
Dividen : RM 3375
Prinsipal : RM 50 000- RM 40 220 = RM 9780
Hasil = RM 9780 + RM 3375 = RM 13 155
Modal = RM 4968 ( termasuk duit sendiri untuk cover bayaran bulanan tahun berikutnya)
Untung = RM 8187
Nota: Tahun pertama guna duit sendiri untuk bayar bulanan, tahun ke-2 hingga 8, guna duit dividen untuk bayar bulanan.
TAHUN 4- Tambah lagi ASBF RM 50 000
ASBF 50K/5.1% Profit rate/24 Tahun Tenure/No Takaful/6.75% Dividen
Dividen : RM 3375
Prinsipal : RM 50 000- RM 41 055 = RM 8945
Hasil = RM 8945 + RM 3375 = RM 12 320
Modal = RM 3624 ( termasuk duit sendiri untuk cover bayaran bulanan tahun berikutnya)
Untung = RM 6953
Nota: Tahun pertama guna duit sendiri untuk bayar bulanan, tahun ke-2 hingga 7, guna duit dividen untuk bayar bulanan.
Mehhhhh kita kira hasil untuk gameplan ALI selama 10 tahun menggunakan teknik hybrid.
Modal = RM 18 630
Hasil = RM 54 006
Untung = RM 35 376.
PERHATIAN:
1- Menggunakan teknik compounding Ali menghasilkan keuntungan sebanyak RM 25 124
2- Menggunakan teknik hybrid Ali menghasilkan keuntungan sebanyak RM 35 376
Pilih lah teknik mana yg anda pikir untung???
Adakah anda pelabur yang mahukan keuntungan atau pun hasil akhir? Tepuk dada tanya akal !!!!!!!!!
Penafian: Teknik yang ditulis oleh penulis ialah atas pengalaman peribadi dan ilmu penulis.Tiada kaitan dengan mana-mana bank atau syarikat kewangan.
Untuk mendapatkan khidmat nasihat percuma dan merancang kewangan anda, boleh terus wassp
http://www.wasap.my/60194502913
http://www.wasap.my/60194502913