Azrul Othman, IFP

Azrul  Othman, IFP Certified Islamic Financial Planner ( IFP )

“Menulis tentang kewangan | pelaburan | legasi | bisnes |sosial-ekonomi.”

https://linktr.ee/azrulothman.ifp

16/08/2025

Diari industri 1

Seumur hidup dan sepajang 11 tahun dalam industri kewangan hari ini sejarah dimana saya ‘marathon’ 8 jam penuh di dalam bilik seminar dengan 3 sesi perundingan sebagai perunding luar berkongsi pandangan dalam pengurusan kewangan dan pelaburan

Baru rasa aksi sebenar dalam lapangan ini.

Dari segi stamina, emosi dan ‘expectation’ semua perlu dikawal sebaiknya..

Dengan 6 orang datang ‘menyerah diri’, yang masing-masing sudah cukup ilmu kewangannya dengan pelbagai portfolio kewangan datang untuk disemak dan cari peluang lain menggandakan lagi potensi kewangan mereka.



Ya..

Sampai di rumah, saya kirim mesej kepada seorang sahabat lama—seorang sosialis tulen. Bila saya tanya sama ada dia sibuk atau tidak untuk mengopi, jawabnya: “Sibuk cari duit.” Saya balas: “Jom kita gandakan wang dan jadi kapitalis tulen p**a.”

Ilmu Kewangan adalah Alat, Bukan Ideologi

Sosialis, kapitalis, nasionalis, bahkan feudalis sekalipun—ilmu kewangan moden bukan milik mana-mana ideologi.

Ia adalah alat.

Alat untuk mengurus kehidupan moden.

Alat untuk bertahan dalam sistem birokrasi, korporat, dan politik yang kadangkala keparat. Siapa yang menguasainya, dialah yang mampu bertindak.
Bukan sekadar bertahan, tetapi mencipta ruang untuk perubahan.

Saya ingin mengajak sahabat sosialisme ini ‘murtad’ dan beriman p**a dengan kapitalisme dengan sebenar-benar keimanan..😎

✍🏻Azrul Othman. IFP

23/07/2025

“RM100”

Apa yang boleh kita buat untuk mulakan plan kewangan dengan menggunakan RM100?

1. Buka akaun pelaburan yang boleh beri p**angan 10% setahun. Akaun unit trust boleh dibuka dengan RM100 dan mulakan simpanan berkala bulanan bagi mencapat matlamat pelaburan kewangan anda.

2. Mulakan caruman dalam takaful yang boleh memberi perlindungan sehingga RM100K keatas jika berlaku musibah yang dilindungi takful mengikut umur dan status kesihatan masing-masing.

3. Bayar yuran exam TBE RM80 untuk kumpul pendapatan dalam industri takaful yang tanpa had.

✍🏻Azrul Othman, IFP

Antara laporan media tentang hibah takaful yang sebelum ini dicabar.Seketika pemain industri takaful dan pelanggan yang ...
20/07/2025

Antara laporan media tentang hibah takaful yang sebelum ini dicabar.

Seketika pemain industri takaful dan pelanggan yang melanggan takaful seperti terpukul dimana awalnya difahami hibah takaful ini tidak boleh dicabar dan hak milik mutlak penerima.

Ini merupakan “batu ujian” yang mana meletakkan instrument ini benar-benar utuh dari sudut perundangan yang sebenarnya sangat sesuai sebagai warisan dan legasi semua kita.

Maka saya mengajak untuk sama kita menyemak apakah keperluan hibah kita ini telah cukup dan relevan untuk keluarga kita?

Jom kita sembang santai: WhatsApp— 018.318.0018

✍🏻Azrul Othman, IFP

ALHAMDULILAH memang tujuan asal si mati adalah untuk isteri.

☕ Success Club Ke-69: Menyulam Ilmu dan Komitmen Tahun Ke-11Success Club bukan sekadar platform pertemuan, tetapi medan ...
19/07/2025

☕ Success Club Ke-69: Menyulam Ilmu dan Komitmen Tahun Ke-11

Success Club bukan sekadar platform pertemuan, tetapi medan inspirasi sebenar untuk para pemain industri takaful.

Di sini, setiap perkongsian dari trainer bukan datang dari teori semata, tetapi dari pengalaman lapangan yang dilalui dan dirasai sendiri. Inilah yang menjadikan Success Club unik: suara mereka yang benar-benar “hidup” dalam industri ini.

Tiada pelatih yang dilatih semata untuk melatih.

Setiap penyampaian dibawa oleh mereka yang menjiwai profesion ini, memahami cabaran dan peluangnya, dan sentiasa bersedia berkongsi dari hati.

Inilah ‘club’ dan medan latihan yang bernilai, berpijak pada realiti, bukan hanya teori.

Dalam dunia takaful dan konsultansi, ilmu dan kemahiran adalah keperluan asas.

Namun yang lebih utama ialah komitmen, minat, dan keupayaan untuk menyesuaikan diri dengan dinamik industri ini. Di situlah kita akan ditentukan posisi, bukan sekadar di pentas, tetapi ‘di hati pasaran’.

Saya sendiri telah menapak di dalam industri kewangan ini masuk tahun ke- 11 tahun tahun ini, berbanding komitmen 22 tahun saya dalam dunia M&E.

Ia satu yang menarik..

Jika anda ingin mengopi secara santai , saya terbuka;

📲 Tel/WhatsApp: 018-318-0018

✍🏻 Azrul Othman, IFP

Boleh terlelap masa ni..😎Terima kasih cikgu 🤝✍🏻Azrul Othman, IFP
19/07/2025

Boleh terlelap masa ni..😎

Terima kasih cikgu 🤝

✍🏻Azrul Othman, IFP

“TRX”Siapalah yang membina TRX ini? Canggih ini..😎Ia sudah jadi tempat marhaen seperti saya menyusun ‘gerakan’. Hari ini...
19/07/2025

“TRX”

Siapalah yang membina TRX ini? Canggih ini..😎

Ia sudah jadi tempat marhaen seperti saya menyusun ‘gerakan’.

Hari ini 2 jam berdiskusi dari isu akademik ke politik bersama seorang ahli akademik yang juga seorang figura awam.

Siap satu proposal akademik dari hanya sambang santai. Fantastik..

Inilah dikatakan berkawan dengan penjual minyak wangi badan kita berbau minyak wangi. Berkawan dengan ahli akademik siaplah satu proposal akademik..

Aeon Lounge jadi saksi lagi…

“Takaful pembiayaan”Promo Hibah Takaful Gerenti Lulus hingga 500,000. Sesuai untuk cover pembiayaan perumahan.Umur 35, u...
19/07/2025

“Takaful pembiayaan”

Promo Hibah Takaful Gerenti Lulus hingga 500,000. Sesuai untuk cover pembiayaan perumahan.

Umur 35, untuk 500,000, caruman tak mahal.
Hanya 251.43 je sebulan.
Umur 36-40, caruman berubah jadi 261.83 sebulan.
Umur 41-45, caruman berubah jadi 280.47 sebulan
Umur 46-50, caruman berubah jadi 392.75 sebulan

Nak MOHON? 018.318.0018

“Hibah Takaful”Hibah takaful kekal milik isteri arwah. Ini adalah keputusan dimana kes hibah dicabar oleh keluarga arwah...
18/07/2025

“Hibah Takaful”

Hibah takaful kekal milik isteri arwah. Ini adalah keputusan dimana kes hibah dicabar oleh keluarga arwah..

Maka jelas takaful— insturumen kewangan ini dari segi kontraknya benar-benar tidak boleh dicabar.

Hibah takaful kita katakan sebagai hadiah kasih sayang yang kekal.

Apabila suami memilih untuk menghibahkan manfaat takaful kepada isterinya, ia bukan sekadar perlindungan kewangan ia adalah amanah yang ditinggalkan dengan niat yang jelas.

Walaupun ada cubaan mencabar hibah di mahkamah, keputusan yang berpihak kepada balu menunjukkan bahawa hibah takaful yang sah dan lengkap kekal milik penerima.

Ini menjadikan hibah takaful sebagai:

• ✅ Instrumen perancangan kewangan Islam yang berkesan
• ✅ Lindungan segera tanpa perlu melalui proses faraid
• ✅ Simbol cinta dan tanggungjawab yang berterusan

Hibah takaful bukan sekadar polisi—ia adalah warisan yang dirancang dengan niat dan kasih.

✍🏻Azrul Othman, IFP

“Zaman sekolah”30 tahun lalu, itulah zaman saya. Masa berlalu begitu pantas, terasa baru semalam zaman itu berlalu..Hari...
18/07/2025

“Zaman sekolah”

30 tahun lalu, itulah zaman saya. Masa berlalu begitu pantas, terasa baru semalam zaman itu berlalu..

Hari ini, saya berdiri di dalam kelas anak saya atas permintaannya yang berulang kali.

Kali ini dia beria-ria mahu saya hadir, mahu saya lihat keputusannya diawal tahun dihadapan cikgunya. Tidak seperti tahun-tahun sebelum.

Saya hadir bukan sekadar sebagai ayah, tetapi juga sebagai seseorang yang pernah melalui gelora zaman persekolahan.

Saya faham latar perjuangan di sini.

Zaman ini bukan sekadar tentang buku dan peperiksaan. Ia adalah medan membina karakter, sikap, disiplin, dan pemikiran semuanya terbentuk secara bertahap, perlahan-lahan, tetapi mendalam.

Zaman sekolah adalah akar. Dan hari ini, saya saksikan itu pada diri anak saya.

Ia sebahagian dari sistem-sistem yang melatari ruang hidup kita.

✍🏻Azrul Othman, IFP

1965– A&W buka restoran Pandu Lalu pertama.
17/07/2025

1965– A&W buka restoran Pandu Lalu pertama.

Lepak santai dengan otai sekali sekala..Kemudian sambung mengopi percuma di Aeon Lounge TRX..✍🏻Azrul Othman, IFP
17/07/2025

Lepak santai dengan otai sekali sekala..

Kemudian sambung mengopi percuma di Aeon Lounge TRX..

✍🏻Azrul Othman, IFP

Address

45-1 Jalan SJ 1 Taman Setia Jaya
Rawang
48000

Telephone

+60182868286

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Azrul Othman, IFP posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Azrul Othman, IFP:

Share